Sunday, January 30, 2011

Pesta Buku Karangkraf memang best!!

Booth pertama yang kami singgah ialah Booth majalah Keluarga. Dengan pembelian majalah Keluarga keluaran terbaru, kami berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan. Kami menyertai aktiviti menembak tin. Dengan tiga kali percubaan, hanya sekali sahaja yang menepati sasaran.

Kami juga berpeluang untuk ke Pesta Buku Karangkraf yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf. Memang banyak hadiah yang ditawarkan kepada setiap pengunjung.Ketika berada di booth Yezz! dan G3, tiba-tiba datang seseorang. Dia datang kepada Haziq, lalu memanggilnya sebentar untur ditemubual. Selepas beberapa ketika, saya bertanya dengannya mengenai apa yang ditanyakan. Dia kata, orang tu nak soal selidik mengenai, "orang perempuan nampak selekeh bila...". Jawapannya mana boleh bagi tau. Kalau nak tau gak, tengok majalah Yezz! keluaran terkini. Mungkin ada dikeluarkan. Jangan lupa tau!!
Saya amat berharap agar aktiviti seperti ini lebih banyak di lakukan untuk menggalakkan masyarakat lebih banyak membaca. Pelbagai genre buku dapat diperolehi dengan harga yang lebih murah. Penggemar buku juga dapat beramah mesra dengan penulis dan artis yang terkenal di sana.

Hmmm..... antara penulis dan artis yang saya temui ialah Dr. Hm Tuah Iskandar dan Adam AF2. Persembahan Adam petang tu boleh tahan juga lah walaupun keadaan pada masa itu hujan renyai-renyai. Sebaik sahaja Adam selesai buat persembahan kami bergerak menuju ke Summit untuk main boling. Best~

No comments:

Post a Comment