Lunch time!!
"Ikan Tiga Rasa"
1 ekor ikan bawal
3 biji bawang merah (dihirs)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan air
sebagai hiasan
2 biji cili merah
1 pokok daun bawang
- Masukkan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
- Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih. Kacau rata.
- Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak.
- Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
p/s : ikan juga boleh digoreng dulu dan curahkan kuah sos di atas ikan
boleh lakukan ikut kreativiti masing-masing...
selamat mencuba~
No comments:
Post a Comment