semasa ditimpa dugaan dan ujian itulah kita akan kenal siapa kawan dan siapa lawan.
yang mana satu sahabat, yang mana satu musuh.
apabila seseorang sedang dilanda ujian dan musibah,
emosinya tidak stabil dan jiwanya sangat rapuh.
sebab itu, tidak hairanlah ada berita-berita di surat khabar ataupun televisyen yang melaporkan ada yang sampai tahap MEMBUNUH DIRI.
( moga-moga kita semua dijauhkan dari perkara buruk ini )
pepatah ada mengatakan,
" jika kita tidak mampu untuk memadamkan kesedihan seseorang, janganlah ditambah pula kesedihannya itu "
contoh PERTAMA,
bayangkan DIRI SENDIRI sedang bersedih dalam berhadapan dengan ujian.
kemudian,
orang lain disekeliling mengucapkan ayat-ayat seperti berikut,
" ala, emosilah kau ini "
" tak payahlah nak emosi sangat. sikit-sikit nak nangis "
" ceh, drama sangatlah kau ini "
xxxxxxxxx
contoh KEDUA,
situasi yang sama, iaitu berdukacita ketika ditimpa musibah,
kemudian,
orang lain disekeliling mengucapkan ayat-ayat seperti berikut,
" bersabarlah, doa banyak-banyak agar urusan kau dipermudahkan "
" insyaallah, kau kuat untuk menghadapi ujian ini "
" banyakkan bersabar, kita tempuhi dugaan ini sama-sama "
" get well soon "
xxxxxxxxx
walaupun ayat-ayat di CONTOH KEDUA itu kedengaran seperti ayat-ayat dalam drama televisyen mahunpun dalam novel, ataupun dilabelkan sebagai ayat-ayat klise, tetapi secara tidak langsung ianya akan memberikan aura yang positif kepada kedua-dua belah pihak.
tak percaya ? silakan cuba, dan lihat hasilnya.
situasi di CONTOH PERTAMA itulah antara orang yang mendampingi kita hanya kerana sesuatu kepentingan, seperti harta, pangkat, darjat dan sebagainya. bila diri kita susah menjauh, bila diri kita senang, mula didekati ( ada udang disebalik mee, eh ? )
berbanding di CONTOH KEDUA itulah antara yang boleh dikategorikan sebagai susah senang bersama. walaupun dia tidak merasai ataupun melalui dugaan yang sama, tetapi dia memahami. ( tetapi tidak mustahil juga ada yang melabelkan kumpulan ini sebagai kaki kipas, kaki bodek. perbetulkan niat, abaikan apa yang orang lain kata )

" Tidak akan ada kesenangan tanpa adanya kesusahan "
No comments:
Post a Comment