Friday, January 14, 2011

Menjana pendapatan dari rumah~




Alhamdulillah, dengan izinNya, karya saya mendapat perhatian pihak Penerbitan Alambaca. Sebagai saguhati, saya telah menerima RM 100 dalam bentuk wang pos. Ini secara tidak langsung memberi semangat dan keyakinan kepada saya untuk terus berkarya dan mencapai kejayaan.....

Sunday, January 2, 2011

My Friends~

Friends are the balloons...once you let them go, you might not get them back.

Sometimes we get so busy with your own lives and problems that we may not even notice that we have let them fly away.

Sometimes we are so caught up in who is right and who is wrong that we forget what is right and wrong.

Sometime we just don't realize what real friendship means till it is too late...I don't want to let that happened, so I'm gonna tie you with my heart so I never lose you~

Tahniah Skuad Harimau Malaya!!

Sebelum-sebelum ini, saya memang tidak berminat untuk menonton perlawanan mana-mana pasukan bola sepak. Sama ada peringkat negara mahupun antarabangsa. Jangankan nama pemain, nama pasukan pun saya tidak berminat untuk ambil tahu. Namun, apabila pasukan bola sepak Indonesia bertemu dengan pasukan Harimau Malaya, Malaysia, saya jadi teruja untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di saluran RTM. Saya mempunyai alasan yang tersendiri kenapa saya begitu beriya-iya untuk menyaksikannya.
Saya tidak merasa rugi dapat menyaksikan perlawanan tersebut, malahan saya akan terasa sangat rugi jika ketinggalan untuk menonton pemain muda negara beraksi pada malam tersebut.

Memang tidak dinafikan lagi, negara kita, Malaysia mampu untuk melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang ini seterusnya melonjakkan nama Malaysia di peringkat yang lebih tinggi. Antara pemain yang menjadi sebutan ramai setelah pasukan Harimau Malaya memenangi pertandingan tersebut dengan agregat 4-2 ialah Khairul Fahmi dan Safee Sali. Khairul Fahmi terkenal kerana kehebatannya menangkis segala serangan yang dibuat oleh pasukan bola sepak Indonesia. Safee Sali pula telah banyak berjasa dengan menjaringkan jumlah gol terbanyak dalam perlawanan tersebut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya!!!



Persekolahan 2011 pun bermula~

Hari 2 Januari 2011, adikku Muhamad Haziq Akmal Bin Halim telah mendaftarkan diri ke Asrama SMKA Simpang Lima. Pada tahun 2011 ini, Haziq akan menyambung pelajarannya di tingkatan 4 sekolah SMKA Simpang Lima. Semoga Haziq akan terus sukses dalam apa jua yang Haziq lakukan. Teruskan perjuanganmu dan jangan sia-siakan peluang yang ada di depan mata.
Selamat meneruskan perjuangan adikku!!!

Apa yang ada,
jarang disyukuri,
Apa yang tiada,
sering dirisaukan.
Nikmat yang dikecap,
barukan tersa bila hilang,
Apa yang diburu,
timbul rasa jemu,
bila sudah didalam genggaman.....