Tuesday, September 30, 2014

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang?


sebuah cerita ringkas yang boleh dikongsi kepada semua peringkat umur..

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya,
" Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."
"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.
"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"
Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah KEKAYAAN"
Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
"Dia adalah KEJAYAAN, dan saya adalah KASIH SAYANG"
Dia menyambung lagi,
"Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."
Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.
Suaminya berasa sungguh gembira.
"Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain.

Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"
"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."
Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,
"Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.
Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"
Mereka semua menjawab:
"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM.

sumber daripada sahabat Facebook


Monday, September 29, 2014

Tiada Tajuk

Hujung minggu yang terasa padat,
Alhamdulillah diberikan kekuatan oleh Allah,
dan moga terus diberikan kekuatan....

bersama sahabat GISO Australia mengadakan jualan untuk mengumpulkan dana,
walapun terpaksa berada di bawah terik matahari, kami harungi bersama..
gambar ketika di pavilion USIM, sempena SUFA 2014


Sumber Dari Facebook Riza Asma'a USIM

"FAITH TEST"

They're the choosen,
They have being tested
Here, we pray for your safety.
For your success with deen list award
‪They‬'re strong, and ALLAH with them

"Do the people think that they will be left to say, "We believe" and they will not be tried?
But We have certainly tried those before them, and Allah will surely make evident those who are truthful, and He will surely make evident the liars" (al-Ankabut :2-3)

*terkejut juga tatkala mendapat perkhabaran buruk ini...
semoga semuanya selamat...Insyaallah~


ilmu tambahan untuk hari ini,
jom kita amalkan~

doakan kita semua dalam keredhaan Allah...aminnn...

Thursday, September 25, 2014

Kita Semua Adalah Pemenang, Tiada Pengalah

Alhamdulillah, syukur!
Dapat menyertai kejohanan Tenpin Boling
yang dianjurkan oleh Mahasiswa/i Akaun Tahun 3,
Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM


Namun, rezeki untuk bergelar juara kejohanan bukan milik kami,
kami berjaya mendapat tempat ketiga daripada lima kumpulan,
walaubagaimanapun, seronok dapat turut serta dalam kejohanan ini,
Happy!

Menang atau kalah itu adat dalam pertandingan,
Biasalah, kadang kala kita menang, dan kadang kala kita kurang bernasib baik,
yang penting kita sudah berusaha bersungguh-sungguh~

"Kita semua adalah pemenang, tiada pengalah!"


Ini sahabat2 dari satu kuliah Financial Mathematics~


Pemenang pingat Emas~


Pemenang pingat Gangsa~


Pemenang bagi pingat Perak~


bergambar bersama pemenang-pemenang dan jawatankuasa pelaksana program!

terima kasih kepada pihak pengajur yang mengadakan kejohanan ini,
lain kali buat lagi, ya!
jumpa lagi di masa akan datang~


jadual pemarkahan 3 games daripada 4 games~
game yang pertama agak mengecewakan, tetapi secara keseluruhannya tetap awesome!



this is my second medal for this semester!

Tuesday, September 23, 2014

Kuat!


besi itu kuat, tetapi api mampu leburkannya,
api itu kuat, tetapi air mampu memadamkannya,
air itu kuat, tetapi awan mampu menyerapnya,
awan itu kuat, tetapi angin mampu menolaknya,
angin itu kuat, tetapi bukit mampu menghalangnya,
bukit itu kuat, tetapi manusia mampu menghancurkannya,
manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu menundukkannya,
nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengalahkannya,
tetapi apabila iman itu kuat, tiada apa yang mampu mengalahkannya

"Ya Allah, kuatkan Iman kami di mana sahaja kami berada. Amin.."

tapi, yang mengalahkan iman pula,
UJUB

ujub ialah perasaan kagum atas diri sendiri,
merasa diri hebat,
bangga diri,
terpesona dengan kehebatan diri..

perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa,
orang yang rajin ibadah, merasa kagum dengan ibadahnya,
orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya,
orang yang cantik, kagum dengan kecantikkannya,
orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya,
orang berjawatan tinggi, kagum dengan jawatannya,
orang yang bijak berpidato, kagum dengan pidatonya,
orang yang petah berbicara, kagum dengan kepetahannya,
orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya...

walhal, semua kelebihan / keistimewaan itu adalah milik Allah dan diberikan kepada manusia...

"Ketahuilah bahawa keikhlasan niat terkadang dihalang oleh penyakit ujub"

maafkan salah diri ini, andai pernah menyakiti banyak hati...
doakan kita semua dalam keredhaan Allah...
Insyaallah..

Realiti Kehidupan

orang selalu cakap,
"Hidup Ini Umpama Roda"
kadang kala di atas, dan kadang kala di bawah...
tetapi, aku terfikir juga,
hidup ini juga boleh diumpamakan seperti menunggang basikal, menaiki bukit..


untuk berada di puncak bukit, memang payah dan susah,
kita perlu berhempas pulas untuk mengayuh basikal,
sehinggakan kalau masih tidak termampu untuk mengayuh basikal,
basikal itu akan di sorong...

tetapi, berbeza apabila kita menuruni bukit,
tidak perlu mengayuh basikal sama sekali,
hanya perlu mengawal brek dan kelajuan basikal,
supaya tidak terbabas~

inilah kehidupan kita untuk berjaya,
untuk berjaya itu sangat susah,
kita perlu bekerja keras dan jangan sesekali berputus asa,
usaha, usaha dan terus berusaha,
sehinggalah kita berjaya mencapai apa yang kita impikan,

tetapi, apabila berada di puncak kejayaan,
masih banyak benda yang harus dijaga terutamanya jiwa kita,
jangan menjadi angkuh dan sombong dengan kejayaan yang dimiliki
sehingga memijak-mijak orang yang berada di bawah kita,
jika tidak dijaga dengan betul-betul,
kejayaan tersebut mampu menghancurkan diri kita kembali,

pesanan buat diri sendiri dan juga semua yang disayangi,
jangan lupa diri,
sentiasa ingat Allah,
apa yang kita miliki pada hari ini cuma pinjaman semata-mata,
semuanya milik Allah....