Wednesday, October 8, 2014

Riba & Ekonomi

Sedikit perkongsian daripada kuliah Dr Hisham, untuk kursus Business Management
berkaitan dengan Riba & Ekonomi...

seperti yang kita semua maklum, 
riba diharamkan dalam Islam...
tetapi, sejauh mana yang kita tahu tentang riba?
macam mana yang dikatakan riba?
adakah urusan ekonomi kita terlibat dengan riba? 

oleh itu, jangan malas dalam mencari ilmu,
rajinkan diri, ikhlaskan hati untuk mencedok ilmu sebanyak yang mungkin,
mana yang salah, kita boleh betulkan,
mana yang betul, kita boleh tambah baikkan....




seperti yang tertera di carta di atas, riba terbahagi kepada dua
iaitu Riba Ad-Duyun dan Riba Al-Buyu'. 

Riba Ad-Duyun ini adalah riba yang berkaitan dengan urusan pinjaman ataupun hutang,
manakala Riba Al-Buyu' ini pula adalah riba yang berkaitan dengan jualan. 

Riba Ad-Duyun ini pula terbahagi kepada dua
iaitu Riba Al-Qard (di permulaan) dan Riba Al-Jahiliyyah (apabila gagal). 

Riba Al-Buyu' juga terbahagi kepada dua,
iaitu Riba An-Nasak (pebangguhan) dan Riba Al-Fadhl (tambahan). 

Lebih mudah untuk memahami jenis-jenis riba ini jika diberikan contoh.

Riba Al-Qard : apabila kita membuat pinjaman di bank, pada awal2 lagi sudah ditetapkan kadar interest yang dikenakan. semuanya sudah tertulis dalam perjanjian. dan kadar interest itu tetap sepanjang tempoh pinjaman tersebut. 

Riba Al-Jahiliyyah : untuk jenis riba ini, kebiasaannya terjadi kepada peminjam yang tidak membayar balik pinjaman seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian.
sebagai contoh yang paling mudah adalah penggunaan kad kredit. apabila tiba tarikh pembayaran, maka pemegang kad kredit harus membayar jumlah yang telah digunakan. JIKA telah melebihi tarikh bayaran, maka kadar interest akan dikenakan kepada pemegang kad kredit. kadar interest tersebut juga akan berganda, dan terus berganda sehinggalah semua bayaran selesai. 

Riba Al-Fadhl (faktor kuaantiti) : contohnya, Ahmad memiliki garam bukit manakala Ali memiliki garam laut. pada suatu hari, dalam keadaan terdesak, Ali memerlukan garam bukit. maka, Ali dan Ahmad bersetuju untuk bertukar barang. Ali mahukan sepeket garam bukit, manakala Ahmad mahukan tiga peket garam laut sebagai balasan. maka, terjadilah lebihan dalam urusan antara Ahmad dan Ali. itulah yang digelarkan sebagai Riba Al-Fadhl.

Riba An-Nasak (faktor masa) : contohnya, Siti mahu membuat pertukaran wang daripada Ringgit Malaysia kepada Rupiah. urusan pertukaran nilai mata wang ini hendaklah dibuat pada masa yang sama.
TIDAK BOLEH, JIKA Siti memberikan duitnya dalam nilai Ringgit Malaysia kepada Money Changer pada waktu pagi, dan mengambil semula wangnya dalam nilai Rupiah pada waktu petangnya ataupun keesokkan harinya, ini adalah kerana, nilai mata wang itu boleh berubah-ubah, walaupun dalam tempoh masa yang pendek.

"Setiap hutang yang berjaalan dan memberi manfaat maka ianya adalah RIBA"

The Differences between Riba and Trade"

Riba
# no division of profit
# the creditors demand the interest until payment made
# borrowed obliged to pay both amount borrowed & interest
# the creditor lends his surplus amount & get interest without any personal labor & hardship

Trade
# exchange on the basis  of equity
# the profit in trade occur only once
# no additional amount to be paid -> exchange of commodity
# the benefit drive from the wormanship

sampai di sini sahaja,
Insyaallah akan dikongsikan lagi..

moga semua kita dalam keredhaan Allah...

Tuesday, October 7, 2014

Mati Itu Pasti


alhamdulillah, masih di beri peluang dan ruang untuk teruskan kehidupan di muka Bumi ini,
di beri peluang untuk terus bertaubat,
di beri peluang untuk mendekatkan diri kepada Maha Kuasa, Allah....

manfaatkanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya,
gunakanlah masa yang dimiliki ini semaksima yang mungkin untuk perkara baik...

kelak, apabila jasad dan roh sudah terpisah,
maka terputuslah segalanya,
yang tinggal cuma tiga perkara, iaitu

doa dari anak yang soleh,
ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, atau
sedekah jariah...

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

mati itu tidak mengira usia,
mati itu perkara yang pasti....

Allah...Allah...Allah...
ampunkan segala dosa kami...
terimalah taubat kami....

Saturday, October 4, 2014

Jangan Pentingkan Diri Sendiri

Dalam hidup bermasyakat,
jangan sesekali kita pentingkan diri sendiri,
fikirkan juga kesan setiap perlakuan kita terhadap orang di sekeliling kita...

Jika kita mudahkan urusan orang lain,
Insyaallah, Allah akan memudahkan urusan kita juga...

Kalau kita tidak mampu untuk menjadi pemadam yang memadamkan segala kesukaran dan kesusahan orang lain,
Jadilah seperti pensel warna yang mewarnai kehidupan orang lain,
dan bukannya menyusahkan hidup orang lain...

Perkara ini sudah terjadi dua kali kepada aku,
Alhamdulillah masih dikurniakan dengan kesabaran agar rasa amarah ini tidak diluahkan dalam keadaan yang negatif....

Kes 1 : Laluan parking kereta di blok tatkala ingin hadir ke kelas
Kes 2 : Laluan parking kereta di blok tatkala ingin pulang ke kampung halaman

kalau difikirkan sakit hati, memang sakit hati,
aku juga manusia biasa yang punya perasaan...

cuba bayangkan,
anda bangun awal pagi, 
bergembira dan bersiap-siap untuk ke kampung halaman,
dan bertemu dengan keluarga tersayang,
sudah siap sedia sepenuhnya jam 7.00pagi,
tiba-tiba, anda dapati kereta anda tidak dapat keluar daripada parking kerana laluan keluar di halang oleh kenderaan lain....
apa yang anda rasa??

nak buat pengumuman suruh alihkan kereta, 
pejabat pengurusan di buka pada jam 8.00pagi...
nak call pemilik kereta yang menghalang laluan,
tidak dikenali siapa empunya kereta,
tidak juga ditinggalkan nombor untuk dihubungi di dashboard kereta,
nak tolak kereta,
handbreak ditarik dan gear di letakkan pada simbol "P"
jadi, apa yang harus dilakukan???

pecahkan cermin kereta?
pancitkan tayar kereta?
berkelakuan seperti itu bukanlah jalan yang terbaik,
malah mungkin akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang...
mungkin juga bakal melibatkan pihak atasan dan pentadbiran...

aku hanya mampu menunggu dan terus menunggu....
sehinggalah jam menunjukkan pukul 8.00pagi,
barulah ada satu kereta yang keluar dari parking,
dan aku terpaksa mencelah-celah untuk segera keluar dari situ....

alhamdulillah, mujur aku tidak ada urusan KECEMASAN...
jika ianya melibatkan nyawa orang lain, bagaimana???

kecewa, sangat kecewa....

"Sesungguhnya Doa Orang Yang Teraniaya Itu Dimakbulkan Oleh Allah"




Salam Aidiladha

baru-baru ini, rakyat Malaysia telah dihadiahkan dengan PENGURANGAN SUBSIDI minyak petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter...
baca betul2 tu...
pengurangan subsidi ye...
bukannya pengurangan harga minyak...sebab ada terjumpa dengan orang yang tersalah tafsir ayat 'pengurangan' itu...

antara orang yang terkesan dengan PENGURANGAN SUBSIDI ini tentulah aku,
sebagai pelajar yang berkenderaan di kampus dan kolej kediaman,
perkara ini sedikit sebanyak pasti akan memberi kesan kepada duit poket aku,
Ya Allah, tabahkan hati kami dengan dugaan ini...
dan jangan terkejut, dengan pengurangan subsidi minyak petrol ini,
akan menyebabkan beberapa perkara lain yang akan NAIK,
kita tunggu dan lihat...hehehe

mungkin ada betul juga orang ramai yang 'melabelkan' peristiwa ini sebagai,
TRAGEDI OKTOBER!





Dikesempatan ini juga, saya dengan rasa rendah diri, ingin mengucapkan,
Salam Aidiladha kepada semua,
para sahabat dan keluarga tersayang...

Kepada yang berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman dan bertemu dengan sanak saudara,
manfaatkanlah masa yang ada dengan sebaiknya,
Bagi yang tidak berpeluang untuk berhari raya bersama keluarga,
bersabarlah...

Berhati-hatilah setiap masa dan jaga diri,
Semoga kita dalam keredhaan Allah...



Tuesday, September 30, 2014

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?


sebuah cerita ringkas yang boleh dikongsi kepada semua peringkat umur..

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah KEKAYAAN"
Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
"Dia adalah KEJAYAAN, dan saya adalah KASIH SAYANG"
Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.
Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain.

Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:
"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM.

sumber daripada sahabat Facebook