Friday, September 9, 2011

Alamak! Salah masuk….

Hai, akhir2 ni, macam2 cerita kelakar sama ada yang ana dengar dari sahabat2 ana mahupun yang ana saksikan sendiri. Yang lucu ada, sedih ada, seram pun ada jugak…hurm~ {inilah rencah kehidupan, kalau tidak, tiada warnalah kehidupan kita ini}. Jom baca post kali ini, dan jangan lupa untuk tinggalkan komen anda…terima kasih. 

**************************************

Seorang lelaki baru sahaja tiba di Jabatan XXXX. Lelaki tersebut baru pertama kali tiba di situ, jadi dia kurang arif mengenai lokasi sebenar pejabat pentadbiran jabatan tersebut. Lalu, dia bercadang untuk bertanyakan hal tersebut kepada seseorang yang boleh membantunya.
“Assalamualaikum..Tumpang tanya, dimana pejabat pentadbiran ye?” tanya lelaki tersebut kepada pengawal yang bertugas.
“Oh, encik ikut sahaja jalan ni,” jawab pengawal tersebut dengan penuh berbudi bahasa sambil tangan kanannya menunjuk seperti berikut : >>>

*****************************************
Eh, antum semua pernah tengok tak iklan minyak wangi yang dilakonkan oleh Dafi [baik punye..] dengan Amani [tak sure lah namanya sape??]…? Pernah tak??
Kan Dafi tu tanya kepada Amani, “Cik, kafe mana?” Kemudian, Amani tu buat macam mana? Lebih kurang macam ni pulak kan??? >>>

So, secara kesimpulannya, tanda @ gaya tangan seperti ini >>> 
 dan ini,

adalah untuk menunjukkan arah, bukannya mempersilakan masuk….

Jadi, ana tak bersalah kalau ada yang tersalah faham dengan gaya tangan seperti itu. Agak kelakar juga lah bila difikir-fikirkan balik..kihkihkih!!!

Oh ya! Lagi satu petua, kalau antum semua nak masuk ke dalam satu2 bilik yang antum tak pasti betul atau tidak, jangan main serbu jew tau…buka pintu nya sikit2, perlahan2 dan dengan penuh gaya kesopanan…intai dulu, siapa yang ada di dalam…semua ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak MALU!!!
Tetapi teknik meng’cover’ adalah sangat penting dan diperlukan sekiranya berada dalam situasi yang tidak diinginkan…jangan marah tau….

p/s: ~siapa yang makan cili, terasalah kepedasannya, sesiapa yang makan airkrim, terasalah kesejukkan nya…hehehe, tq~

No comments:

Post a Comment