Thursday, August 21, 2014

Celebrity On Stage "Bicara Fitrah Sakinah" Daerah Hulu Selangor 2014

Alhamdulillah, diberikan peluang dan ruang untuk pergi ke majlis ilmu pada hari ini dengan ahli-ahli panel serta moderator yang cukup hebat. Subhanallah...

Celebrity On Stage
"Bicara Fitrah Sakinah"
Daerah Hulu Selangor 2014/1435H

Moderator : Heliza Helmi
Panel 1 : Ustaz Roslan
Panel 2 : Ebit Liew

Banyak perkongsian ilmu yang disampaikan dengan majlis yang cukup santai begitu menarik minat. Betullah kata ahli panel, kita sebagai manusia ini perlu selalu mendengar nasihat. Banyakkan mendengar dan menerima nasihat kerana kita tidak tahu bila masa hati kita akan diberikan taufik dan hidayah.

Kita juga tidak tahu nasihat yang mana dapat diterima oleh hati kita. Ringankanlah kaki kita untuk melangkah ke majlis-majlis ilmu agar kita sentiasa dekat dan ingat akan Allah. 




Moderator dan ahli panel duduk semeja sebelum program bermula...
Kiri sekali, Heliza Helmi, tengah Ebit Liew dan kanan sekali Ustaz Roslan..

 Tak selamanya langit di junjung, tak selamanya bumi di pijak.
Fitrah -> panduan.
Allah yang memandu kita melalui kitab suci Al-Quran.
Baca, lihat, dengar Al-Quran dapat hidayah. Petunjuk bagi orang bertaqwa.
Al-Quran adalah pengubat yang boleh mengubati.
Jiwa yang sakit akan sembuh. Jiwa yang kelam akan terang. Jiwa yang kacau akan tenang.
Bila kita baca Al-Quran, kita bercakap, bermesra dan berbicara dengan Allah.

Kehidupan kita ini bukan mudah. Nampak mudah tapi bukan mudah. Banyak halangan dan ujian yang akan mencacatkan fitrah kita. Untuk melawan semua itu, fitrah kita kena kuat.

Buat sikit-sikit lama-lama jadi gunung. Semulia-mulia amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan. Sentiasa bertaubat. Beristighfar.

Solat wajib. Zakat wajib. Puasa wajib. Dan yang paling penting muqaddimah kepada yang perkara yang wajib adalah taubat. Taubat adalah kerja wajib seharian dan setiap saat.

Perayaan untuk membesarkan Allah adalah wajib untuk setiap hari. Makin dekat, makin rapat. Sentiasa mengingati Allah. Dalam Islam, perayaan adalah sentiasa mengingatkan Allah.

Kita tak boleh mengubah manusia, melainkan Allah tetapi kita boleh mengajak, mengajar dan membimbing orang itu. Dalam berdakwah, kita mesti ada keupayaan untuk mengajak orang.

Kita mesti buat baik dahulu, baru kita boleh mengajak orang lain berdakwah. Berdoa dan mintalah kepada Allah. Doa adalah senjata orang mukmin. Merintihlah dan memohonlah kepada Allah kerana Allah Maha Mendengar.

Kisah daripada Ustazah Zawiyah Hasan yang disampaikan oleh Ustaz Roslan.

Ada seorang isteri. Sejak hari pertama dia berkahwin, suaminya tidak pernah solat. Namun begitu, setiap kali si isteri mahu solat, si isteri akan bentangkan dua helai sejadah. Satu di depan, dan satu lagi di belakang.
Setiap kali waktu solat, si isteri akan berbuat demikian sehinggalah pada suatu hari, si suami bertanya kepada isterinya. 

Suami:Sejak kita berkahwin, awak selalu bentang dua sejadah sedangkan awak seorang sahaja yang solat dan abang tidak solat. Kenapa ye?
Isteri:Abang, kalau abang nak tahu, satu lagi sejadah itu untuk abang. Abang merupakan imam kepada saya.

Dan semenjak hari itu, si suami mula solat dan berjemaah dengan isterinya. Hanya kerana sehelai sejadah, si suami berubah menjadi lebih baik. Dan yang lebih penting usaha dan cara si isteri yang sangat bijak dalam menyampaikan dakwah kepada suaminya. 

"Jangan tinggal agama, buat terus kebaikan."


Ini adalah antara perkongsian semasa program tersebut yang diperolehi daripada Instagram milik Heliza Helmi...just for sharing...




Tiba-tiba, saja meringankan jari menaip ucapan terima kasih kepada kak Heliza kerana sudi datang ke sini, dan tanpa di sangka-sangka, kak Heliza balas komen itu... *terharu rasa*


Sempat bertemu dengan kak Heliza Helmi sebaik sahaja program selesai...
Comel sangat kak Heliza ini...
*teruja dapat bertemu muka dengan kak Heliza*
Semoga kita berjumpa lagi...




No comments:

Post a Comment