Sunday, June 12, 2011

TaBiK PaK CiK!!~

gambar bas USIM yang diperolehi dari internet

Pagi tadi, aku, Husna dan Shahidah berkumpul untuk menunggu bas ke USIM pada jam 7.15pagi. Memang agak lewat berbandnig hari biasa memandangkan hari ini kami hanya akan ada kelas pada jam 1.30tengahari.
Lebih kurang pukul 7.30pagi. Bas yang ke lima mula bertolak setelah disumbat padat [macam tahu sumbat] dengan pelajar-pelajar Tamhidi. Jadi, aku, Husna dan Shahidah tidak dapat pergi waktu itu dan kami terpaksa menunggu bas lain untuk ke USIM bagi trip kedua. Punyalah lama kami menunggu. Sampai lenguh kaki berdiri, kami bercangkung. Penat bercangkung, kami berdiri. Begitulah yang berlaku sehingga jam menunjukkan pukul 8.00pagi,  barulah bas USIM tiba.

Aku dan Husna berjaya mendapatkan tempat duduk, betul-betul belakang dengan tempat duduk pemandu bas. [terasa bangga bila dapat duduk dalam bas bak kata Husna, haha!!!] Sebaik sahaja bas mula bergerak, keluarlah butir bicara dari mulut pak cik bas. Aku teruja tak terkata. Pak cik bas yang mungkin berpangkat datuk dan sudah putih rambutnya boleh bercakap dalam bahasa orang putih dengan lancar [walaupun hanya ‘english communication’ yang biasa].

“Have you get your breakfast?”
“Are you wake up late?”

Itulah antara yang aku ingat. Bukan sahaja nampak prihatin tetapi lucu juga pak cik bas itu. Pagi-pagi lagi dah menceriakan hari aku. Berdekah-dekah aku dengan Husna ketawa melihat karenah pak cik bas itu.
Sebaik sahaja tiba di destinasi kami, pelajar-pelajar pun turun dari bas. Tatkala pelajar mengucapkan terima kasih, pak cik bas tu pun cakap, “Alhamdulillah, alright!” See! Aku memeng respect lah dengan pak cik itu. Pak cik tersebut telah berjaya membuktikan bahawa semua lapisan masyarakat mampu menguasai bahasa tersebut.

1 comment:

  1. haha..klo aq jd korg pon bangga kot klo sekali dpt tmpt duduk dlm bas tu~hehe..syabas!!
    pakcik bas yg cute...hehe

    ReplyDelete