Friday, January 28, 2011

SYARAT UMUM PERTANDINGAN

Nak masuk pertandingan, kenalah tahu syarat-syaratnya dulu....~ tengoklah syarat-syarat ini:

  1. Semua ciptaan atau hasil karya penyertaan mestilah asli dan hasil daripada idea sendiri.
  2. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011.
  3. Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik FOMCA. Ia akan digunakan bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan risalah, buku, laman web dan lain-lain.
  4. Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap dan ditandatangani oleh peserta.
  5. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap terhadap sebarang kerosakan, tersilap hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan tidak diterima sebagai bukti penerimaan.
  7. Warga FOMCA serta ahli keluarga terdekat tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
  8. Para peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan tetapi hanya berhak menerima satu hadiah utama bagi semua jenis pertandingan.
  9. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  10. Pihak penganjur tidak akan mengembalikan karya penyertaan kepada peserta.
Alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2011
No.1D-1, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17, Sungai Way,
47300 Petaling Jaya, Selangor

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan, sila hubungi:
Urusetia Pertandingan Kepenggunaan HPM 2011
Tel : 03-7876 2009
Faks : 03-7877 1076
E-mel : urusetia@mypengguna.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Sebarang pengumuman atau maklumat terkini akan dipaparkan melalui laman web HPM: www.mypengguna.com

No comments:

Post a Comment