Friday, January 28, 2011

PERTANDINGAN FOTOGRAFI PENGGUNA 2011

Kategori
  • A. Pelajar (Terbuka kepada semua pelajar sekolah, IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6)
  • B. Umum (Terbuka kepada semua warganegara Malaysia)
Syarat
  • Pertandingan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pelajar yang di Malaysia.
  • Peserta boleh menggunakan kamera digital (sekurang-kurangnya 4.3 megapixel) atau kamera analog (negatif filem). Untuk penggunaan kamera analog, negative scan boleh digunakan (sekurang-kurang resolusi 300 dpi). Saiz minimum 2MB.
  • Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” x 10” in (8R) tanpa bingkai bagi Kategori A dan 12” × 15” (12R) tanpa bingkai bagai Kategori B.
  • Foto perlu dihasilkan secara cetakan tunggal (single print) sahaja. Karya yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan fotografi. Pihak menganjur berhak mencetak dan menerbitkan sebarang karya peserta untuk tujuan publisiti atau promosi.
  • Teknik mengambil gambar adalah bebas. Gambar digital “super-imposed” tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau apa sahaja imej digital atau manipulasi juga tidak akan diterima. Hanya tindakan merapikan imej seperti memotong, imbangan cahaja dan warna serta menghalusi dan menajamkan imej sahaja yang dibenarkan.
  • Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG atau TIFF atau BITMAP.
  • Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan penerangan mengenai gambar (tidak melebihi 20 patah perkataan). Penyertaan tanpa penerangan mengenai gambar tidak akan diterima.
  • Penerangan mengenai gambar boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris
  • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011.

Kategori A: Pelajar
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia FA1 Sistem pengangkutan awam di Malaysia
FA2 Produk dan perkhidmatan yang mesra alam.
Kategori B: Umum
Bahasa Kod Tajuk Tajuk
Malaysia FB1 Sampah dan rakyat Malaysia.
FB2 Pengiklanan dan makanan.

No comments:

Post a Comment