Monday, October 20, 2014

Acara I Want To Touch A Dog

Acara I Want To Touch A Dog (Kompilasi Artikel)


hari ini, penuh timeline facebook dengan isu yang hangat dan panas!
berkenaan acara "I Want To Touch A Dog"

jom kita baca artikel dan komen2 yang berkaitan,

















kita dikurniakan akal fikiran,
gunakanlah akal itu untuk membuat pilihan dan jalan yang betul,
jangan tersalah langkah, kawan...

perlu atau tidak perlu?
wajar atau tidak wajar?
semua pilihan di tangan kita, kawan...

moga kita semua dalam keredhaan Allah...

Jom jadikan ianya viral!


Sedikit perkongsian dari sesi tazkirah Financial Mathematics minggu lepas,
Apa salahnya, perkara yang baik kita kongsikan kepada semua,
agar aura positif itu semakin tersebar luas...


Wednesday, October 15, 2014

Telefon Berdering..Kring..Kring..

dalam satu hari, berapa kerap kita berhubung dengan ayah ibu kita?
dalam seminggu, berapa kerap kita bertanya khabar mereka?
dalam sebulan?
jangan ada yang sampai sebulan tidak pernah bertanya khabar mereka...
Allahuakbar!


duhai sahabat,
jangan sesekali mereka ini dilupakan...
seringkali aku sematkan kata-kata ini dalam kehidupan seharian..
tiada siapa dan apapun yang dapat menggantikan mereka ini..

walaupun tak sempat nak call, kita boleh skype,
kalau tak sempat nak mesej, kita boleh whatsapp,
tak sempat nak whatsapp, kita boleh mesej FB...macam2 lagi ada..
lebih2 lagi dengan kemudahan teknologi pada hari ini yang serba canggih...


kadang kala itu, sedih juga apabila dapat tahu,
ada diantara masyarakat sekeliling, tidak kisahlah yang masih belajar ataupun yang sudah bekerjaya,
yang sanggup berhabis masa dan wang semata-mata agar dapat berhubungan dengan kekasih hati masing-masing,
bila ditanya, bila kali terakhir berhubung denga ayah ibu?
entah, tak ingat~
sedih kan...

kita yang jauh di perantauan ini,
berbahagia...bersenang lenang..bergembira...
pernahkah kita terfikir, tentang perasaan ayah ibu kita di rumah,

walaupun kadang kala mereka tidak menzahirkan rasa rindu mereka kepada kita,
hakikatnya, rindu itu pasti ada,
cuba bayangkan, dahulu rumah mereka riuh rendah dengan suara anak2,
tetapi kini, mereka cuma tinggal berdua,
suasana sepi,
tidakkah mereka rindu dengan suasana yang dahulu?
pasti ada rasa itu, walaupun sedikit...

jadi, sahabat2 sekalian, dan juga diri sendiri,
luangkanlah masa anda untuk mereka,
tidak perlu lama,
cukup walaupun seketika tanda kita ingatkan mereka...


jangan lupa, daripada mana datangnya duit nak beli telefon bimbit itu?
daripada mana datangnya duit nak topup kredit telefon?
daripada mana datangnya duit nak bayar bulanan broadband?
tidak dinafikan ada dikalangan kita yang sudah bekerjaya dan mempunyai pendapatan sendiri,
tapi, tak salah kan untuk gunakan sedikit wang itu untuk ayah dan ibu kita?

ingatlah, duit bukan segala-galanya,
walaupun segala-galanya perlukan duit pada masa sekarang ini...(T_T)

apabila tiba musim cuti,
luangkanlah masa dengan mereka,
buatlah sesuatu yang dapat gembirakan mereka...
berbahagialah kita kerana dapat berbakti kepada mereka...
jangan disia-siakan peluang ini...

doakan agar kita semua dalam perlindungan dan keredhaan Allah...
Insyaallah..

Tuesday, October 14, 2014

Ampunkan Dosa Kami

Ya Allah, ampunkan dosa kami..
Kami sering lalai dala melaksanakan perintah Mu,
Kami sering alpa meninggalkan larangan Mu...

Ampunkan kami,
Ampunkan kami,
Ampunkan kami...

Berikanlah kami hidayah dan petunjukMu,
Bimbinglah kami menuju jalan keredhaanMu,
Lindungilah kami dari segala bencana dan malapetaka,
Jauhkanlah kami dari hasad dengki sesama manusia...


tanpa rasa jemu,
tanpa rasa penat,
ayuh kita sama-sama memohon ampun,
atas segala dosa yang kita lakukan...


sedarkah kita, berapa banyak dosa yang kita sudah lakukan hari ini?
sama ada dosa yang kita sedari ataupun tidak..


jangan suka mencari kesalahan orang lain!


sebelum lena, jomlah maafkan semua..
semua yang menyakiti, mengasari, membenci, mencaci, memfitnah, menikam dari depan dan belakang...
Maafkanlah dan tidurlah dengan berlapang dada...

Yang pertama meminta maaf itu ialah yang PALING BERANI,
Yang pertama memaafkan itu ialah yang PALING GAGAH,
Yang pertama melupakan itu ialah yang PALING GEMBIRA..

walaupun sukar untuk menjadi yang pertama itu, mari kita sama sama cuba...

Maafkan aku,
Maafkan segala salah silapku...
Moga kita semua dalam redha Allah...

Monday, October 13, 2014

Blank

bergetar seluruh tubuh tatkala melihatkan sebuah tragedi ngeri betul-betul di depan mata!

Allahuakbar!

semalam, selepas makan malam dengan kawan2, dan mahu pulang ke kolej kediaman,
lebih kurang pukul 7.00malam,
sedang memandu melalui dewan besar,
tanpa diduga,
sebuah motorsikal tercampak di depan mata,
mujurnya aku tidak memandu laju, dan sempat untuk mengawal kenderaan agar keadaan tidak menjadi lebih teruk,

aku berhentikan kereta di bahu jalan,
bercadang mahu membantu kerana waktu itu, betul2 ada kereta aku sahaja,
aku lihat, penunggang motorsikal tersebut sudah tertiarap di atas jalan,
dan motorsikalnya yang sudah berada di tengah2 laluan,
aku terkaku, terkedu dan pada masa yang sama,
aku 'blank' harus buat apa...

alhamdulillah, tidak lama kemudian, kelihatan sebuah kereta datang dari arah yang sama dengan aku,
dan keluar dua orang perempuan dari kereta tersebut untuk membantu,
lega..dan pada masa yang sama, sebuah motorsikal yang di tunggang oleh dua orang lelaki juga melalui jalan yang sama,
alhamdulillah, bantuan datang tepat pada masanya,



sumber daripada : wakil MPP

debaran di hati masih belum reda kerana trauma melihatkan kejadian itu didepan mata,
mungkin kalau ada orang yang mendengar cerita ini, dengan senangnya berkata,
"kenapa tak tolong orang itu?"
tetapi, kalau anda berada di posisi aku, baru anda tahu macam mana....

sehingga ke hari ini, masih tiada jawapan kepada persoalan yang bermain di minda kami,
"macam mana motorsikal dia boleh terpelanting?"
hanya si penunggang motorsikal yang ada jawapan tepat untuk soalan itu...

semoga si mangsa berada dalam keadaan baik-baik sahaja,
dan semoga cepat sembuh,
walaupun aku tak kenal siapa dia, aku hanya mampu berdoa untuk dia...


moral of the story is;
berhati-hatilah setiap masa dan walau di mana juga kita berada,
dan yang paling penting,, doa jangan dilupakan...
agar kita semua dalam perlindungan...
Insyaallah....


Wednesday, October 8, 2014

Riba & Ekonomi

Sedikit perkongsian daripada kuliah Dr Hisham, untuk kursus Business Management
berkaitan dengan Riba & Ekonomi...

seperti yang kita semua maklum, 
riba diharamkan dalam Islam...
tetapi, sejauh mana yang kita tahu tentang riba?
macam mana yang dikatakan riba?
adakah urusan ekonomi kita terlibat dengan riba? 

oleh itu, jangan malas dalam mencari ilmu,
rajinkan diri, ikhlaskan hati untuk mencedok ilmu sebanyak yang mungkin,
mana yang salah, kita boleh betulkan,
mana yang betul, kita boleh tambah baikkan....




seperti yang tertera di carta di atas, riba terbahagi kepada dua
iaitu Riba Ad-Duyun dan Riba Al-Buyu'. 

Riba Ad-Duyun ini adalah riba yang berkaitan dengan urusan pinjaman ataupun hutang,
manakala Riba Al-Buyu' ini pula adalah riba yang berkaitan dengan jualan. 

Riba Ad-Duyun ini pula terbahagi kepada dua
iaitu Riba Al-Qard (di permulaan) dan Riba Al-Jahiliyyah (apabila gagal). 

Riba Al-Buyu' juga terbahagi kepada dua,
iaitu Riba An-Nasak (pebangguhan) dan Riba Al-Fadhl (tambahan). 

Lebih mudah untuk memahami jenis-jenis riba ini jika diberikan contoh.

Riba Al-Qard : apabila kita membuat pinjaman di bank, pada awal2 lagi sudah ditetapkan kadar interest yang dikenakan. semuanya sudah tertulis dalam perjanjian. dan kadar interest itu tetap sepanjang tempoh pinjaman tersebut. 

Riba Al-Jahiliyyah : untuk jenis riba ini, kebiasaannya terjadi kepada peminjam yang tidak membayar balik pinjaman seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
sebagai contoh yang paling mudah adalah penggunaan kad kredit. apabila tiba tarikh pembayaran, maka pemegang kad kredit harus membayar jumlah yang telah digunakan. JIKA telah melebihi tarikh bayaran, maka kadar interest akan dikenakan kepada pemegang kad kredit. kadar interest tersebut juga akan berganda, dan terus berganda sehinggalah semua bayaran selesai. 

Riba Al-Fadhl (faktor kuaantiti) : contohnya, Ahmad memiliki garam bukit manakala Ali memiliki garam laut. pada suatu hari, dalam keadaan terdesak, Ali memerlukan garam bukit. maka, Ali dan Ahmad bersetuju untuk bertukar barang. Ali mahukan sepeket garam bukit, manakala Ahmad mahukan tiga peket garam laut sebagai balasan. maka, terjadilah lebihan dalam urusan antara Ahmad dan Ali. itulah yang digelarkan sebagai Riba Al-Fadhl.

Riba An-Nasak (faktor masa) : contohnya, Siti mahu membuat pertukaran wang daripada Ringgit Malaysia kepada Rupiah. urusan pertukaran nilai mata wang ini hendaklah dibuat pada masa yang sama.
TIDAK BOLEH, JIKA Siti memberikan duitnya dalam nilai Ringgit Malaysia kepada Money Changer pada waktu pagi, dan mengambil semula wangnya dalam nilai Rupiah pada waktu petangnya ataupun keesokkan harinya, ini adalah kerana, nilai mata wang itu boleh berubah-ubah, walaupun dalam tempoh masa yang pendek.

"Setiap hutang yang berjaalan dan memberi manfaat maka ianya adalah RIBA"

The Differences between Riba and Trade"

Riba
# no division of profit
# the creditors demand the interest until payment made
# borrowed obliged to pay both amount borrowed & interest
# the creditor lends his surplus amount & get interest without any personal labor & hardship

Trade
# exchange on the basis  of equity
# the profit in trade occur only once
# no additional amount to be paid -> exchange of commodity
# the benefit drive from the wormanship

sampai di sini sahaja,
Insyaallah akan dikongsikan lagi..

moga semua kita dalam keredhaan Allah...

Tuesday, October 7, 2014

Mati Itu Pasti


alhamdulillah, masih di beri peluang dan ruang untuk teruskan kehidupan di muka Bumi ini,
di beri peluang untuk terus bertaubat,
di beri peluang untuk mendekatkan diri kepada Maha Kuasa, Allah....

manfaatkanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya,
gunakanlah masa yang dimiliki ini semaksima yang mungkin untuk perkara baik...

kelak, apabila jasad dan roh sudah terpisah,
maka terputuslah segalanya,
yang tinggal cuma tiga perkara, iaitu

doa dari anak yang soleh,
ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, atau
sedekah jariah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

mati itu tidak mengira usia,
mati itu perkara yang pasti....

Allah...Allah...Allah...
ampunkan segala dosa kami...
terimalah taubat kami....

Saturday, October 4, 2014

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Dalam hidup bermasyakat,
jangan sesekali kita pentingkan diri sendiri,
fikirkan juga kesan setiap perlakuan kita terhadap orang di sekeliling kita...

Jika kita mudahkan urusan orang lain,
Insyaallah, Allah akan memudahkan urusan kita juga...

Kalau kita tidak mampu untuk menjadi pemadam yang memadamkan segala kesukaran dan kesusahan orang lain,
Jadilah seperti pensel warna yang mewarnai kehidupan orang lain,
dan bukannya menyusahkan hidup orang lain...

Perkara ini sudah terjadi dua kali kepada aku,
Alhamdulillah masih dikurniakan dengan kesabaran agar rasa amarah ini tidak diluahkan dalam keadaan yang negatif....

Kes 1 : Laluan parking kereta di blok tatkala ingin hadir ke kelas
Kes 2 : Laluan parking kereta di blok tatkala ingin pulang ke kampung halaman

kalau difikirkan sakit hati, memang sakit hati,
aku juga manusia biasa yang punya perasaan...

cuba bayangkan,
anda bangun awal pagi, 
bergembira dan bersiap-siap untuk ke kampung halaman,
dan bertemu dengan keluarga tersayang,
sudah siap sedia sepenuhnya jam 7.00pagi,
tiba-tiba, anda dapati kereta anda tidak dapat keluar daripada parking kerana laluan keluar di halang oleh kenderaan lain....
apa yang anda rasa??

nak buat pengumuman suruh alihkan kereta, 
pejabat pengurusan di buka pada jam 8.00pagi...
nak call pemilik kereta yang menghalang laluan,
tidak dikenali siapa empunya kereta,
tidak juga ditinggalkan nombor untuk dihubungi di dashboard kereta,
nak tolak kereta,
handbreak ditarik dan gear di letakkan pada simbol "P"
jadi, apa yang harus dilakukan???

pecahkan cermin kereta?
pancitkan tayar kereta?
berkelakuan seperti itu bukanlah jalan yang terbaik,
malah mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang...
mungkin juga bakal melibatkan pihak atasan dan pentadbiran...

aku hanya mampu menunggu dan terus menunggu....
sehinggalah jam menunjukkan pukul 8.00pagi,
barulah ada satu kereta yang keluar dari parking,
dan aku terpaksa mencelah-celah untuk segera keluar dari situ....

alhamdulillah, mujur aku tidak ada urusan KECEMASAN...
jika ianya melibatkan nyawa orang lain, bagaimana???

kecewa, sangat kecewa....

"Sesungguhnya Doa Orang Yang Teraniaya Itu Dimakbulkan Oleh Allah"




Techno 61 keys Keyboard

Repost from admin Syaihan Bookstore.

TO LET GO.
SERIOUS BUYER ONLY!


Techno 61 keys Keyboard T-9700 with Piano Style Key
Item at : Selangor.
Sale Price : RM 400
Brand : Techno.
Model : T-9700

Features : 
> 61-keys Digital Keyboard with Piano Style Key
> Built in USB MP3 Player
> 128 traditional & modern rhythms
( include Campursari, Dangdut, Koplo, Keroncong and etc. Indonesian Rhytms)
> 61 keyboard percussion
> 16 channel & 128 modern timbres
> 22 demo songs
> Dual voice / dual keyboard function
> Intro / Ending / Sync / Fill in function
> Single & fingered chord
> Record & Programming function
> Metronome / Vibrato / Sustain
> Transpose
> 3 Lesson Mode Function
> Multi-function LCD
> Midi out / Microphone / Headphone / Audio out

kepada sesiapa yang berminat untuk beli, boleh juga tinggalkan komen dibawah,
dan saya akan tolong sampaikan kepada admin Syaihan Bookstore...

Salam Aidiladha

baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dihadiahkan dengan PENGURANGAN SUBSIDI minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter...
baca betul2 tu...
pengurangan subsidi ye...
bukannya pengurangan harga minyak...sebab ada terjumpa dengan orang yang tersalah tafsir ayat 'pengurangan' itu...

antara orang yang terkesan dengan PENGURANGAN SUBSIDI ini tentulah aku,
sebagai pelajar yang berkenderaan di kampus dan kolej kediaman,
perkara ini sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada duit poket aku,
Ya Allah, tabahkan hati kami dengan dugaan ini...
dan jangan terkejut, dengan pengurangan subsidi minyak petrol ini,
akan menyebabkan beberapa perkara lain yang akan NAIK,
kita tunggu dan lihat...hehehe

mungkin ada betul juga orang ramai yang 'melabelkan' peristiwa ini sebagai,
TRAGEDI OKTOBER!





Dikesempatan ini juga, saya dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan,
Salam Aidiladha kepada semua,
para sahabat dan keluarga tersayang...

Kepada yang berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan sanak saudara,
manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya,
Bagi yang tidak berpeluang untuk berhari raya bersama keluarga,
bersabarlah...

Berhati-hatilah setiap masa dan jaga diri,
Semoga kita dalam keredhaan Allah...