Saturday, April 2, 2011

One day at the MINES, Seri Kembangan

Tadi, ayah bawa aku dan kawan-kawan [azizah,amalina] pergi ke karnival pengajian tinggi, 'Jom masuk U'.
Kami mula bertolak dari rumah seawal jam 8.15pagi. Perjalanan jauh memang memenatkan. Tambahan pula, dengan sikap dan perangai pemandu yang tidak bertanggungjawab. [pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan yang telah di khususkan untuk pemandu yang ingin memotong]. Geram sungguh rasanya!

Kami tiba di sana lebih kurang jam 11.00pagi. Sesak dengan orang ramai. Sesiapa yang pernah melalui pengalaman di 'Pesta Buku Antarabangsa', macam tu lah suasananya. Bersempitt-sempit. Berlanggar-langgar antara satu sama lain.

Tujuan aku pergi sana adalah untuk mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di IPT kelak. [insyaallah]. Akhirnya, apa yang aku cari, aku jumpa. Aku jumpa booth Jabatan Pertahanan Awam. Rupanya, selama ini aku salah faham. Permohonan secara atas talian yang telah di tutup baru-baru ini untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui skim Program Ijazah Luar Negara [PILN]. Kalau untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara sahaja, perlu tunggu skim Program Ijazah Dalam Negara [PIDN] yang akan diiklankan pada bulan Jun/Julai nanti. Fuhh!! Lega...

Masa di sana juga, sempat kami jumpa kawan-kawan dari simpang 5. Seronok betul dapat borak-borak dan bergurau senda walaupun hanya sebentar.
 ha, ha, ha seronok benar dapat beg 'jom masuk U'...

entah apa lah yang dia orang gossipkan ni..herm~

2 comments: