Wednesday, May 2, 2012

Resepi 3

Ana semakin teruja nak mencuba pelbagai resepi terbaru
disebabkan ana dah berjaya mencuba resepi sebelum ni..(huhu..)
Lagipun, bahan-bahan dan sedia ada, jadi guna jelah..

Resepi kali ini adalah :
“Puding Lapis Nescafe”


Bahan-bahannya adalah :
150g Serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula halus
1 sudu makan Nescafe dibancuh dengan 1 sudu makan air panas
1 cawan susu cair


 Cara-caranya :
Campurkan gula dan serbuk agar-agar
Masakkan sehingga mendidih dan tutup api.
Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
Masukkan campuran Nescafe di dalam satu bekas dan campurkan susu cair ke dalam bekas yang lain.
Lapiskan campuran Nescafe berselang-seli dengan campuran susu ke dalam acuan.
Sejuk dan sedia dihidangkan. 

Tara...inilah hasilnya...




menarik~ nampak layer2...hehe~


Selamat Mencuba~

1 comment:

  1. sedapnye!!!! puding lapis milo pn mesti sedap jugak! *untunglaa msia ada milooo~*

    Eh syera, nak request. Buatla tart buah. Cam sedap jee!

    ReplyDelete