Friday, April 8, 2011

Sedih lar..



Selepas semalaman aku x jumpe dgn Comey, baru pagi ni aku nampak dia. Dia dah selamat beranak, aku rasa..sebab badan dia dah nampak kurus, lain dari hari sebelumnya. Aku akan ingat tarikh 7 April ni, sebab aku dah dapat kawan2 baru lagi....tp agak kecewa n sedih skit~

Semalam,[ masa hari Khamis] pagi tu, Nabil buka pintu rumah, nak pergi sekolah macam biasa....dari bilik aku [bilik aku terletak jauh dari pintu utama] aku boleh dengar kucing tu mengiau...kuat sangat [aku tertanya-tanya gak, nape??] tapi, aku buat biasa jew...aku ingatkan bila dah senyap tu sebab Nabil dah bagi makan, rupe nyer Comey bagi hint yang dia dah nak beranak....argh!!! sedihnya..nape lah aku tak perasan [peka]....

Tapi, ibu cakap, cuba cakap2 dgn Comey, mungkin dia boleh faham.....so, aku pon cuba lah, aku harap sangat Comey datang sini lagi dan bawa anak2 dia yang 'extra comey'.....[please...]~

Sunday, April 3, 2011

Masa lapang, oh masa lapang!!

Memandangkan sekarang ni aku kekurangan kerja untuk memenuhi masa lapang, so nya aku buat sesuatu yang baru. Aku ni sebenarnya suka untuk mencuba sesuatu yang baru. Ye lah, untuk mengelakkan daripada membazirkan masa. [masa tu kan emas] Tambahan pula, membazir itu kan amalan syaitan. Inilah aktiviti aku dalam masa terdekat ni.

Coklat homemade. Cara nak buat nya tak lah sesusah mana. Senang jew. [ceh, macam berlagak pula] Taklah, aku nak cerita yang cara nak buat coklat homemade ni memang senang. Sesape yang nak cuba, boleh lah cuba.
 kali ini saya gunakan coklat jenis dark~
 mencairkan coklat menggunakan kaedah double boiler~
 badam hancur yang telah dibakar untuk diletakkan dalam coklat~ [yummy!]

p/s:gambar coklat yang telah siap saya belum capture lagi, sorry!

Saturday, April 2, 2011

One day at the MINES, Seri Kembangan

Tadi, ayah bawa aku dan kawan-kawan [azizah,amalina] pergi ke karnival pengajian tinggi, 'Jom masuk U'.
Kami mula bertolak dari rumah seawal jam 8.15pagi. Perjalanan jauh memang memenatkan. Tambahan pula, dengan sikap dan perangai pemandu yang tidak bertanggungjawab. [pemandu yang memandu perlahan di lorong kanan yang telah di khususkan untuk pemandu yang ingin memotong]. Geram sungguh rasanya!

Kami tiba di sana lebih kurang jam 11.00pagi. Sesak dengan orang ramai. Sesiapa yang pernah melalui pengalaman di 'Pesta Buku Antarabangsa', macam tu lah suasananya. Bersempitt-sempit. Berlanggar-langgar antara satu sama lain.

Tujuan aku pergi sana adalah untuk mencari biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di IPT kelak. [insyaallah]. Akhirnya, apa yang aku cari, aku jumpa. Aku jumpa booth Jabatan Pertahanan Awam. Rupanya, selama ini aku salah faham. Permohonan secara atas talian yang telah di tutup baru-baru ini untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui skim Program Ijazah Luar Negara [PILN]. Kalau untuk pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di dalam negara sahaja, perlu tunggu skim Program Ijazah Dalam Negara [PIDN] yang akan diiklankan pada bulan Jun/Julai nanti. Fuhh!! Lega...

Masa di sana juga, sempat kami jumpa kawan-kawan dari simpang 5. Seronok betul dapat borak-borak dan bergurau senda walaupun hanya sebentar.
 ha, ha, ha seronok benar dapat beg 'jom masuk U'...

entah apa lah yang dia orang gossipkan ni..herm~

Wednesday, March 30, 2011

Pengalaman baru!

Hari ini, tercatat lagi satu sejarah baru dalam hidup aku. Siap dapat title lagi. Korang yang baca ni mesti tertanya-tanya, kan? Haha! Aku pun tak sangka sebenarnya aku boleh lakukan perkara ni. Erm, al kisahnya bermula apabila mak aku, kene bawak Haziq pergi hospitl utk appoinment dgn doktor di Hospital Teluk Intan.

So, mak aku tak dapat pergi kerja la [mak aku kerja sebagai ustazah]. Bagi menggelakkan murid-murid di sekolah tidak terurus, so aku decide untuk gantikan mak aku. Kiranya jadi ustazah segera la ni. Alhamdulillah, agak lumayan la, RM20 sehari.

Bagi aku, aku rasa sangat bererti bukannya wang ringgit tetapi moment berada di kalangan budak-budak sekolah. Memang agak susah la nak control budak-budak tu, tapi kalau pandai untuk 'membeli'  hati dia orang, okay jew...
k lah, that's all~ tata.

Thursday, March 24, 2011

Jatuh Cinta (^_^)~

Drag and drop me 
Jatuh cinta lagi...~ Lagi-lagi jatuh cinta..~ Aku jatuh cinta.....~ Padanya~

Hah!! Terkejut tak baca tajuk post aku kali ni?? Kih Kih, Saje nak buat surprise jew~ Gurau-gurau...
Drag and drop me
Aku berminat dengan pengeluran teknologi pada masa kini. Aku jatuh cinta dengan pelbagai teknologi yang dikatakan segalanya di hujung jari..
Kali ini, aku nak cerita tentang... Samsung Galaxy Ace!!
Samsung Malaysia telah mengumumkan produk terbaru daripada keluarga Samsung Galaxy, iaitu Samsung Galaxy Ace, berikutan kejayaan global Samsung Galaxy S dalam pasaran, yang menawarkan peranti unik untuk pengalaman telefon pintar dikuasai bersama Android Froyo 2.2.
Drag and drop me
Samsung Galaxy Ace mempunyai akses menerusi lebih daripada 100,000 aplikasi dari Android Market dan Samsung Apps. Ace juga didatangkan dengan sambungan WiFi dan hab sosial untuk terus berhubung dalam rangkaian sosial mahupun mesej segera. 
Drag and drop me
Telefon pintar ini mempunyai paparan HVGA 3.5inci, pemprosesan 800Mhz, carian suara Google, ThinkFree document viewer dan kamera AF 5.0 mega piksel dengan LED Flash, yang bakal menjanjikan kepuasan maksimum kepada pengguna.