Friday, June 8, 2018

Hari Raya & Kemaafan

Dari DMFK :
Sebenarnya kemaafan perlu dilakukan setiap masa, sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi kita perlu minta maaf sebelum kita mati.

Amalkan setiap malam :

SOLAT TAUBAT dan ISTIGHFAR . Hati bersih, mudah untuk memaafkan orang.

INGAT MATI . Kita tak tahu bila kita akan mati, jadi memohon maaf dan memaafkanlah. Bila kita memaafkan orang, kita yang untung, sebab hati kita tenang, doa kita makbul.

Masa adalah satu ubat yang sangat baik dan terapi ketika sedang marah. Take time!

"Jangan berjanji bila gembira, jangan bercakap bila marah."

Bila bercakap ketika sedang marah, situasi mungkin akan menjadi lebih buruk. Perkataan yang tak dimaksudkan juga boleh dilafazkan. TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BURUK PADAHNYA.

Bila mahu berkata-kata, ucaplah yang baik-baik. Bila tak mampu berkata yang baik-baik, maka DIAM.

Bila sedang marah, jika ada peluang dan kesempatan maka meminta maaflah. ORANG YANG BERJIWA BESAR SAHAJA MAMPU MEMINTA MAAF WALAUPUN TAK SALAH. Kita tak tahu sa ada diri kita yang akan mati dahulu ataupun orang yang berurusan dengan kita yang akan mati dulu.

Bermaafanlah setiap masa, jangan tunggu hari-hari tertentu untuk meminta maaf seperti Hari Raya. Tetapi dalam Hari Raya kalau nak bermaafan tidak salah, tetapi kita lebih digalakkan mengucapkan doa berikut dan saling bersalaman.



Getting better, right ?

zaman kanak-kanak adalah zaman yang bakal dirindui
antara kenangan terindah yang menggamit memori

tetapi,

bagaimana jika zaman kanak-kanak itu dicemari dengan memori hitam ?
memori yang menghantui tidur malam setiap hari
memori yang menyebabkan air mata bisa mengalir tanpa disedari
memori yang menghapuskan kenangan terindah
memori yang membuatkan kebanyakkannya gagal untuk meneruskan kehidupan
memori yang membuatkan sebahagiannya tekad untuk menamatkan kehidupan
- apabila berputus asa !

Related image

betapa jiwa itu mencuba berusaha
> untuk mengutip kembali serpihan-serpihan semangat yang bertaburan
> mencantumkan kembali emosi yang berkecai
> menampalkannya dengan semangat positif 

Image result for quotes

kerana harapannya satu - untuk masa depan yang lebih baik !

sungguh, pengalaman itu adalah guru terbaik untuk sebuah kehidupan. 

sekarang, apa yang dirasa ?
getting better ? 
atau tiada perubahan ?
atau keadaan semakin teruk ? 

andai diberi peluang, janganlah dikotori zaman kanak-kanak itu

Image result for quotes

Jika ini Ramadhan terakhir..

ku susun sepuluh jari, ku hulurkan tangan
memohon keampunan atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan
sama ada disedari ataupun tidak
ku hanya insan biasa yang sentiasa alpa dan leka

semoga kita semua dalam keredhaan Allah selalu, insyaallah

Image result for quotes

ikhlas,
syairah
23 Ramadhan = 8 June

Tuesday, June 5, 2018

Coretan 20 Ramadhan

sedar tak sedar, Ramadhan sudah berada di 10 hari terakhir,
radio juga sudah  mula memainkan lagu-lagu raya di siaran masing-masing
sungguh terasa begitu pantas masa berlalu

di hari ini juga, buat pertama kalinya
kedengaran pengumuman waktu berbuka puasa di speaker mall
( ketika itu berada di basement parking mall )
"perhatian! sekarang dimaklumkan telah masuk waktu solat fardu maghrib bagi kawasan...."
wow ! inilah Malaysia tercinta. 

di hari ini juga,
aku dapat melihat masih ada peniaga makanan ( berbuka puasa ) yang pemurah, 
tatkala kebanyakan peniaga menjadi tamak pabila tiba bulan puasa
( dek kerana makanan kurang berkualiti )
respect dengan brother penjual nasi kerabu depan surau al-amin
semoga terus dimurahkan rezeki

ayuh lipat gandakan amalan di bulan mulia ini,
moga menjadi saham akhirat kita nanti. 

Image result for sepuluh malam terakhir ramadhan


Saturday, May 19, 2018

Syukur & Bahagia

Antara doa yang sering dilupakan adalah
doa agar diri sendiri merasa syukur. 

Kebiasaannya kita berdoa agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,
dipanjangkan umur, diberikan jawatan dan pangkat yang baik dan sebagainya.
Tetapi kita sering terlupa tentang satu perkara,
iaitu doa akan merasa syukur dengan rezeki yang telah dikurniakan. 

Adalah sebaiknya ditambahkan doa yang kebiasaannya itu dengan doa agar merasa syukur. 

Image result for doa merasa syukur
sumber : google image ( doa syukur nikmat )

Seringkali kita tersilap dengan memikirkan bahawa,
apabila wujudnya BAHAGIA itu barulah kita BERSYUKUR. 

Sedangkan apabila wujudnya rasa BERSYUKUR itu, barulah hadirnya BAHAGIA. 

ucaplah syukur, ALHAMDULILLAH. 

Image result for syukur
sumber : google image

nota : petikan dari Imam Muda Asyraf.

Selama Berpuasa semua !
apa menu berbuka puasa hari ini ? share please..