Sunday, September 18, 2011

Petikan Akhbar~

“JAKIM sah produk Munchys halal”



Minggu lepas, ada seorang kawan ana, menunjukkan sms yang diterima daripada seseorang,
sms tersebut memaklumkan mengenai serbuan JAKIM terhadap kilang Munchys di Batu Pahat, Johor
dan dalam serbuan tersebut, JAKIM menemui stor arak yang didakwa digunakan sebagai salah satu bahan dalam biskut, keluaran syarikat itu.

kawan ana minta respon apabila membaca sms itu, tapi ana tak bagi respon apa2,
sebab ana teringat pesan dari ayah ana, dalam dunia ini [khususnya dalam dunia perniagaan],
sifat  dengki antara satu sama lain itu memang wujud, dan fitnah memfitnah antara satu sama lain itu sering terjadi semata-mata untuk mengaut keuntungan yang lebih dalam masa yang singkat dan menjatuhkan pihak lawan, tidak kurang juga yang menggunakan ilmu hitam untuk menang dalam medan perniagaan ini..~

Antara petikan daripada laporan akhbar Berita Harian [Khamis, 15 September 2011]
************************************************************* 

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan semua produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchy Food Industries Sdn Bhd di Batu Pahat, Johor adalah halal. 

Ini berikutan Sijil Pengesahan Halal dikeluarkan oleh agensi itu kepada syarikat terbabit didapati masih sah sehingga 31 Julai 2013. 

Malah, Ketua Pengarah JAKIM, Othman Mustapha, berkata pihaknya tidak pernah membuat serbuan di kilang yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat itu, seperti di dakwa pihak tertentu menerusi sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) kelmarin. Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa individu bernama Haji Jalil Raihan yang didakwa pegawai JAKIM juga tidak wujud, sama ada di Ibu Pejabat JAKIM di sini, atau di Bahagian Hab Halal yang beroperasi di Cyberjaya.

*************************************************************
Kesimpulannya, janganlah terima sesuatu berita itu bulat2, sebaliknya, lakukan semakan dan kajian terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk laman web www.halal.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut dan pengesahan berhubung status halal mana-mana produk.

No comments:

Post a Comment