Monday, January 24, 2011

~Di mana kesedaran masyarakat tentang penggunaan plastik?

Istilah plastik merangkumi produk polimerkondensasiorganikgentian sintetik. Nama ini berasal daripada fakta bahawa banyak daripada mereka dapat dilentur, memiliki sifat keplastikan. Plastik direka dengan kepelbagaian yang sangat banyak dalam ciri-ciri yang dapat menahan panas, keras, kebergantungan dan lain-lain. Digabungkan dengan kemampuan adaptasinya, komposisi yang umum dan beratnya yang ringan memastikan plastik digunakan hampir di seluruh bidang industri. atau penambahan polimer dan boleh juga terdiri daripada bahan lain untuk meningkatkan ketahanan atau ekonomi. Ada beberapa polimer alami yang termasuk plastik. Plastik dapat dibentuk menjadi filem atau sintetik atau semi-sintetik. Ia terbentuk daripada

Plastik dapat juga menuju ke setiap barang yang memiliki ciri-ciri yang deformasi atau gagal kerana ketegangan.

Saya pernah melalui sendiri pengalaman berdepan dengan peniaga yang kurang kesedaran tentang keburukan menggunakan palstik ini secara berlebihan. Suatu hari saya menemani ibu saya pergi membeli hasil laut di pasar. Ibu saya memesan 1kilogram udang. Lalu, mak cik penjual tu pun ambil udang tersebut dan di masukkan ke dalam plastik. Apa yang memeranjatkan saya, tidak cukup selapis plastik, tetapi 4 helai plastik digunakan untuk membungkus udang tadi. Bayangkan lah kalau mak cik itu membuat sedemikian dengan setiap pelanggannya. Kalau seorang pelanggan 4 helai plastik, bagaimana kalau dalam sehari ada 20 orang pelanggan? Itu baru sehari, kalau seminggu? Sebulan? Setahun? Jadi tidak hairanlah kalau timbunan sampah sarap terutamanya dari jenis plastik semakin menggunung. Barangkali, mungkin harga beg plastik yang digunakan agak murah dan mudah untuk didapati di kedai runcit berhampiran. Jadi, tidak mustahillah kalau peniaga tersebut tidak kisah mengeluarkan 4 helai beg plastik untuk pelanggannya seorang.

Kerajaan harus pergiatkan lagi usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plstik di kalangan masayarakat. Kempen kerajaan "Hari Sabtu tanpa Beg Plastik" wajar di sokong dan memerlukan peranan semua pihak untuk menjayakannya.

Lagi satu kisah tentang penggunaan beg plastik ini ialah ketika saya ingin membeli pen di sebuah kedai buku. Saya hanya membeli dua batang pen untuk kegunaan sekolah. Tetapi peniaga tersebut masih lagi ingin menggunakan plastik untuk membungkusnya. Tetapi saya katakan tidak perlu. Saya terus masukkan dalam beg dan pulang ke rumah setelah membuat pembayaran yang sepatutnya. Dalam perjalanan pulang, puas saya memikirkan, adakah mereka ini kurang pengetahuan atau sengaja buat tidak tahu? Apalah akan jadi kepada bumi ini jika setiap anggota masyarakat tidak membuka mata untuk melihat permasalahan ini....~

No comments:

Post a Comment