Friday, February 12, 2016

Ciek, Duo, Tigo !

alhamdulillah, telah terlaksana salah satu misi 2016 ini dengan jayanya. oh yeah!

misi travel ke Padang, Indonesia


terima kasih buat semua yang terlibat


agensi travel
Rentas Holiday

local tour guide selama empat hari kami di padang, indonesia
pak jeki deri yolanda a.k.a JACKY CHAN
( nama seperti orang barat, tapi muslim - jeki, berjaket merah )
pak jeki ini kelakar, banyak punchline yang dia buat menjadi..hahaha...


jemaah rombongan yang terdiri daripada
dad halim, mom azizah, bro haziq, bro nabil
sis siti, aunt anizah, aunt azlina, aunt rusyati, bro hariz
uncle fauzi, aunt sakciah, bro faisal, bro faizul, bro faiz, bro faiqal, sis nurul

ikuti catatan perjalanan selama 4 hari 3 malam kami di padang, indonesia~
*tiket flight di beli pada akhir tahun 2015

asal usul Minangkabau
Nama Minangkabau berasal dari dua kata, minang dan kabau.
Nama itu dikaitkan dengan suatu legenda yang terkenal.
Konon pada suatu masa ada satu kerajaan asing (biasa ditafsirkan sebagai Majapahit) yang datang dari laut akan melakukan penaklukan.

Untuk mencegah pertempuran, masyarakat setempat mengusulkan untuk mengadu kerbau. Pasukan asing tersebut menyetujui dan menyediakan seekor kerbau yang besar dan agresif, sedangkan masyarakat setempat menyediakan seekor anak kerbau yang lapar.

Dalam pertempuran, anak kerbau yang lapar itu menyangka kerbau besar tersebut adalah induknya. Maka anak kerbau itu langsung berlari mencari susu dan menanduk hingga mencabik-cabik perut kerbau besar tersebut.

Kemenangan itu menginspirasikan masyarakat setempat memakai nama Minangkabau, yang berasal dari ucapan "Manang kabau" (artinya menang kerbau).

Sejarah Minangkabau



bendera Minangkabau

bendera Negeri Sembilan

***************************************************

6 februari 2016, sabtu

tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau




bertolak ke Bukit Tinggi menaiki bas


minum pagi di Rumah Makan Lamun Ombak
antara menu yang menjadi tarikan seperti Murtabak Mesir



 Lembah Anai Air Mancur ( Air Terjun Lembah Anai )


makan tengahari 

Rumah Gadang Nan Sambilan Ruang
rumah gadang adalah rumah adat Minangkabau
dinamakan sambilan ruang kerana mempunyai sembilan ruang (bilik tidur)


Di Minangkabau, rumah tempat tinggal dikenal dengan sebutan Rumah Gadang (Besar), atau kadang-kadang disebut juga dengan Rumah Bagonjong.

Besar bukan hanya dalam pengertian fisik, tetapi lebih dari itu, iaitu dalam pengertian fungsi dan peranannya yang berkaitan dengan adat.

Tingginya penilaian orang Minangkabau dengan rumah adatnya dikemukakan dengan kiasan atau perumpamaan berikut:

 Rumah gadang sambilan ruang,
salajang kudo balari,
sapakiek budak maimbau,
gonjongnya rabuang mambasuik,
antieng-antiengnyo disemba alang,
parabuangnyo si ula gerang,
batatah si timah putiah,
rusueknyo tareh limpato,
cucuran atoknyo alang babega,
saga tasusun sarupo bada mudiek.

hotel check-in - Karisma Hotel

makan malam 

*****************************************************

7 februari 2016, ahad

breakfast at hotel

Bika Talago, Bukit Tinggi
"kuih neraka, rasa syurga"

dinamakan kuih neraka kerana cara kuih tersebut dimasak
atas api, bawah api
terdapat dua jenis bika talago yang dihidangkan kepada kami
iaitu perisa kelapa dan pisang
kebetulan ketika itu hujan renyai2 dan suhu sejuk
jadi memang sedap di makan panas2





istana Pagarruyung
digunakan sebagai pusat pentadbiran


Sulaiman Anisa & Tenun Songket Pandai Sikek
( sikek dalam bahasa Minangkabau bukan bermaksud sedikit / sikit, tetapi ianya membawa erti sikat yang merujuk kepada perlakuan menenun kain )


kami kurang bernasib baik kerana tidak berpeluang melihat sendiri cara menenun kain oleh orang Minangkabau kerana pada ketika itu, ada alatan menenun yang kurang.

pada mata kasarnya, dapat di simpulkan bahawa orang yang bekerja menenun kain ini kesabarannya sangat2 tinggi. melebih 200%. bukannya kebanyakan orang boleh lakukan tugasan yang seninya terlalu halus ini.



Kuburan Rajo Pagaruyung (tiada gambar)

Istana Silindung Bulan
ini merupakan kediaman rasmi istana, dan pengunjung tidak dibenarkan memasuki istana ini


Batu Bersurat
batu bersurat ini asalnya ditemui dimerata tempat, dan dikumpulkan di sini oleh kerajaan untuk tatapan pengunjung



makan tengahari di Pondok Flora Restaurant
restoran ini juga dikenali sebagai restoran terapung kerana kedudukannya di atas air
di sini juga terdapat burung helang dan burung hantu yang menyerikan pemandangan



Kilang Kopi Kiniko (tak dapat lihat proses membuat kopi kerana kilang sudah tutup)

Pasar atas & Jam gadang


pasar atas ini dikenali sebagai tempat membeli belah. kaum wanita, kecuali aku mesti tak terasa penat bila berada di sini. mereka hanya akan sedar, bila rupiah mereka sudah tiada...hahaha
kaum lelaki pula, kebanyakkannya akan histeria bila nampak sana kain, sini kain, situ kain. histeria sebab rupiah mereka akan dihabiskan oleh kaum wanita di sini... kah kah kah...
*ok, rekaan semata-mata

di sini memang banyak dijual kain kain baju dan telekung. kalau pandai tawar menawar harga, memang boleh dapat harga yang murah. cenderahati, tshirt pun boleh dibeli di sini. tetapi kalau bandingkan harga di sini dengan di kawasan panorama / lobang jepang, lebih murah di sana. teknik tawar menawar kena pakar kalau nak beli barang.

makan malam

******************************************************

8 februari 2016, isnin

sarapan pagi

Taman Wisata Panorama Dan Lobang Jepang, Kota Bukit Tinggi
Lobang Jepang dibangun sebagai tempat penyimpanan perbekalan dan peralatan perang tentera Jepang, dengan panjang terowong yang mencapai 1400 m dan berkelok-kelok serta memiliki lebar sekitar 2 meter. Terdapat ruangan khusus di terowongan ini, di antaranya adalah ruang pengintaian, ruang penyergapan, penjara, dapur dan gudang senjata.

Dapur yang dimaksudkan di sini bukanlah dapur memasak seperti di rumah-rumah kediaman. Tetapi ianya adalah merujuk kepada tempat pemotongan. Menurut cerita warga tempatan, jika buruh tempatan sakit atau melawan tentera Jepun, mereka akan disiksa di dalam penjara dengan cara tidak memberi makan selama beberapa hari. Selepas itu, buruh tersebut dikeluarkan dari penjara dan di bawa ke dapur yang dimaksudkan. Selepas buruh tersebut di potong-potong, ianya akan di buang ke sungai berhampiran. Namun, tidak ada penduduk desa disekitar itu yang dapat mengesan aktiviti tentera Jepun tersebut sehinggalah Lobang Jepang itu ditemui.

Seni bina di dalam Lobang Jepang ini di buat menggunakan teknik kedap bunyi, di mana eko suara dalam lubang ini tidak didengari orang luar.

Sempat bertanya kepada tour guide kami, adakah orang Jepun yang datang melawat ke Lobang Jepang ini? Ada, jawabnya. Tetaapi mereka akan datang dalam kumpulan yang ramai dan tour guide mereka juga orang luar dan bukannya penduduk tempatan Bukit Tinggi. Ini kerana mereka takut warga tempatan Bukit Tinggi akan membalas dendam terhadap orang Jepun atas kezaliman orang Jepun terdahulu.





Puncak Kiambang - Danau Maninjau
ini adalah antara pemandangan di Danau Maninjau.
maninjau merujuk kepada meninjau-ninjau, dan pemandangan di sini terlalu indah.
subhanallah....
kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak kerana cuaca yang berkabus dan akan menyukarkan pemanduan untuk menuruni bukit
dengan suhu yang sejuk serta angin yang kuat, cukup untuk membuatkan kebanyakkan daripada kami menggigil kesejukan tambahan pula kami tidak membawa baju sejuk sebagai persediaan



Kg Sg Landia
para tetamu dihidangkan dengan air kopi secara percuma beserta dengan pisang sale (pisang salai)
"minum 1 orang, enjoy 2 orang" trademark yang digunakan di kedai ini,
jangan tanya maksudnya, sebab aku pun tak tahu. tak sempat nak tanya~



makan tengahari

hotel check in - Bunda Hotel Booking.com

*******************************************************

9 februari 2016, selasa

sarapan

Pantai Muaro
Lautan yang terbentang luas di sini adalah lautan Hindi,
di mana pesawat MH730 dipercayai hilang di sini.




Jejantas Siti Nurbaya
Siti Nurbaya adalah seorang gadis remaja yang telah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki tua oleh kedua orang tuanya untuk melunaskan hutang hutang mereka
 jejantas Siti Nurbaya ini di bina untuk memperingati kisah Siti Nurbaya.
**sejarah Siti Nurbaya ini ada pelbagai versi dan ini adalah salah satunya

Pondok Cina
di Bukit Tinggi dan Padang, penduduk cina adalah minoriti dan perayaan Tahun Baru Cina ataupun dikenali sebagai perayaan Imlek tidak disambut secara bersar-besaran di sini. antara lokasi yang merayakan perayaan Imlek ini adalah Jakarta.

******************

menu Nasi Padang
majoriti pakej makanan untuk trip kali ini adalah nasi padang
dan yang paling menambat selera adalah sambal hijau nya.. mantooop!!




belajar bahasa baru
teh o = teh manis
jus sirsak = jus durian belanda
jus campur = jus campuran beberapa jenis buah
sado = semua

untuk akhiran 'ing' ditukar menjadi 'iang', contohnya
kucing menjadi kuciang
kambing menjadi kambiang
tetapi harus diingat
kencing TIDAK MENJADI kenciang
di sana ianya disebut sebagai nyanyi

alkisahnya,
Ali (bukan nama sebenar) orang asal Minangkabau. bekerja dan telah berkahwin di Malaysia (bukan tempat sebenar) dan mempunyai seorang anak kecil, Abu (bukan nama sebenar).
setiap malam, sebelum tidur, Abu akan memberitahu bapanya mahu ke tandas untuk kencing. begitulah rutin seharian Abu.
apabila tiba cuti panjang, Ali membawa anaknya pulang ke kampung halamannya di Minangkabau. tatkala cuti telah  habis, Ali pulang semula ke Malaysia untuk bekerja tetapi meninggalkan anaknya di kampung dan dijaga oleh ibu Ali.
pada malam hari, seperti biasa, Abu mahu ke tandas dan memberitahu neneknya yang dia mahu kencing. Nenek Abu memberitahu, jika mahu kencing, sebut mahu nyanyi. Abu mengikut kata neneknya.
seminggu telah berlalu.
Ali mengambil anaknya, dan membawa pulang ke Malaysia. tiba waktu malam, Abu memberitahu bapanya yang dia mahu nyanyi.
Bapanya kata, esok-esok sahaja lah nyanyi. sekarang sudah malam.
Abu merengek-rengek mahu nyanyi juga. katanya kalau tunggu esok, dia sudah tidak tahan.
kerana Abu mendesak-desak juga, Ali  ikutkan juga permintaan anaknya yang mahu nyanyi, lalu berkata,
baiklah, kalau mahu nyanyi juga, nyanyi perlahan-lahan di telinga bapa.
akhiranya? faham-fahamlah sendiri...hahahaha
*Ali tidak tahu kisah sebenar kerana ibunya di kampung tidak memberitahu hal itu kepadanya

jadi, sepanjang berada di sana, sesiapa yang mahu cari tandas, akan cakap
"saya nak nyanyi"
**nampak sopan gitu...hahaha

untuk nombor pula,
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10
bahasa Melayu disebut
satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh
bahasa Minangkabau disebut
ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam, tujuah, lapan, sambilan, sapuluah

untuk kata tanya,
Apa: A. (contoh, “A, Kaba?” Arti: Apa kabar?)
Bagaimana: Ba’a. (contoh, “Ba’a urusanyo?” Arti: Bagaimana urusannya?)
Berapa: Bara. (contoh, “Bara, Da?” Arti: berapa, kak?)
Di mana: Dima. (contoh, “Dima Ang?” Arti: Di mana lo?)
Dari mana: Darima. (contoh, “Darima inyo?” Arti: Dari mana dia?)
Mana: Ma. (contoh, “Ma Amak?” Arti: Mana ibu?)
Siapa: Sia. (contoh, “Sia namo wak?” Arti: Nama lo siapa?)
Mengapa: Manga. (contoh, “Manga manangih?” Arti: Mengapa menangis?)
Kapan: Bilo. (contoh, “Bilo ka siko?” Arti: Kapan ke sini?)
Kenapa: Deka. (contoh, “Deka wak putuih?” Arti: Kenapa lo putus?)

konklusi

antara keunikan yang aku dapat lihat di Sumatra Barat ini, adalah seperti
kedua dua hotel penginapan kami Karisma Hotel dan Bunda Hotel menyediakan sejadah dan senaskhah Al-Quran buat tetamunya.
selain itu, azan juga kedengaran berkumandang di Bandar Udara Internasional Minangkabau. ketika waktu azan, kaunter imegresen di tutup perkhidmatannya sementara waktu.

di sekitar Bukit Tinggi juga terdapat banyak masjid masjid yang di bina, dan ianya dekat antara satu sama lain.

menurut jeki lagi, jangan terkejut jika terlihat masyarakat Minangkabau yang beragama Islam memegang anjing. ini kerana mereka memegang mazhab Imam Hanafi berbanding masyarakat muslim Malaysia yang berpegang dengan mazhab Syafie. mengikut fahaman mereka, mereka boleh memegang anjing asalkan anjing tersebut kering. kebanyakan mereka memelihara anjing sebagai anjing buruan dan memelihara tanaman mereka daripada dimusnahkan oleh haiwan perosak. jadi, tak hairanlah kalau nampak masyarakat setempat membawa anjing belaan mereka menaiki kereta ataupun motorsikal. 

**nota kaki, maaf kalau ada info yang tersalah kerana post ini dibuat berdasarkan ingatan tempoh hari dan di topup dengan info dari google
**masa berjalan, malas nak catat nota. video pon tak banyak dalam memory card

ikhlas,
syairah akmal

next vacation ?
new zealand? korea? china? thailand?

Wednesday, February 10, 2016

remove the Write Protected Disk

baru balik holiday
tiba2 sd card buat hal pula
"write protected disk"
risau tak boleh nak backup files dalam sd card tu
banyak files tak transfer dalam laptop lagi
rugi sangat2 kalau files tu semua hilang macam tu sahaja

so. try tanya pak cik google
cuba macam2 cara untuk remove "protected"

finally, alhamdulillah
boleh delete files, copy files seperti biasa di sd card tersebut
lega sangat2

caranya ?
aku ada try dua method
pertama guna command prompt
kedua guna regredit
tak tahu mana satu yang berjaya
tetapi akhirnya aku dapat guna semula sd card 

di sini disertakan beberapa links yang diharapkan dapat membantu



selamat mencuba everybody ! 
wish you good luck !

Thursday, February 4, 2016

Aku dan hari esok

"Beribadahlah seakan-akan engkau akan mati esok,
dan bekerjalah seakan-akan engkau akan hidup selama-lamanya."

Hidup itu satu kepastian bagi semua yang benyawa.

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi."
Sahabat-sahabat bertanya;
"Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?"
Rasulullah menerangkan;
"Membaca Al-Quran dan mengingati maut (mati)." 
[ Hadis Riwayat Al Baihaqi ]

Kumpullah sebanyak amal kebaikan di dunia ini, agar menjadi bekalan di akhirat kelak. 

Andai aku bersalah, maafkan aku.
Andai aku pergi dulu, doakan aku selalu.


Monday, February 1, 2016

Sukar untuk di lafazkan

mudah . ringkas . bermakna
tapi sukar untuk dilafazkan
apa?

ucapan
terima kasih



perkataanya mudah
tapi amat payah di lafazkan

kerana apa ?
fikirkan sendiri

jom kita amalkan ucap terima kasih kepada orang di sekeliling kita
tak kira sekecil mana ataupun sebesar mana pemberian / khidmat yang diberikan

ucapan terima kasih ini juga menunjukkan tanda penghargaan

apabila berbuat baik, bukannya mengharapkan pujian
bukannya mengharapkan pembalasan
tetapi ucapan terima kasih ini dipercayai mampu mewujudkan aura positif kepada orang tersebut

ucaplah terima kasih seikhlas hati

terima kasih ayah
terima kasih ibu
terima kasih cikgu
terima kasih keluarga
terima kasih sahabat
terima kasih semua !

salam sayang,
syairah akmal

Badan sado, iman juga mesti sado !


tak ada guna kalau kau boleh angkat beban berkilo-kilo
kalau kau tak boleh nak angkat selimut pada waktu subuh untuk solat !

tak ada guna kalau kau pandai guna pelbagai jenis alatan gym
kalau kau tak pandai nak buat segala kerja-kerja rumah !

sebab itu, sekarang ini ada orang cakap,

"Bro, badan sado, iman juga mesti sado !"

di mana, kenalah seimbang antara dunia dan akhirat

kesihatan tubuh badan adalah sangat penting
kerana akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat
bila badan sihat, dapatlah kita beribadah dengan baik

tetapi di ingatkan
jangan terlalu kejar nak badan cantik
hingga banyak urusan agama kau tinggal
seperti solat, aurat, tanggungjawab dan lain-lain lagi

"Your level of Iman can be measured in the consistency of your good deeds"

jadi, tepuk dada tanya iman !

nak sihat, ada banyak cara
dan yang penting jangan tinggal urusan agama !

pesanan buat diri sendiri juga semua yang tersayang