Friday, January 28, 2011

Pesta Buku Karangkraf kembali lagi!!!

Karnival Karangkraf 2011 datang lagi. Kali ini lebih menarik, lebih meriah, lebih banyak booth majalah dan buku-buku terbitan Kumpulan Media Karangkraf, berbagai-bagai aktiviti yang diaturkan bagi memeriahkan lagi Karnival ini.

Karnival ini akan dirasmikan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN.

Pada 29 Jan 2011, Jam 9.30 pagi di Pentas Utama Karnival Karangkraf.

ANTARA AKTIVITI MENARIK SEPANJANG KARNIVAL BERLANGSUNG

1. Persembahan artis Adam AF, Fazley Zainal, Haiza, Siti Nordiana.
2. Demo pertunjukkan Ular oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
3. Pameran Piala Malaysia & Piala Suzuki yang dimenangi oleh Malaysia baru-baru ini.
4. Demo dan aktiviti pentas oleh setiap Majalah terbitan Karangkraf
5. Sambutan NONA yang ke 25 tahun
6. Saringan Pencarian Gadis Bintang Kecil
7. Penampilan Khas Dewi Remaja
8. Penampilan Khas Finalsi-finalsi Pencarian maskulin 2011.
9. Lucky Draw
10. Diskaun sehingga 50% untuk buku-buku dan novel-novel Grup Buku, Kumpulan Media karangkraf
11. Diskaun sehingga 30% bagi majalah-majalah Karangkraf
12. Langgang & Menang Perodua Alza. Bagi yang melanggan majalah Terbitan Karangkraf anda layak memenangi Kereka Alza.
13. Penampilan Eric Leong Bersama Majalah Impiana
14. Pameran Istimewa Kereta mewah terpanjang.
15. Penampilan grup motor besar “Ladies Bike”
16. Beli sebarang majalah, buku berjumlah RM30 dan senaskah sinar harian layak menyertai peraduan teka dan Menang Sinar Harian.
17. Pameran Islamik Uzbekistan di Bangunan Baru Kumpulan Media Karangkraf.
18. Bertemu novelis grup buku karangkraf

Dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menarik menanti anda sepanjang Karnival Karangkraf bermula 28 jan hingga 30 jan 2011.


DATANG BERAMAI-RAMAI PENUHKAN RUANGAN KOMPLEKS KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

~peta lebih jelas :

No comments:

Post a Comment