Sunday, June 12, 2011

aLaHai BaS~

kali ni, post ini adalah mengenai bas. Bas?? Tak percaya ke? Memang macam biasa2 je, tp ini adalah pengalaman aku dgn kawan2 menaiki bas untuk ke kampus. Macam2 ragam dan peristiwa yang terjadi. 


Kes I
kami semua, pelajar2 tamhidi usim ni perlu menaiki bas untuk ke kampus memandangkan jaraknya yang agak jauh. Kalau berjalan kaki, mungkin seharian baru boleh sampai kot....kalau menaiki kenderaan, cuma 15minit kerana jaraknya adalah lebih kurang 10km.
 disebabkan masing2 nak mengejar masa, jadi semuanya berebut-rebut nak naik bas. bayangkan lah, masing2 dah bergelar mahasiswi, tetapi masih berebut-rebut nak naik bas. malu giler lah kalau ada budak sekolah rendah yang tengok...mesti dia orang pelik giler sebab nyer, cikgu2 kat sekolah semua ajar suruh beratur kalau nak naik bas.....hahaha!!!

Kes II
kejadian ini berlaku pada kawan aku, semasa hendak berebut-rebut naik bas sebab nak dapatkan tempat duduk tu, ada lah pulak yang tercicir sebelah kasut semasa nak naik bas....
cuba bayangkan, time tengah bersesak-sesak kat depan pintu bas tu, kasut sebelah tercabut,
macam mana nak ambil....???
mangsa kejadian menceritakan, dia main raba2 je nak cari kasut dia tu, pastu tak sempat pakai dah terus naik ke bas, kiranya dia nak bas dengan sebelah kasut jer, satu lagi kasut yang tercicir tu dipegang jew...hahaha!!!
macam2....kesian aku dengar ceritanya, dah lah orang nyer comel jew..nasib baik tak kena pijak dengan orang.....

Kes III
masih juga cerita berebut-rebut bas, tapi semasa kejadian ini berlaku semasa kami hendak pulang dari kampus ke kolej kediaman....semasa menunggu bas di 'bus stop', dari jauh kami dapat nampak bas yang sedang dalam perjalanan, 
kami dah bersedia berdiri tepi jalan tambahan pula masa tu tak ramai yang sedang menunggu bas,
setelah kami dapat tempat duduk dalam bas
[gembira betul dapat tempat duduk, lebih2 lagi Una]
tiba2, ada seorang akak ni ckp :-

"dik, ini bas nak ke kolej kediaman 1 lah"

rupa2 nyer kami salah bas, bas yang sepatutnya kami naik tertulis 'nilam' di pintu bas....
sebab kami tinggal di kolej nilam.....
pastu akak lain pulak cakap,

"patutlah macam ramai sangat"

kami dengan muka yang sanagt malu, turun dari bas...
malu yang tidak terhingga...
tak tau mana nak letak muka masa tu,
sebelum turun dari bas, aku dengar ada seorang akak cakap, 

"takpe dik, dulu akak pun salah bas jugak.."

turun je dari bas, kami ketawa tak henti2...
mengenang peristiwa yg sungguh memalukan itu, 
sejak dari peristiwa itu, kami begitu peka dengan bas yang datang,
takut kejadian yang sama berulang lagi,
betullah kata pepatah, pengalaman itu adalah guru yang terbaik!!!

6 comments:

  1. =))...ak nk gelakkn yg tok ke 3 uh..hahahaha~

    ReplyDelete
  2. kes I~ooo..btol gak..;;)
    kes II~alo..ciannyerrr..:((
    kes III~kah3x.....=)) =)) =))..bole bayangkn muke
    korg tyme tu lagi2 una..hahaha

    ReplyDelete
  3. klaka gle rebut2 nek bas.. haha
    kes III pling klaka.. =)) =))
    btw,gud luck!

    ReplyDelete
  4. memang klakar sgt...dan kenangan ini memang tidak dapat dilupakan...~

    ReplyDelete
  5. sedap je gelakkan aku!! korg tak rase camner hari2 naik bas..hahaha..

    ReplyDelete
  6. haha~bese la tu...time kat Tamhidi je nk ade pengalaman rebut2 bas ni..tapi korang kira ok lagi...nilam court bdk Tamhidi je yg duduk...akak dulu (Tamhidi 10/11) degree 1st year still duduk kat Nilam sblum pindah KK 1 mse sem 2...bygknlah cmner dahsyatnye kitorg berperang semata2 utk bas tetiap hari...

    kitorg penah kena budak laki ambik gambar kitorg berebut naek bas, pakcik bas rakam la..akak punye beg pun penah putus time naek bas..haha~

    sweet la memori 2..skrg duduk pandan indah xrasa pun rebut2 bas nih..huhu~

    ReplyDelete