Thursday, November 2, 2017

2 November 2017

ada apa dengan 2 November ?

bithday?
bukan

wedding anniversary?
bukan

e-day?
bukan

jadi apa?

mungkin bagi orang lain, tarikh ini adalah tarikh biasa
tapi bagi aku, tarikh ini adalah satu tarikh perubahan besar dalam hidup aku
yup!
perubahan besar.

meh sini akak senior nak cerita.

2 November 2016
adalah tarikh hari pertama aku di terima bekerja di sebuah syarikat swasta di shah alam
jadi, maknanya hari ini, iaitu 
2 November 2017 sudah setahun aku berada di syarikat itu

jujur cakap, setahun yang berlalu itu bukannya mudah
ada tangisnya, ada gelak tawanya
ada sukanya, ada dukanya
itulah realiti kehidupan
bukan selalu akan berada di atas, kadang kala pasti akan berada di bawah

ini bukan cerita bohong,
ini bukan cerita drama televisyen
harap bersabar sebab posting kali ini terlebih dan terlajak panjang sebab dah lama tak posting,
lepas gian gitu..

disebabkan sekarang ini musim para mahasiswa/i berkonvo
akak senior nak share sedikit pengalaman
( jangan marah la gelarkan akak senior, sebab posting ini ditujukan kepada adik2 junior yang bakal bekerjaya tidak lama lagi )

so, apabila sudah tamat belajar, tak kisah lah peringkat apa sekali pun,
mesti kita nak cari kerjaya yang kononnya 'setaraf' dengan 'kelayakkan' pendidikan diri kita
nasihat akak, JANGAN MEMILIH kerjaya
terutamanya dalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang macam hampeh

jujur cakap, mencari kerja bukan senang,
apatah lagi nak mencipta kerja

bagi akak, mencari kerja itu apabila kita bekerja dengan orang,
mencipta kerja itu pula kita jadikan sesuatu yang kita minat itu sebagai kerja kita
faham tak?
maksudnya kalau minat menjahit, minat memasak, minat buat kuih, boleh juga jadikan itu sebagai kerja korang
abaikan segala MULUT PUAKA yang ada di luar sana
selagi kita tak menyusahkan orang lain, tak melanggar peraturan, teruskan kerja murni itu
biarlah MULUT PUAKA itu mahu berkata apa-apa
teruskan berusaha, berjaya akhirnya
giittttuuuw

berbalik kepada topik asal
carilah, mintalah dan mohonlah apa-apa kerja
jangan memilih
sebab bukan senang-senang duit nak bertambah dalam akaun kita
sebab walaupun duit bukan segala-galanya,
tetapi segalanya memerlukan duit,
tak percaya?
sila cuba...

setahun telah berlalu,
setahun yang banyak mengajar erti kehidupan,
setahun yang penuh warna warni,
setahun yang begitu menguji diri


No comments:

Post a Comment