Saturday, October 14, 2017

Editing proses untuk Rarecation ke Sabah 2017

hai you olls!

ni di kongsikana antara video2 tutorial untuk editing video di 
Adobe Premiere Pro

thanks to the video owner...

tak sabar nak tunggu video ini siap.

jangan lupa share dan komen ye.. thanks.



xoxo

Wednesday, October 11, 2017

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu 2017

hey you!

"Take an irritant and transform it into something beautiful, just like an oyster takes an irritating grain of sand and makes it into a pearl."

ok, post kali ini nak kongsi pengalaman trip ke Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah
yang berlangsung pada 6 - 8 Oktober 2017

trip kali ini menggunakan perkhidmatan agen pelancongan Sabah, iaitu;
Adora Travel Tour Sdn Bhd

pakej dari Adora Travel termasuklah
pemandu dan pengangkutan di sabah, penginapan, tiket masuk ke tempat lawatan
boleh juga request kalau nak pakej include tiket sekali, tapi kami exclude tiket penerbangan. 


perjalanan selama lebih kurang 2jam 15 min ini menyebabkan kami terpaksa add on makanan dalam penerbangan semasa dalam perjalanan dari kuala lumpur ke kota kinabalu.

dah la kami sekeluarga terlewat sampai di airport pagi itu, memang tak sempat nak suap apa2 makanan. so, beli makanan sikit, kongsi 5 orang untuk alas perut sebelum perut masuk angin.

 jumlah keseluruhan tiket penerbangan pergi dan balik kuala lumpur dan kota kinabalu untuk 5 orang. ini dapat beli tiket semasa ada promo, dan kebetulan tarikh yang kita orang decide nak pergi ini bukan cuti sekolah, bukan cuti peristiwa. so, dapat la murah sikit.

harga tiket itu pon dah include insurans dan segala macam mak nenek berkaitan air asia. yang murah itu tambang jew, tapi kalau dah add on bagasi, insurans dan lain2 harganya lebih kurang juga dengan penerbangan lain.


susun atur urusan check in beg dan tiket ini memang kena hadam dan faham betul2, sebab kita orang nyaris2 tak boleh bawak luggage kita orang sebab dah terlewat sampai untuk check in luggage. alhamdulillah urusan dipermudahkan.

langkah kaki itu jangan di cakap, memang rasa macam tak jejak tanah sebab nak kejar masa itu.

"Pearls don't lie on the seashore. If you want one, you must dive for it."

ok, nanti kita share pula aktiviti hari pertama kami di sana, tunggu tau!

eh, jangan lupa share juga post ini, untuk perkongsian dengan semua..

bye


Tuesday, February 14, 2017

Sekinchan : Memories are special moments that tell our story.

"Sometimes you will never know the value of a moment until it become a memory"

memandangkan cuti umum Hari Thaipusam cuma satu hari, so kami plan short trip ke Sekinchan, Selangor. sebenarrnya dah lama jadi penduduk negeri Selangor (24 tahun), tetapi masih banyak tempat2 yang belum habis dilawati lagi. tambahan pula disebabkan mata wang ringgit sekarang ini tidak begitu cantik, jadi plan nak ke oversea tu, ditangguhkan dahulu. yang penting, hati happy!

perjalanan bermula pada jam 8.30 pagi dari Bukit Beruntung melalui Bukit Tagar ke Tanjung Karang.
kami berkumpul di Petronas Tanjung Karang lebih kurang jam 9.30 pagi. 

aktiviti pertama adalah ronda2 di sekeliling sawah pagi. untuk aktiviti ini, korang boleh sewa basikal di pekan Sekinchan. aneka jenis basikal disediakan untuk disewa. kalau yang seperti di gambar ini, yang berwarna merah itu boleh memuatkan 4 orang dewasa ( 4 orang pengayuh ) serta 1 orang kanak-kanak ( penumpang ). harga untuk basikal merah itu adalah RM50 untuk satu jam, dan percuma 1/2 jam. untuk basikal hijau itu, harganya RM30. 

kebetulan kami pergi sewaktu musim menuai, jadi kami tidak berpeluang untuk melihat kehijauan sawah padi. dan lebih sedihnya lagi, waktu kami mengayuh basikal ini ketika matahari sedang terik ( dalam 10.30 pagi -11.30 pagi ). sebaiknya sebelum pergi ke sini, pastikan korang datang ketika musim padi menghijau. kalau tidak, rugilah datang jauh2, tapi tak dapat pemandangan yang best! penting untuk korang bawak air yang mencukupi sebab konfirm korang akan rasa dahaga! korang nak kayuh basikal ini sejauh mana tak kisah, asalkan korang pulangkan basikal ini semula pada waktu yang ditetapkan. 


dalam perjalanan mengayuh basikal ini, korang boleh berhenti di mana2 yang korang rasa nak berhenti. inilah tempat perhentian pertama kami, AH MA HOUSE.
ah ma ini bermaksud datuk/nenek kalau tidak silap. 


di sini, terdapat banyak barang2 lama / barang2 antik yang dipamerkan seperti telefon dan kamera lama


radio lama



televisyen lama




siapa yang pernah main belon ini masa kecil2 dulu ? gula2 zaman kanak2 dulu pun ada dijual di sini


selepas singgah sebentar di sini, kami meneruskan kayuhan ke destinasi seterusnya iaitu  Paddy Gallery / kilang beras. tetapi, kami tak masuk pada masa itu kerana kesuntukan masa untuk memulangkan basikal. jadi, kami berpatah balik ke pekan sekinchan, dan datang semula ke kilang beras dengan menaiki kereta. 


bayaran masuk ke kilang beras ini adalah RM5 untuk seorang dewasa, dan dengan setiap pembelian tiket, korang boleh tebus satu pek beras percuma.

dalam kilang beras ini, ada disediakan tayangan tentang cara memproses padi daripada benih dan seterusnya menjadi nasi yang dimakan. terdapat seorang jurupandu yang akan menerangkan serba sedikit situasi di dalam kilang tersebut. 



selepas sudah habis bergambar dan pusing2 dalam kawasan galeri beras, bolehlah singgah di kedai cenderahati. macam2 produk dijual disitu yang kebanyakkannya berasaskan beras. 

selepas dari galeri beras, singgah pula di PadiBox. PadiBox ini sebenarnya homestay yang berbentuk kabin, dan sekitarnya adalah sawah padi. kalau datang semasa musim padi menghijau, memang awesome!

gambar bas di bawah ini sebenarnya adalah kafe. ala2 kafe hipstur. malangnya, kami tak dapat masuk ke dalam kafe itu kerana mereka sedang bercuti. sedih! dapat bergambar sahaja lah..




ruang santai yang terdapat di PadiBox. ruangan ini khas untuk tetamu yang menginap di PadiBox ini sahaja. 



selepas PadiBox, kami singgah ke 3D Art Gallery. bayaran tiket untuk dewasa adalah RM 12. 


contoh2 hasil gambar di 3D Art Gallery. be kreatif! hahaha...


ekspresi muka dan gaya itu penting. kalau tidak, rugilah korang bayar RM 12 nak masuk galeri ini. huhu..


ini gambar di atas bangunan 3D Art Gallery. yeay!


selepas dah penat ronda2, perut pon lapar. jadi, singgah makan di Raja Cendol Gula Melaka. masakan berlauk di sini biasa2 sahaja. menu istimewa, tentulah cendol nya. aneka jenis cendol disediakan. tetapi, gambar cendol tak ada, sebab lupa nak ambil gambar. dah laparrr...hahaha


sekian sahaja coretan sekitar one day trip di Sekinchan. ke mana kah kita selepas ini? nantikan..