Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini,
berpeluang untuk berada di luar kawasan,
melihat dan menziarahi negara tercinta bersama keluarga tersayang,
alang, anjang, ateh dan achik bergabung,
dengan jumlah 15 orang kesemuanya...
alhamdulillah...

destinasi pilihan kali ini adalah,
Pulau Pinang!

alamdulillah diberi peluang untuk mencuba
Jambatan Kedua Pulau Pinang
ataupun dikenali juga sebagai
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Selangor,
sempat singgah sebentar di R&R Tapah untuk makan tengahari
dan ternyata sambutan yang terdapat di situ juga tidak kurang hebatnya!

jangan tak percaya, matlamat utama  kami ke sana adalah,
Pasembur!
makanan yang popular di Pulau Pinang...






Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia,
semoga kita sama-sama memahami erti sebenar kemerdekaan itu...

Doakan saya ye,
*Kembara Seorang Hamba*

Saturday, August 30, 2014

Tahniah sahabat!


Tahniah diucapkan kepada sahabat,
di atas perkahwinan beliau,
alhamdulillah sempat berjumpa walaupun seketika,
semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sehingga ke akhir hayat...


Maaf tidak dapat hadir ke majlis walimatulurus kerana mempunyai urusan lain...
semoga semuanya berjalan lancar..

"When you stop searching for a prince,
and make Allah the king of your heart,
He will help you complete the fairytale"
Insyaallah...

Doakan saya,
*Kembara Seorang Hamba*
Penang Island-Musafir-





Thursday, August 28, 2014

Konvokesyen Darul Quran 2014

Tahniah diucapkan kepada para graduan yang sudah berjaya
menamatkan pengajian di Darul Quran..
Tahniah!!!



Semua dijemput datang ke Ekspo Konvokesyen 
yang bermula hari Khamis, 28 Ogos 2014 sehingga Ahad 31 Ogos 2014

Pelbagai acara dan program diadakan di sana,
Memanah, berkayak, menunggang kuda dan banyak lagi..
Turut terdapat pelbagai gerai yang membuat jualan dengan harga yang sangat berpatutan..
*dah jadi macam promoter pula* hehe...

Jemput datang yer....
Sempat singgah ke sana petang tadi, tetapi masih belum meriah,
mungkin sebab hari ini orang masih lagi bekerja...
Dijangka akan meriah tatkala hujung minggu nanti..
Oh ya! Kalau tak silap ada persembahan nasyid daripada kumpulan artis terkenal di hari kemuncak..
tetapi tak pasti bila dan siapa...

Doakan saya ye,
*Kembara Seorang Hamba*

Bijak Wang

"Apa perasaan bila sudah sebulan kita penat berhempas pulas dengan kerja, tiba masa dapat gaji?"
"Mestilah seronok!"
"Mesti rasa rambang mata kan?"
"Kenapa pula?"
"Iyelah, saya yang belum bekerja ini pun dan rambang mata melihat pelbagai barangan yang ada dijual diluar sana, inikan pula awak yang sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, kan?"
"Memang betul, tetapi kena beringat"
"Setuju!"


Baru-baru ini ada terdengar di rancangan Majalah 3. Kebetulan masa itu adalah program khas mengenang allahyarhamah Sharifah Aini. Melalui protegenya, Shiha dalam program mentor, bila ditanya kepada Sharifah Aini, macam mana dia mampu memiliki rumah sebesar itu. Dan jawapan yang diberi oleh Sharifah Aini ketika itu adalah,

"Apabila kita sudah bekerja, dan mempunyai pendapatan sendiri, jangan gunakan semuanya. Simpan. Bukannya 10%, 20% ataupun 30%. Tetapi 50% daripada pendapatan tersebut hendaklah disimpan untuk kegunaan masa hadapan."

Jangan tipulah kalau setiap daripada kita ini tidak mempunyai keinginan dan kehendak.
Jika hendak disenaraikan apa kemahuan kita sekarang ini, rasanya satu helai kertas A4 mungkin tidak mencukupi, kan? 
Itu adalah fitrah manusia.
Pada masa yang sama juga, manusia dikurniakan akal fikiran untuk mengawal kehendak dan kemahuan itu. 
Seandainya tidak dikawal dengan baik, segala kemahuan dan kehandak itu akan memusnahkan hidup manusia. 

Susun atur mengikut kemahuan dan keperluan. 
Dahulukan segala keperluan dalam hidup kita dan orang-orang disekeliling kita. 
Insyaallah....semoga Allah redha..

Doakan saya ya!
*Kembara Seorang Hamba*


Katakan tidak kepada rokok!

menunggu dalam kereta sementara ibu pergi ke atm
sambil menunggu itu, melihat-lihat sekeliling

tiba-tiba terlihat seorang pemuda sedang menunggu di luar atm
terselit sebatang rokok di antara jari manis dan jari hantunya
asap berkepul-kepul dihembus keluar dari mulut
tidak lama kemudian,
dilihat pemuda tersebut menyedut rokok tersebut
dan dengan mudahnya mencampakkan baki rokok itu ke atas jalan

terbeliak mata melihat tindakan pemuda tersebut
*what??!! semudah itu ke?*

tak kisahlah kalau anda nak merokok
tak kisahlah kalau anda nak merosakkan diri anda dengan rokok
tak kisahlah kalau anda nak beli rokok dengan duit anda
dan kalau benda ini melibatkan diri anda seorang,
sesiapa pun tak akan ambil kisah...

masalahnya di sini, 
perkara ini melibatkan ramai orang..
faham tak???
anda merokok di merata-rata tempat yang anda suka,
pernah anda terfikir oraang-orang yang berada di sekeliling anda?
pernah anda fikirkan orang lain?
perasaan mereka tatkala anda dengan bangganya menghembus asap rokok tersebut??
pernah??
pernah??

pernah anda terfikir alam sekitar yang tercemar dan kotor bila anda membuang puntung rokok tersebut??
pernah anda terfikir alam sekitar yang mungkin akan terbakar kerana abu rokok anda?
alam sekitar musnah tanpa anda sedari...
anda memusnahkannya dengan tangan anda sendiri...
tak pernah terfikirkan??

duit yang anda guna itu duit siapa?
sangat malang kalau duit tersebut adalah duit ibu bapa anda,
yang sepatutnya mereka berikan untuk keperluan harian,
tetapi anda gunakannya untuk membeli rokok...
kalaulah anda kata itu duit anda sendiri,
hasil usaha anda bekerja,
tetapi rasanya masih banyak ruang lagi anda boleh laburkan duit anda...
pelaburan yang memberikan jaminan untuk masa hadapan...



tolonglah terima hakikat bahawa

rokok membazir duit
rokok mencemarkan udara
rokok mengotorkan alam sekitar
rokok membahayakan kehidupan...

saya benci rokok!
saya benci rokok!
saya benci rokok!

katakan tidak kepada rokok!

Wednesday, August 27, 2014

Bukan kerja bermusim

Kalau dulu2, dengar buah-buahan sahaja yang bermusim
tetapi sekarang ini buah-buahan pun jarang bermusim
kalau dicari, pasti jumpa..


begitu juga dengan usaha kita sebagai rakyat Malaysia
dalam membantu saudara-saudara kita di Gaza dan Palestin

kalau kata nak boikot, boikot betul-betul
jangan separuh jalan
jangan bermusim
kuatkan semangat kita...

kalau kata nak menderma, menghulurkan bantuan
sebaiknya biarlah berterusan
bukannya saat mereka diserang oleh rejim zionis sahaja

begitu juga dengan doa
kerana doa adalah senjata umat Islam
teruskan berdoa...
sentiasa selitkan doa buat saudara-saudara kita yang berjuang di sana...

semoga Allah redha dengan usaha kita yang kecil ini...

Peperangan tamat, Palestin-Israel berdamai


Peperangan tujuh minggu di Gaza ditamatkan semalam selepas Israel dan Palestin setuju berdamai.

Kejayaan tersebut hasil dari runding Palestin dan Israel, bersama kerajaan Mesir.

Israel bersetuju untuk membuka sempadan supaya bantuan kemanusiaan dan bahan binaan dapat memasuki Gaza. 

Pihak Israel juga bersetuju meluaskan zon perikanan Gaza, lapor theguardian.

Sempadan Rafah juga akan dibuka semula. 

Kata putus tersebut disambut oleh pengumuman masjid-masjid di Gaza selepas pesanan ringkas dari Hamas diterima mengenai kemenangan tersebut.

Berpuluh ribu penduduk Gaza gembira dan meraikan kemenangan tersebut.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Doakan...

doakan perancangan ini berjalan dengan lancar,
doakan agar segalanya dipermudahkan,
doakan agar semua mendapat manfaat daripada usaha yang kecil ini,
doakan kita semua dalam keredhaan Allah...



teringat kata seorang guru,
"Buatlah apa sahaja, asalkan apa yang kita buat itu memberi manfaat kepada agama Islam dan masyarakat sekeliling umumnya. Kalau nak jadi penulis, tulislah perkara yang baik-baik. Mana kita tahu, dengan tulisan itulah kita dikira berdakwah." 
-Guru-

Buat diri sendiri,
Jangan menjadi lemah,
Jangan mudah berputus asa,

Buat keluarga dan sahabat,
Andai aku terjatuh,
Pautlah tanganku,
Andai aku terlalai,
Pimpinlah tangannku,
Andai aku kecewa,
Tiupkanlah kata-kata semangat buatku,

Agar kita semua selamat....

"Kembara Seorang Hamba"

Monday, August 25, 2014

Janji Allah Itu Pasti

Janji Allah itu pasti.
Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya.

akhir-akhir ini banyak pula terima undangan kawan-kawan sekolah dan seuniversiti mendirikan rumahtangga,

tahniah buat semua.. ;-)


ini atikah azman (kawan satu kuliah) & suami


ini amiruddin ramdan (kawan sekolah rendah) & isteri


ini hashima husin (kawan tamhidi) & suami
serta 
nabihah roslan (kawan tamhidi) & suami



hujung minggu ini ada lagi satu jemputan sahabat ke Majlis Kesyukuran Perkahwinan..
Insyaallah kalau tiada aral, akan sampai juga,
semoga semuanya berbahagia sehingga ke akhir hayat..
bahagia di dunia, bahagia di Syurga...
Insyaallah...

Rasulullah SAW bersabda,
“Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”

“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”

(Hadis riwayat At-Tarmizi)

#iloveIslam#

Jom like Facebook,
#SyaihanBookstore#


Friday, August 22, 2014

Bertafakur...

Daripada Allah kita datang dan kepadanya kita kembali,
Al-fatihah...


Hukum Tafakkur Dan Berkabung
sumber dari e-fatwa Malaysia

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.

PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas.
(al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)

Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.

Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan DILARANG oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat.
(Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa TIDAK SALAH  untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam.

Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan MENDOAKAN mereka dan MEMBACA ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah DIBENARKAN selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab MENGHARUSKAN (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662

Wallahu a'lam.

Thursday, August 21, 2014

Celebrity On Stage "Bicara Fitrah Sakinah" Daerah Hulu Selangor 2014

Alhamdulillah, diberikan peluang dan ruang untuk pergi ke majlis ilmu pada hari ini dengan ahli-ahli panel serta moderator yang cukup hebat. Subhanallah...

Celebrity On Stage
"Bicara Fitrah Sakinah"
Daerah Hulu Selangor 2014/1435H

Moderator : Heliza Helmi
Panel 1 : Ustaz Roslan
Panel 2 : Ebit Liew

Banyak perkongsian ilmu yang disampaikan dengan majlis yang cukup santai begitu menarik minat. Betullah kata ahli panel, kita sebagai manusia ini perlu selalu mendengar nasihat. Banyakkan mendengar dan menerima nasihat kerana kita tidak tahu bila masa hati kita akan diberikan taufik dan hidayah.

Kita juga tidak tahu nasihat yang mana dapat diterima oleh hati kita. Ringankanlah kaki kita untuk melangkah ke majlis-majlis ilmu agar kita sentiasa dekat dan ingat akan Allah. 




Moderator dan ahli panel duduk semeja sebelum program bermula...
Kiri sekali, Heliza Helmi, tengah Ebit Liew dan kanan sekali Ustaz Roslan..

 Tak selamanya langit di junjung, tak selamanya bumi di pijak.
Fitrah -> panduan.
Allah yang memandu kita melalui kitab suci Al-Quran.
Baca, lihat, dengar Al-Quran dapat hidayah. Petunjuk bagi orang bertaqwa.
Al-Quran adalah pengubat yang boleh mengubati.
Jiwa yang sakit akan sembuh. Jiwa yang kelam akan terang. Jiwa yang kacau akan tenang.
Bila kita baca Al-Quran, kita bercakap, bermesra dan berbicara dengan Allah.

Kehidupan kita ini bukan mudah. Nampak mudah tapi bukan mudah. Banyak halangan dan ujian yang akan mencacatkan fitrah kita. Untuk melawan semua itu, fitrah kita kena kuat.

Buat sikit-sikit lama-lama jadi gunung. Semulia-mulia amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan. Sentiasa bertaubat. Beristighfar.

Solat wajib. Zakat wajib. Puasa wajib. Dan yang paling penting muqaddimah kepada yang perkara yang wajib adalah taubat. Taubat adalah kerja wajib seharian dan setiap saat.

Perayaan untuk membesarkan Allah adalah wajib untuk setiap hari. Makin dekat, makin rapat. Sentiasa mengingati Allah. Dalam Islam, perayaan adalah sentiasa mengingatkan Allah.

Kita tak boleh mengubah manusia, melainkan Allah tetapi kita boleh mengajak, mengajar dan membimbing orang itu. Dalam berdakwah, kita mesti ada keupayaan untuk mengajak orang.

Kita mesti buat baik dahulu, baru kita boleh mengajak orang lain berdakwah. Berdoa dan mintalah kepada Allah. Doa adalah senjata orang mukmin. Merintihlah dan memohonlah kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar.

Kisah daripada Ustazah Zawiyah Hasan yang disampaikan oleh Ustaz Roslan.

Ada seorang isteri. Sejak hari pertama dia berkahwin, suaminya tidak pernah solat. Namun begitu, setiap kali si isteri mahu solat, si isteri akan bentangkan dua helai sejadah. Satu di depan, dan satu lagi di belakang.
Setiap kali waktu solat, si isteri akan berbuat demikian sehinggalah pada suatu hari, si suami bertanya kepada isterinya. 

Suami:Sejak kita berkahwin, awak selalu bentang dua sejadah sedangkan awak seorang sahaja yang solat dan abang tidak solat. Kenapa ye?
Isteri:Abang, kalau abang nak tahu, satu lagi sejadah itu untuk abang. Abang merupakan imam kepada saya.

Dan semenjak hari itu, si suami mula solat dan berjemaah dengan isterinya. Hanya kerana sehelai sejadah, si suami berubah menjadi lebih baik. Dan yang lebih penting usaha dan cara si isteri yang sangat bijak dalam menyampaikan dakwah kepada suaminya. 

"Jangan tinggal agama, buat terus kebaikan."


Ini adalah antara perkongsian semasa program tersebut yang diperolehi daripada Instagram milik Heliza Helmi...just for sharing...




Tiba-tiba, saja meringankan jari menaip ucapan terima kasih kepada kak Heliza kerana sudi datang ke sini, dan tanpa di sangka-sangka, kak Heliza balas komen itu... *terharu rasa*


Sempat bertemu dengan kak Heliza Helmi sebaik sahaja program selesai...
Comel sangat kak Heliza ini...
*teruja dapat bertemu muka dengan kak Heliza*
Semoga kita berjumpa lagi...




Wednesday, August 20, 2014

Ayuh, persiapkan diri!


Cuti semester sudah hampir ke penghujungnya. 
Seringkali pelbagai soalan ini muncul ke kotak fikiran.

Adakah aku sudah bersedia?
Adakah aku sudah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu ini? 
Apakah target dan matlamat yang ingin aku capai?

Kejayaan itu bukan diukur dengan pointer, tetapi sejauh mana kita dalam memanfaatkan ilmu yang kita terima itu kepada masyarakat dan ummah. 

Semua orang mempunyai impian masing-masing. Tetapi, jangan jadikan ianya impian semata-mata. Ayuh, persiapkan perancangan untuk kita mencapai impian kita itu!

**menjelang semester baru**

jimat duit : untuk trip bersama family ke luar negara..Insyaallah...

yang penting, ke mana sahaja kita pergi, kutip sebanyak mana ilmu yang kita mampu!
yes!!

>> setinggi tahniah kepada my bro, Haziq<<
bakal menjadi mahasiswa UiTM Shah Alam
sesi 2014/2015
dalam jurusan Kejuruteraan Kimia, Minyak dan Gas
semoga segalanya dipermudahkan
dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara!

>>setinggi tahniah juga kepada my bro, Nabil<<
baru dapat mesej daripada dia,
katanya ujian baru-baru ini
untuk subjek add math dia dapat markah
98%!!
Allahuakbar!
Tahniah! Walaupun subjek ini selalu 'digambarkan' susah oleh kebanyakkan pelajar, tetapi dia berjaya buktikan yang dia boleh!
Teruskan perjuangan kerana perjalanan dalam menuntut ilmu ini masih panjang...

"Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan yang terdaya olehnya."

Jangan lupa like link ini, 

Syaihan Bookstore



Monday, August 18, 2014

Jaga Dia Untukku


Rindu
Pernah rasa rindu?
Sakit rasa rindu?

Insan yang berhati nurani, pasti mempunyai rasa rindu...
Halakan rasa rindu itu ke arah yang betul...
Hadirkan rasa rindu itu kepada orang yang betul...

"Kalau rindukan seseorang, baca Al-Fatihah sambil tangan di dada, dan berzikir kepada Allah dengan niat semoga dia merasai rindu kita padanya."
-Ustaz Don Daniyal-

Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Jaga hati, jaga iman, maniskan senyuman... 
Ya Allah, peliharalah hati-hati kami ini untuk sentiasa mengingatiMu...
Bimbinglah hati kami ini agar sentiasa berada di jalan keredhaanMu...

Jom Like 

Syaihan Bookstore

Thursday, August 14, 2014

Bukan Sekadar Mimpi

"Sayang itu ada di mana-mana, tetapi bukan semua orang dapat menikmatinya. Benci itu tersembunyi tetapi ramai yang memilikinya."
-Hafiz Hamidun-


Jangan jadikan mimpi sekadar mimpi,
Perlukan usaha untuk menjadikannya realiti,
Ayuh bangkit! Tekadkan semangat!
Kejarlah mimpi itu....
Bekalkan diri dengan ilmu...
Insyaallah berjaya akhirnya...

Tetapkan matlamat baru untuk semester baru!
Kuatkan semangat!
Perbetulkan niat!
Berdoa tanpa henti...sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar...

"Mimpi,
Biar tinggi,
Jika tidak sampai ke bulan,
Sekurangnya dapat menyentuh awam.."
-Hilal Asyraf-

Rezeki Dari Allah

Hujan renyai-renyai....
Alhamdulilllah, sejak beberapa hari ini hujan turun membasahi bumi,
Walaupun begitu, masih ramai di luar sana yang tidak tahu,
Yang mereka tahu, menuduh tanpa mengusul periksa,
Menunding jari mencri salah orang,
Hakikatnya, walaupun hujan turun dimerata tempat,
Tetapi paras empangan Sungai Selangor tetap tidak berganjak, mesti pelik kan?
*kenapa hujan sudah turun, tetapi catuan air masih dilakukan?*
Ini kerana hujan tidak turun di kawasan empangan..
Jikalau hujan turun dikawasan tersebut pun, masih memerlukan masa yang lama untuk paras air itu meningkat ke paras yang normal
Tanah yang sudah kering memerlukan masa agak lama untuk berfungsi menadah air...
*oo..macam itu..*

*bunyi whatsapp masuk*


*rasa macam kena lempang, dan terasa kebas!*

sememangnya betul...dan sangat setuju!
rezeki setiap orang itu berbeza-beza...

Jadi, jangan pertikaikan rezeki yang kita terima...
Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada depan mata kita...

"Berkongsilah walau setitik madu suatu KEBAIKAN,
berkongsilah walau sesudu garam DOSA demi pengajaran,
kerana kelak itulah buah bekalan"
-Santapan Minda-

Jangan lupa like link ini,

Syaihan Book Store

Hanya PadaMu Ku Bersujud


Alhamdulillah
*
*
*
*
*
Alhamdulillah
*
*
*
*
*
Alhamdulillah
*
*
*
*
*
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 

Hanya padaMu aku sujud, Ya Allah!
Sungguh, walaupun tidak sehebat seperti orang lain sekurang-kurangnya aku LULUS!
dan boleh meneruskan pengajian...

Hanya itu yang aku harapkan untuk semester ini!
*air mata kesyukuran*

Hati Oh Hati!


*Jom pergi Bukit Fraser!*
*Bila?*
*Esok*
*muka pelik*


*Jom kita pergi i-City nak?*
*Jom! Tapi, bila?*
*Esok!*
*berkerut muka sambil mata tak berkelip*

Itulah sikap dan perangai aku apabila aku tidak tenang. Sesuatu menghantui diri. Walapun muka aku nampak ‘cool’ dan boleh bergelak ketawa, nampak riang dan senang hati, hakikatnya hati aku pedih.

Kalau nak digambarkan hati aku saat ini, mungkin seperti air yang sedang mendidih dalam cerek. Ataupun mungkin seperti kuah spageti carbonara yang sudah masak dan berbuih-buih di dalam kuali. Aku tidak suka dengan perasaan macam ini. Aku perlukan persekitaran yang tenang. Sebab itu laju sahaja mulut ini menuturkan beberapa tempat yang boleh memberikan aku perasaan tenang itu. Tetapi orang lain tidak perasan. Orang lain sangka aku bergurau. Ataupun mungkin orang lain sangka aku ini dah ‘gila!’. Teruk betul!

Kenapa mesti ada keputusan? Kalau tak perlu tak boleh ke? Aku teruja nak tahu. Tetapi hakikatnya aku takut nak tahu. Takut untuk kecewa. Argh!! Kepada siapa harus aku luahkan rasa ini? Biarlah ia tersimpan rapi setakat ini.

Aku cemburu dengan orang lain yang berjaya. Siapa yang tak nak berjaya, kan? Aku pun nak berjaya. Aku percaya takdir dan rezeki setiap orang itu berbeza, tetapi kenapa masih ada yang tidak percaya? Kenapa mesti samakan aku dengan yang lain? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku TAK SUKA disamakan. Rasa sakit hati! Aku adalah aku. Aku punya jalan hidupku sendiri yang sudah tentu berbeza dengan orang lain.


Astaghfirullah. Allahuakbar! Allah! Allah! Allah! Hanya padaMu aku memohon, Ya Allah! Ubatilah hatiku ini. Hapuskanlah segala penyakit hati ini. Biarlah aku menangis andai itu boleh membuatkan hatiku lega!

Jom Like link ini~

Tuesday, August 12, 2014

Tragedi Semalam!

Saat jam mula menunjukkan pukul 6.30petang, aku mendapat perkhabaran ayah terlibat dengan kemalangan. Kereta yang dipandu terbabas di susur keluar Bukit Beruntung sebelum tol Bukit Beruntung.









Walaupun kereta mengalami kerosakan yang agak teruk, tetapi alhamdulillah ayah tidak mengalami sebarang kecederaan. Syukur! Allahuakbar!

Kebetulan masa itu hujan lebat, mungkin jalan yang licin juga adalah faktor yang menyumbang terjadinya kemalangan tersebut. Kepada semua pengguna jalan raya, tolong lebih berhati-hati ketika berada di atas jalan raya. JALAN RAYA BUKAN TEMPAT UNTUK BERMAIN-MAIN. Wassalam. 

Jangan lupa like link ini ye~

Syaihan Book Store

Like & Share!

Jom ramai-ramai 'Like & Share' link ini...
Boleh dapatkan novel-novel terpakai dengan harga yang berpatutan...
Tak rugi pun kalau like, kan? 

Sakit Itu Penghapus Dosa


Semalam pergi menziarahi mak cik di Hospital Selayang.
Sayu rasa hati melihat keadaannya yang sudah semakin susut berat badan. 
Bicaranya juga sudah semakin kurang. 
Tetapi, pada masa yang sama, aku kagum dengan anaknya iaitu sepupuku. 
Bukan semua orang mampu dan sanggup untuk menjaga ibubapa masing-masing yang semakin uzur. 
Aku pahatkan dalam hati, dan berdoa agar kami tiga beradik ini mampu berbuat sepertinya. 
Menjaga ibubapa kami semampu yang boleh sehingga ke akhir hayat kami. 
Berbakti semaksima kami untuk ibubapa kami. 
Semoga doa ini dimakbulkan. 
Semoga mak cik juga semakin sihat dan menjalani kehidupan seperti sediakala. Insyaallah...

Buka Lembaran Baru, Dengan Semangat Baru!


Setelah sekian lama mendiamkan diri daripada mencoretkan sesuatu, kini aku membuka lembaran baru. Semoga lembaran kali ini lebih positif dan mendatangkan aura dan impak yang positif! Itu matlamat dan harapan aku..mohon doa daripada semua...
Kini, aku memasang impian dan harapan. Impian yang akan aku buktikan kepada seluruh dunia bahawa AKU BOLEH! Nantikannya pada masa akan datang, insyaallah..