Thursday, August 14, 2014

Hati Oh Hati!


*Jom pergi Bukit Fraser!*
*Bila?*
*Esok*
*muka pelik*


*Jom kita pergi i-City nak?*
*Jom! Tapi, bila?*
*Esok!*
*berkerut muka sambil mata tak berkelip*

Itulah sikap dan perangai aku apabila aku tidak tenang. Sesuatu menghantui diri. Walapun muka aku nampak ‘cool’ dan boleh bergelak ketawa, nampak riang dan senang hati, hakikatnya hati aku pedih.

Kalau nak digambarkan hati aku saat ini, mungkin seperti air yang sedang mendidih dalam cerek. Ataupun mungkin seperti kuah spageti carbonara yang sudah masak dan berbuih-buih di dalam kuali. Aku tidak suka dengan perasaan macam ini. Aku perlukan persekitaran yang tenang. Sebab itu laju sahaja mulut ini menuturkan beberapa tempat yang boleh memberikan aku perasaan tenang itu. Tetapi orang lain tidak perasan. Orang lain sangka aku bergurau. Ataupun mungkin orang lain sangka aku ini dah ‘gila!’. Teruk betul!

Kenapa mesti ada keputusan? Kalau tak perlu tak boleh ke? Aku teruja nak tahu. Tetapi hakikatnya aku takut nak tahu. Takut untuk kecewa. Argh!! Kepada siapa harus aku luahkan rasa ini? Biarlah ia tersimpan rapi setakat ini.

Aku cemburu dengan orang lain yang berjaya. Siapa yang tak nak berjaya, kan? Aku pun nak berjaya. Aku percaya takdir dan rezeki setiap orang itu berbeza, tetapi kenapa masih ada yang tidak percaya? Kenapa mesti samakan aku dengan yang lain? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Aku TAK SUKA disamakan. Rasa sakit hati! Aku adalah aku. Aku punya jalan hidupku sendiri yang sudah tentu berbeza dengan orang lain.


Astaghfirullah. Allahuakbar! Allah! Allah! Allah! Hanya padaMu aku memohon, Ya Allah! Ubatilah hatiku ini. Hapuskanlah segala penyakit hati ini. Biarlah aku menangis andai itu boleh membuatkan hatiku lega!

Jom Like link ini~

No comments:

Post a Comment