Monday, February 1, 2016

Badan sado, iman juga mesti sado !


tak ada guna kalau kau boleh angkat beban berkilo-kilo
kalau kau tak boleh nak angkat selimut pada waktu subuh untuk solat !

tak ada guna kalau kau pandai guna pelbagai jenis alatan gym
kalau kau tak pandai nak buat segala kerja-kerja rumah !

sebab itu, sekarang ini ada orang cakap,

"Bro, badan sado, iman juga mesti sado !"

di mana, kenalah seimbang antara dunia dan akhirat

kesihatan tubuh badan adalah sangat penting
kerana akal yang cerdas datangnya dari badan yang sihat
bila badan sihat, dapatlah kita beribadah dengan baik

tetapi di ingatkan
jangan terlalu kejar nak badan cantik
hingga banyak urusan agama kau tinggal
seperti solat, aurat, tanggungjawab dan lain-lain lagi

"Your level of Iman can be measured in the consistency of your good deeds"

jadi, tepuk dada tanya iman !

nak sihat, ada banyak cara
dan yang penting jangan tinggal urusan agama !

pesanan buat diri sendiri juga semua yang tersayang


No comments:

Post a Comment