Monday, April 30, 2012

Resepi 2

Lunch time!!
"Ikan Tiga Rasa"
1 ekor ikan bawal
3 biji bawang merah (dihirs)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)

3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air

sebagai hiasan
2 biji cili merah
1 pokok daun bawang 

  1. Masukkan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
  2. Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata. 
  3. Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak.
  4. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.


p/s : ikan juga boleh digoreng dulu dan curahkan kuah sos di atas ikan
boleh lakukan ikut kreativiti masing-masing...
selamat mencuba~

Resepi 1

Tidak sengaja, tetapi ada hikmahnya.
Itulah yang terjadi kepada resepi pertama ana pada cuti kali ini. Kisah bermula apabila ayah ana ternampak satu tin ‘buah-buahan dalam sirap’. Seperasan dia, buah nenas yang jenis gelang. (sesiapa yang pernah makan, tahulah macam mana rupa yang ana maksudkan) Ayah ana pun bukalah tin tersebut. Sebaik sahaja dibuka, dia terkejut melihat isinya tidak seperti yang diharapkan. Ayah ana lihat semula pada label tin tersebut. Alamak! Buah pic. Bukannya buah nenas. Jadi, ana tawarkan diri untuk menggunakan buah pic tersebut untuk dijadikan pencuci mulut. Daripada terbuang begitu sahaja, kan tak elok membazir. Jadi, ana minta ayah ana keluarkan modal wang ringgit, ana usahakan untuk menjadikan buah pic tersebut sesuatu yang bermanfaat. Jadi, inilah hasilnya~ 

“ Puding Buah Pic “


Bahan-bahan :
10gram serbuk agar-agar (1paket)
4 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair (400 mililiter)
2 tin buah pic


Memandangkan ana cuma ada 1 tin buah pic, jadi ana separuhkan bahan-bahan yang ana senaraikan tadi. 

Ini cara-caranya :
1.       Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masakkan sehingga mendidih. Tutupkan api.
2.       Masukkan susu cair dan potongan buah pic. Kacau rata.
3.       Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
4.       Hidangkan bersama lebihan buah pic.
Dan inilah hasilnya. Taraa…~


Ok, selamat mencuba.