Friday, September 19, 2014

Beg Goodies yang bernilai RM10


"Duit Bukan Segalanya, tetapi Segalanya Memerlukan Duit"
itu ungkapan yang sering kedengaran pada zaman moden dan serba menggunakan duit ini..

Terusik hati ini apabila DISURUH bayar untuk satu program yang telah dirancangkan sekian lama
Ya, aku boleh bayar JIKA aku dapat hadir ke program tersebut
tetapi tidak bolehkan berunding sedikit? 
aku tak dapat hadir ke program tersebut bukan kerana suka-suka tidak mahu hadir
tetapi aku terpaksa pilih antara 2 program yang kedua-duanya memberikan manfaat kepada aku

ada juga suara2 yang berbunyi,
"kalau tak dapat datang pun bayar juga, nanti mereka bagilah beg goodies,"
*what??*
RM10 hanya untuk beg goodies?
Terima Kasih banyak2 yer~

aku faham kalau pihak penganjur program tersebut sudah kira2 jumlah peserta dan sudah membelanjakan duit untuk melaksanakan program tersebut,
dan sekiranya aku TIDAK membayar, maka akan menyebabkan penyusutan kewangan mereka,
tetapi pada masa yang sama, mereka juga kena faham juga konsep berniaga,
kadang kala ada untung, dan kadang kala nya juga ada RUGI..
bukannya sepanjang masa UNTUNG!!

kecewa!
memang kecewa!
namun, di sudut hati kecil ini berharap agar ada sedikit tolak ansur daripada pihak penganjur..

ya, mungkin ada yang berfikir,
cuma RM10!
namun, RM10 itu besar nilainya buat aku,
dan juga rakan2 yang senasib dengan aku...

tolong bertolak ansur, please...



kepada sahabat2 dan para pembaca,
doakan saya ye,
esok ada kejohanan! 
semoga team saya dapat lakukan yang terbaik!
Insyaallah~



Tuesday, September 9, 2014

Ingatkan Cerita Ini Sudah Habis


*sudah habis makan malam*

akak pengurus restoran datang ke meja kami untuk kemaskan meja 
sebab kami dah habis makan tetapi menunggu makanan kawan yang dibungkus
aku perasan jew akak itu asyik pandang2 jew
tapi, tak ada lah nak ambil kisah
biarkan sahaja dia kemaskan meja
tiba2 dia tanya,

"korang ini adik beradik kembar ke?"
"huh?"
*sambil pandang sebelah*
*gelak sakan*
"tak adalah kak"
"ye ke? tapi muka sama lah"
"tak..tak"

adoyai akak ini,
saya ingatkan cerita2 macam ini sudah tamat
rupa2 nya masih ada lagi
hahaha..lawaklah...

untung pengetahuan akak (kalau akak baca post ini)
kami ini bukan kembar
bukan juga sangkut kaum keluarga
kami baru kenal di bumi USIM ini
baik kak, jumpa lagi~

Doakan saya ye,
*Kembara Seorang Hamba*
*Sebenarnya Kami Bukan Kembar*


Monday, September 8, 2014

Terima Kasih Semua~

Post ini khas dibuat untuk mengucapkan
jutaan dan ribuan terima kasih kepada
semua yang sudah mengundi foto 000002 di
Anugerah Kreatif Pembaca Kategori Bebas sempena 
Anugerah I Love Novel 2014 (AILN2014) yang lalu. 


Walaupun tidak berjaya memenangi pertandingan tersebut,
aku tetap berpuas hati. 
Mungkin bukan rezeki aku disini dan masih banyak lagi peluang yang lain untuk aku ceburi.

Terima Kasih banyak-banyak kepada kesemua 190 Likers.
(jumlah yang terakhir aku tengok sebelum tarikh tutup)

Jasa kalian amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 
Terima Kasih sekali lagi. 



Doakan saya ye,
*Kembara Seorang Hamba*

Wednesday, September 3, 2014

Tolong Undi !! (^_^)

Mohon bantuan rakan-rakan sekalian untuk undi. 
Hanya dengan beberapa langkah mudah sahaja.



Pengundian Anugerah Kreatif Pembaca-Kategori Foto Bebas
Anugerah I Love Novel, Karnival Novel & Buku 2014

Pengundian berakhir jam 12 Malam, 6 September 2014

Cara Mengundi : 
Langkah 1 : Login ke Facebook Anda
Langkah 2 : Klik pada link dibawah dan kemudian Klik Like pada gambar 000002 untuk mengundi. 

https://www.fnmaker.com/photovote/tab/836191373081908/


Terima Kasih semua...

Tuesday, September 2, 2014

Dia Yang Istimewa 2


kalau melihat kepada gambar ini, perasan tak mana kedai makan nasi kandar Line Clear?
cuba tengok betul2.....
kalau nampak, tahniah!
kalau tak nampak, tidak mengapa, sebab kalau sekali pandang memang tidak perasan pun...


ini papan tanda yang lebih CLEAR!
Nasi Kandar Line Clear...
Nak tahu macam mana keadaannya, kenalah pergi sendiri..baru tahu...

ok, nak sambung cerita tentang budak ini,


bila Hantu Selfie dah dapat Ipod untuk bergambar,
macam2 aksi dan gaya ada...
terlalu banyak untuk dikongsikan...hehehe


bukan setakat gambar sediri sahaja,
semua orang disuruh untuk selfie sekali,
ini abang saudara kesayangan dia kot...
suka bermanja dengan abangnya ini...
kadang2 tu, pandai merajuk juga~

Part 2

ada suatu ketika itu, ketika dalam kereta, tak berapa ingat pula dari mana nak ke mana
tiba-tiba, kedengaran azan di corong radio
aku terpandangkan Muhammad yang diam,
ingatkan dia tidur..
rupa-rupanya dia mendengar azan itu, dan mengikut laungan azan itu dalam nada yang perlahan tetapi masih jelas kedengaran,
selepas azan kan ada doa yang dibacakan di radio,
Muhammad turut menadah tangan dan membacanya sekali,

kalau kanak-kanak lain, yang baru berusia 7 tahun,
jarang sekali mahu jumpa yang seperti ini,
dia ketika azan, mengikut bacaan azan, berdoa selepas azan...
mungkin 1 dalam 10 orang...
kadang kala orang dewasa pon ada juga yang masih bersembang walapun sudah mendengar azan, kan?
*peringatan untuk semua dan diri sendiri*

di waktu yang lain pula,
lebih kurng pukul 6.30petang,
aku meminta Muhammad ajarkan macam mana nak mengait gelang yang dia selalu buat itu,
dan tanpa banyak songeh, Muhammad pun ajarkan...
lebih kurang pukul 7.30malam, azan Maghrib berkumandang di televisyen,
selepas selesai azan,
"Muhammad, akak sambung nantilah. Akak nak sembahyang dahulu,"
"Hah, ye lah. Apa kata kita sembahyang sama-sama, nak tak?"
*terkedu seketika*
"Boleh saje, nanti akak ajak abang Nabil dan abang Haziq sekali,"

sampai sahaja di bilik, untuk mengambil wuduk, 
aku mengajak Haziq, Nabil dan ayah untuk solat bersama,
iyalah, kalau Muhammad nak solat bersama dengan aku, 
takkan aku nak jadi imam dia kot,
jadi, aku ajak sekali orang lain yang boleh jadi imam....

sejadah dibentangkan,
Muhammad oraang kedua yang sampai di saf,
tidak lama kemudian, ayah sampai,
"Muhammad, tolong azan"
*mula2, dia macam malu-malu*
"Tak apa, kalau salah, Alang betulkan. Kata nak masuk pertandingan azan kan? Cuba dulu,"
selepas diberikan kata2 semangat, Muhammad melaungkan azan,
iyalah, walaupun ada salah sana dan sini, 
tetapi, bagi aku, it's okay!
belajarlah dari kesilapan, kan?
lagipun dia baru 7 tahun, 
masih banyak masa lagi boleh dipelajari dan diperbetulkan...
selepas azan, dia mula iqamat...

sekali lagi, aku tabik dengan dia kerana dia tahu lafaz azan dan iqamat walapun masih belum perfect!
teruskan berusah, Muhammad!
nah, belanja satu video Muhammad Nasrullah,
*apabila Ipod berada di tangannya, maka penuh gallery gambar dengan gambar & video dia*
layanlah...
maaf kerana video ini banyak goyang, sebab di ambil sendiri oleh Muhammad menggunakan monopod,
katanya, monopod ini berat...hahaha...macam2 lah~


ok, sampai sini sahaja,
tunggu part 3 ye...

Doakan saya,
*Kembara Seorang Hamba*