Wednesday, November 22, 2017

Emosi Kanak-Kanak

Related image

pakar motivasi ada cakap,
kalau orang dewasa ini nak bergaduh / bertengkar, 
( dewasa : sama ada suami isteri / kawan-kawan / bos dan pekerja dan lain-lain )

JANGAN sesekali bergaduh / bertengkar depan kanak-kanak / anak-anak kecil,
( lagi bagus tak payah bergaduh / bertengkar terus ) 

tahu tak kenapa? 

ini kerana emosi / jiwa kanak-kanak ini mudah terjejas dengan situasi itu

kebiasaan kes seperti ini berlaku di dalam institusi kekeluargaan,
di mana ibu dan bapa bergaduh / bertengkar dan kejadian tersebut disaksikan oleh anak-anak yang masih kecil

di peringkat awalnya, mungkin dengan situasi pertengkaran,
( kanan jerit, kiri jerit, kanan tengking, kiri tengking )

lama kelamaan, situasi menjadi lebih teruk dengan campak barang-barang dalam rumah
( campak bantal, lempar pinggan, taburkan perkakas rumah, lambung lesung batu )

lebih teruk lagi, di zaman sekarang ini
ada kejadian berakhir dengan pembunuhan
( tikam depan, tetak atas, libas kanan )

pernah terfikir, apa yang bakal terjadi dengan hidup kanak-kanak yang menyaksikan situasi-situasi di atas?
ketika itu, emosi dan jiwa mereka terseksa dan tertekan,
dan TIDAK MUSTAHIL episod hitam ini akan terus kekal dalam memori mereka sampai bila-bila
dan TIDAK MUSTAHIL juga mereka melakukan hal yang sama kerana sifat DENDAM dalam diri terhadap situasi tersebut,
JIKA emosi mereka tidak dirawat dan JIKA semangat mereka tidak dipulihkan

seperti yang digambarkan di dalam drama / filem di televisyen,
jika ketika zaman kanak-kanaknya dia selalu di buli, apabila dewasa dia berpotensi untuk menjadi pembuli,
jika ketika zaman kanak-kanaknya dia selalu dipukul / dibelasah si kaki baran, dia juga berpotensi untuk menjadi kaki baran apabila dewasa kelak

namun, tidak semua kanak-kanak yang pernah melalui episod hitam tersebut 100% menjadi siapa yang dilihat pada waktu itu,
masih ada yang berpotensi untuk merubah dan keluar dari sejarah hitam itu,
PERUBAHAN ITU TIDAK MUSTAHIL
jika semangat nya kuat dan mendapat sokongan banyak pihak untuknya berubah

boleh juga rujuk artikel berkaitan daripada Karangkraf di link berikut,

"Selamat Hari Kanak-Kanak 2017"

yang menulis,
-bukan pakar kanak-kanak, bukan juga pakar motivasi-
sekadar berkongsi

No comments:

Post a Comment