Wednesday, August 3, 2011

Kesian dia...

pagi ini, ada berlaku kejadian yang sangat tragis,
al-kisah bermula sebelum nak gerak dari kolej kediaman,
masa tu, mood kami semua belum stabil lagi, masih awal pagi lagi,
so nya, masa dalam perjalanan, kami senyap jew...
sambil menikmati pemandangan di luar...
belum ada cerita2 menarik yang dikongsi bersama, 
setibanya di kampus, kami terus sahaja ke dewan kuliah,
sebaik sahaja nak ke tempat duduk, berlaku satu insiden yang agak ngeri lah....
sape2 yang ada kat situ masa kejadian, memang x sanggup nak tengok,
boleh mengalir air mata, sebab aku yang menyaksikan kejadian tersebut pun tak tahan nak terus melihat,

ceritanya bergini, 
ada seorang student perempuan ni,
dia jalan beriringan dengan aku nak ke tempat duduk, dalam dewan kuliah tu,
masa tu masih awal lagi, jadi tak ramai sangat orang dalam dewan,
aku memilih barisan ke 4 dari depan, 
selang beberapa baris dari tempat tersebut, ada beberapa orang student lelaki, 
aku tak pasti lah berapa orang, tak tertengok pon....
setelah aku ambil tempat duduk, seorang student ini,
tak tahu macam mana, tak de angin, ribut pun takde, tiba2 jew boleh terjatuh kat tangga,
korang bayangkanlah, mcm mana situasi masa tu,
pas2 ada pulak suara2 student lelaki tadi yang berkata,
"tak nampak, tak nampak." sambil di ikuti oleh ketawa kecil,
hahahahahahahahahahaha.......
aku tak boleh tahan nak ketawa masa tu,
memang kelakar,
untuk cover malu, dia cakap kat aku n ada student lagi sorang ni,
"aku saja jew nak duduk kat tangga tu"
huh?? boleh terima ke alasan macam tu...
sejak dari peristiwa tu, kalau aku nampak tangga jew, aku mesti teringat kejadian tersebut,

~kepada insan2 yang terbabit, terima kasih kerana menceriakan pagi aku....hahaha!!!!~

No comments:

Post a Comment