Wednesday, March 7, 2018

The Arts

temaniku genggam tanganku
biar kita sampai selamanya
kan bercinta
untuk selamanya
kan bercinta
untuk selamanya

kredit gambar kepada pemiliknya ( sebab ini semua gambar google image )

gubahan hantaran baju melayu, gubahan hantaran jubah lelaki dan kurta, gubahan baju melayu dan samping, contoh gubahan hantaran baju melayu, gubahan baju melayu terkini dan cantik, hantaran baju melayu pertunangan dan perkahwinan












Tuesday, March 6, 2018

March 2018

ku tuliskan kenangan tentang caraku menemukan dirimu
tentang apa yang membuatku mudah berikan hatiku padamu

Image result for march


Sunday, November 26, 2017

Ingin Tahu

rasa ingin tahu itu perkara normal dalam diri manusia yang normal
pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita membuatkan hati kita sering bertanya,

"kenapa begitu?"
"kenapa begini?"
"apa tu?"
"di mana tu?"
"berapa tu?"
"adakah begitu dan begini?" 
dan banyak lagi

ini kerana,
sebagai manusia normal, otak kita menjalankan tugasnya dengan baik
segala apa yang diterima oleh deria manusia itu akan di proses oleh otak 
dan menghasilkan tindakan yang selanjutnya

tetapi,
kadang-kadang 'persoalan' dan rasa ingin tahu itu tidak tahu kepada siapa mahu di tujukan
sudah tentu kita mahukan jawapan yang dapat memuaskan hati kita

justeru itu,
segala persoalan yang muncul,
sepatutnya ditanyakan kepada ilmuan / pakar yang mahir dalam bidang tersebut
selain bertanyakan kepada yang pakar, boleh juga buat kajian atau penyelidikan sendiri berdasarkan bahan-bahan ilmiah yang ada seperti buku / journal / dan juga internet
tetapi berhat-hati, kerana bukan semua yang tertulis itu adalah benar belaka
pastikan kita tahu siapa penulisnya sebelum penulisan mereka itu kita jadikan pegangan / hujah / pendirian

dan kadang kala,
persoalan yang muncul di fikiran kita itu akan terjawab dalam cara yang kita tak sangka,
tetapi apa yang berlaku itu membuatkan kita berfikir,
'inilah jawapan kepada persoalan tadi'

sedikit perkongsian daripada instagram Dr Anwar Fazal dan Dr Fatin Liyana ;
( penulis siri buku Diagnosis )







Wednesday, November 22, 2017

Emosi Kanak-Kanak

Related image

pakar motivasi ada cakap,
kalau orang dewasa ini nak bergaduh / bertengkar, 
( dewasa : sama ada suami isteri / kawan-kawan / bos dan pekerja dan lain-lain )

JANGAN sesekali bergaduh / bertengkar depan kanak-kanak / anak-anak kecil,
( lagi bagus tak payah bergaduh / bertengkar terus ) 

tahu tak kenapa? 

ini kerana emosi / jiwa kanak-kanak ini mudah terjejas dengan situasi itu

kebiasaan kes seperti ini berlaku di dalam institusi kekeluargaan,
di mana ibu dan bapa bergaduh / bertengkar dan kejadian tersebut disaksikan oleh anak-anak yang masih kecil

di peringkat awalnya, mungkin dengan situasi pertengkaran,
( kanan jerit, kiri jerit, kanan tengking, kiri tengking )

lama kelamaan, situasi menjadi lebih teruk dengan campak barang-barang dalam rumah
( campak bantal, lempar pinggan, taburkan perkakas rumah, lambung lesung batu )

lebih teruk lagi, di zaman sekarang ini
ada kejadian berakhir dengan pembunuhan
( tikam depan, tetak atas, libas kanan )

pernah terfikir, apa yang bakal terjadi dengan hidup kanak-kanak yang menyaksikan situasi-situasi di atas?
ketika itu, emosi dan jiwa mereka terseksa dan tertekan,
dan TIDAK MUSTAHIL episod hitam ini akan terus kekal dalam memori mereka sampai bila-bila
dan TIDAK MUSTAHIL juga mereka melakukan hal yang sama kerana sifat DENDAM dalam diri terhadap situasi tersebut,
JIKA emosi mereka tidak dirawat dan JIKA semangat mereka tidak dipulihkan

seperti yang digambarkan di dalam drama / filem di televisyen,
jika ketika zaman kanak-kanaknya dia selalu di buli, apabila dewasa dia berpotensi untuk menjadi pembuli,
jika ketika zaman kanak-kanaknya dia selalu dipukul / dibelasah si kaki baran, dia juga berpotensi untuk menjadi kaki baran apabila dewasa kelak

namun, tidak semua kanak-kanak yang pernah melalui episod hitam tersebut 100% menjadi siapa yang dilihat pada waktu itu,
masih ada yang berpotensi untuk merubah dan keluar dari sejarah hitam itu,
PERUBAHAN ITU TIDAK MUSTAHIL
jika semangat nya kuat dan mendapat sokongan banyak pihak untuknya berubah

boleh juga rujuk artikel berkaitan daripada Karangkraf di link berikut,

"Selamat Hari Kanak-Kanak 2017"

yang menulis,
-bukan pakar kanak-kanak, bukan juga pakar motivasi-
sekadar berkongsi

Monday, November 20, 2017

Tanya hati

Related image
sumber : google image


bila tanya hati,
tiada kata yang boleh diungkapkan
tiada nada yang boleh diiramakan
tiada riak yang boleh digambarkan

hanya mampu

doa

hanya doa

dan terus berdoa

jangan pernah putus harapan dengan kuasa doa


Related image
sumber : google image

ini bukan drama bersiri televisyen
ini bukan dunia ciptaan si pari-pari
ini bukan sinetron petang
ini dunia realiti yang harus dilalui dan ditempuhi

mohon doakan insan kerdil ini,
si penulis