Friday, June 15, 2012

PerLu Ke? [Mesti baca..]

“Sekarang dah sampai pasar. Nak cari apa ye?”
“Masih di office. Stresss….”

****************************************************************
Persoalannya, perlu ke nak update status fb kita dengan setiap tingkah laku kita? Di mana perlu nya? Ana teringat satu kisah daripada sahabat ana. Mungkin kisah ini boleh menjadi iktibar kepada kita semua. 

Kisahnya begini. Namanya ‘Michel’ (bukan nama sebenar). Michel ini salah seorang pengguna laman sosial yang tegar. Setiap apa yang dilakukan, dimana dia berada, semua di tulis dalam laman sosial miliknya. Maklumat peribadi seperti tempat tinggal, tempat kerja dan nombor telefon juga turut disertakan dalam bahagian profile di laman sosial miliknya. 

Michel tinggal bersama dua orang rakannya di sebuah rumah sewa. Pada suatu hujung minggu, mereka bercadang untuk pergi melancong. Seperti biasa, Michel akan menulis apa-apa yang terlintas di fikirannya di laman sosial. Pada pendapatnya, dia hanya ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan di laman sosialnya itu. Tidak lebih dari itu. 

Pada Sabtu pagi, mereka bertolak ke sebuah tempat pelancongan yang agak jauh juga perjalanannya. Kemudian, hari Ahad malam, Michel dan rakan-rakannya pulang semula ke rumah selepas habis bercuti. 

Apa yang memeranjatkan mereka, pintu rumah tidak berkunci dan hanya ditutup rapat sahaja. Lebih menyedihkan, segala barang berharga mereka seperti televisyen, komputer riba, radio dan jam tangan mereka hilang. Yang peliknya, rumah mereka tidak digeledah jika hendak mengatakan rumah mereka dimasuki pencuri. Semuanya tersusun kemas. Cuma barang-barang berharga itu yang tiada di tempatnya. 

Michel bertanya kepada jiran sebelah rumah mereka mengenai hal tersebut. Jiran mereka memberitahu bahawa memang dia ada nampak orang memunggah barang ke dalam lori pada hari Sabtu malam yang lepas. Apabila ditanya salah seorang daripada mereka yang sedang memunggah barang itu, katanya Michel dan rakan-rakan hendak pindah rumah. Jadi, jiran tersebut tidaklah mencurigai apa-apa memandangkan Michel tidak meninggalkan sebarang pesan kepada jiran tersebut bahawa mereka pergi bercuti. 

Michel membuat laporan polis berkenaan kejadian itu. Selepas sebulan, penjenayah berjaya di tangkap. Rupa-rupanya, penjenayah tersebut merupakan rakan Michel juga iaitu Duchan (bukan nama sebenar). Selepas disoal siasat, Duchan membongkarkan rahsia yang sebenar. Duchan adalah rakan Michel di laman sosial facebook. Bila Duchan mengetahui Michel pergi bercuti melalui laman sosialnya, dan rumah yang didiami Michel kosong, Duchan mengatur perancangan ingin merompak rumah Michel. Lebih memudahkan rancangan Duchan apabila Duchan beberapa kali pernah melawat Michel di rumah terbabit. Segala selok belok rumah memang sudah diketahui. 

Sejak daripada peristiwa itu, Michel sedar segala kesalahannya. Michel turut membuang segala akaun laman sosialnya. Michel sudah serik dengan segala perbuatannya.

**********************************
Jadi, iktibar yang boleh diambil daripada kisah diatas ialah hendaklah menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin. TIDAK perlulah untuk mengupdate segala perbuatan kita. Jika laman sosial ini digunakan dengan sebaik mungkin, kita akan mendapat faedah daripadanya Insyaallah. 

Selain itu, janganlah berat mulut untuk menitipkan pesan kepada jiran atau AJK rondaan kawasan perumahan agar menengok-nengokkan rumah kita semasa ketiadaan kita. Pelbagai perkara boleh berlaku semasa ketiadaan kita di rumah.

No comments:

Post a Comment