Tuesday, November 7, 2017

Telefon Hilang

OST Drama #RedVelvet

#SesungguhnyaAku oleh #AlifSatar

apa ku rasa
tak pernah ku duga
hadir dirimu
merubah semua

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

siapakah aku
didalam hatimu
harus ku tahu
kerna aku rindu

dan tanpa ku sedari
kau mengajar diriku
membawa hidup erti baru

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
cintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

kaulah yang terbaik
yang pernah diriku miliki
kan kuberikan sepenuh jiwa
hanya untuk dirimu

sesungguhnya aku
telah jatuh pada dirimu
sesungguhnya aku
mencintai hanya dirimu

kerna
sesungguhnya
ku sedari
kau lengkapi diriku

sesungguhnya aku
mencintai dirimu
sesungguhnya

( kebetulan typing post ini semasa menonton #DramaRedVelvet , so selitkanlah lirik OST drama tersebut )

alkisah tengahari tadi,
member meja sebelah di pejabat, tiba-tiba tanya dengan nada terkejut
"eh, mana telefon? siapa yang ambil?"

"mungkin salah letak kot"

"isyh, tak kan hilang"
ujar member itu lagi sambil tercari-cari telefon yang hilang itu

"nak try call ke? ke silent?"
cuba untuk membantu member
member itu pakai iphone
maybe sebab itu yang terlebih risau

"try call amende, telefon office kot yang hilang"
jawab member selamba

maka ber huhu lahhhh....
rupanya ada technican telefon pinjam telefon office dia..
untuk testing line telefon..

hahaha
moral of the story,
cakap itu biar jelas dan terang

bye,
syairah akmal

Sunday, November 5, 2017

Serba Tak Kena

manusia ini ada macam-macam perangai,
di tambah lagi dengan emosi yang serba tak menentu.

tak kisahlah lelaki ataupun perempuan,
kedua-duanya sama sahaja

kadang-kadang boleh ceria, tiba-tiba sahaja boleh berubah jadi sedih
kadang-kadang sedang marah, tiba-tiba boleh berubah jadi tenang

apabila banyak tanya / banyak soal sebab prihatin
dilabelkan sebagai membebel / menyibuk hal orang

nak pergi mana?
dengan siapa?
balik bila?

apabila tak tanya sebab takut dilabelkan menyibuk
dikatakan pula tak prihatin atau tak nak ambil tahu

ke kanan salah, ke kiri salah
ke depan salah, ke belakang salah

semuanya serba tak kena !

konklusinya,
S.A.B.A.R


sabar sahaja lah... 



Thursday, November 2, 2017

2 November 2017

ada apa dengan 2 November ?

bithday?
bukan

wedding anniversary?
bukan

e-day?
bukan

jadi apa?

mungkin bagi orang lain, tarikh ini adalah tarikh biasa
tapi bagi aku, tarikh ini adalah satu tarikh perubahan besar dalam hidup aku
yup!
perubahan besar.

meh sini akak senior nak cerita.

2 November 2016
adalah tarikh hari pertama aku di terima bekerja di sebuah syarikat swasta di shah alam
jadi, maknanya hari ini, iaitu 
2 November 2017 sudah setahun aku berada di syarikat itu

jujur cakap, setahun yang berlalu itu bukannya mudah
ada tangisnya, ada gelak tawanya
ada sukanya, ada dukanya
itulah realiti kehidupan
bukan selalu akan berada di atas, kadang kala pasti akan berada di bawah

ini bukan cerita bohong,
ini bukan cerita drama televisyen
harap bersabar sebab posting kali ini terlebih dan terlajak panjang sebab dah lama tak posting,
lepas gian gitu..

disebabkan sekarang ini musim para mahasiswa/i berkonvo
akak senior nak share sedikit pengalaman
( jangan marah la gelarkan akak senior, sebab posting ini ditujukan kepada adik2 junior yang bakal bekerjaya tidak lama lagi )

so, apabila sudah tamat belajar, tak kisah lah peringkat apa sekali pun,
mesti kita nak cari kerjaya yang kononnya 'setaraf' dengan 'kelayakkan' pendidikan diri kita
nasihat akak, JANGAN MEMILIH kerjaya
terutamanya dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang macam hampeh

jujur cakap, mencari kerja bukan senang,
apatah lagi nak mencipta kerja

bagi akak, mencari kerja itu apabila kita bekerja dengan orang,
mencipta kerja itu pula kita jadikan sesuatu yang kita minat itu sebagai kerja kita
faham tak?
maksudnya kalau minat menjahit, minat memasak, minat buat kuih, boleh juga jadikan itu sebagai kerja korang
abaikan segala MULUT PUAKA yang ada di luar sana
selagi kita tak menyusahkan orang lain, tak melanggar peraturan, teruskan kerja murni itu
biarlah MULUT PUAKA itu mahu berkata apa-apa
teruskan berusaha, berjaya akhirnya
giittttuuuw

berbalik kepada topik asal
carilah, mintalah dan mohonlah apa-apa kerja
jangan memilih
sebab bukan senang-senang duit nak bertambah dalam akaun kita
sebab walaupun duit bukan segala-galanya,
tetapi segalanya memerlukan duit,
tak percaya?
sila cuba...

setahun telah berlalu,
setahun yang banyak mengajar erti kehidupan,
setahun yang penuh warna warni,
setahun yang begitu menguji diri


Sea Walking Sabah


ni pula video sea walking di sabah.
untuk aktiviti sea walking ini, kami naik bot dari jeti pulau sapi

nak cerita panjang2 ni, belum ada mood nak menulis,
so enjoy watching la... hahahaha

Kundasang - Kota Kinabalu Sabah 2017


ni video full version untuk trip Kundasang dan Kota Kinabalu.

enjoy watching ya..