Tuesday, September 13, 2011

oh, tidak!!

kepada sesiapa yang menghidap penyakit jantung, lemah semangat dinasihatkan agar tidak meneruskan niat untuk membaca post kali ini....
sekiranya berlaku sesuatu, pihak ana tidak akan bertanggungjawab...
harap maklum~

tibalah masanya untuk eksperimen 4 untuk subjek biologi,
bagi semester 1 sesi 2011/2012 ni...
nak tak nak, kena lalui juga detik2 ini,
mula2 memang rasa macam tak nak buat,
serius! bila difikirkan saja eksperimen 4 ni, macam2 rasa muncul....
[ geli geleman, yaks! ]

masuk je dalam makmal, [ oh, tidak! ]
ana dah nampak makhluk kecil yang berwarna putih itu di atas meja guru,
tidak!!! badannya dah terburai,
dasyat sungguh!~
tak nak tengok lama2, terus pergi meja ana,
tidak!!! ia berada di mana2...
ada di semua meja, sudah siap terhidang...
ana tarik kerusi jauh2, [duduk jauh2]
mujurlah satu kumpulan [3orang] satu ekor saja,
kalau sorang satu??? oh, no!!!

lebih2 lagi, instructor nya bagi tau,
tikus2 tu masih hidup, sebab hanya dipengsankan sahaja,
what??!!!
apa yang ana terfikir masa tu, macam mana kalau tiba2 tikus tu hidup balik sebelum ia sempat dioperasikan??...
alhamdulillah..nasib baik semuanya berjalan lancar....


masa baru masuk makmal, nak ambil gambar, tapi takut2, sebab tu lah gambarnya nampak kecil, sebab ana tangkap gambarnya dari jarak jauh...hehe~

eksperimen kami ni pada waktu pagi, so nya, bila nak start tu, madam nya cakap....
"okay, sarapan you all semua dah terhidang di atas meja"
[haha!! mujurlah lalu lagi nak makan tengahari, takde lah asyik teringat ingat jew]

 kawan ana, Syazwani yang mulakan operasi membedah tikus yang putih comel ini...
hehe, maaflah tikus, kami nak belajar organ dalam badan awak~

 tekun betul kawan2 ana melakukan operasi pembedahan ini, penuh cermat dan teliti...
tetapi, kawan ana yang lagi sorang tu [pakai tudung hijau] mula2 nya geli juga, tapi macam ana jugak, lama2 dah okay!~ beres....
 ketelitian amat dititik beratkan semasa melakukan operasi pembedahan ini supaya tidak berlaku pendarahan yang tidak diingini...hurm~

 ana meneruskan tugas kawan ana, releks saje...[cool lah kononnya...]

 ada gaya bakal seorang doktor x? hehe...[insyaallah...]

 badan "si putih" yang telah di buka kulitnya....

 ana dan rakan sekumpulan ana bergambar dengan bahan eksperimen...

 inilah rupa "si putih" yang telah selamat di'operasikan'.....
nasib baik lah tak hancur badan nya....

akhirnya, kami berjaya selesaikan tugas kami dengan jayanya....alhamdulillah...~
halangan telah berjaya ditempuh~ yahuu!!!

No comments:

Post a Comment