Tuesday, March 6, 2012

Coretan Dari Sahabat...

Ini hanyalah sebuah coretan dari seorang sahabat sebagai peringatan buat semua, termasuklah ana, 
Ini kerana tiada siapa di antara kita yang sempurna,
tetapi kita mampu untuk mengubah diri kita ke arah kebaikan,
bersamalah kita bermuhasabah diri...
saling ingat-mengingati itu, tandanya kita sayangkan saudara kita...
enjoy reading!!!
*********************
Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal suamimu…

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Ayuh kita mencari cinta Allah,
cinta yang kekal abadi,
InsyaAllah. ;)

p/s : rasa geli + meluat bila membaca status facebook junior yg "bersayang-sayang" dgn shbtnya yang berlainan jantina...MasyaAllah~

No comments:

Post a Comment