Monday, September 22, 2014

Di Laman Ini Kita Berseni

setelah sekian lama memasang impian untuk ke sini, akhirnya tercapai juga...
terima kasih kepada My Geng! Nasibah, Nisa' dan Fatin kerana temankan pergi ke sini,
inilah dia yang dinamakan Laman Seni 7 ataupun lebih popular sebagai
#LORONGBELAKANG,
ianya terletak di Seksyen 7, Shah Alam...

mengikut ceritanya, Laman Seni 7 ini adalah kesinabungan daripada Laman Seni 2, tetapi belum berkesempatan untuk ke Laman Seni 2..tetapi tak apa, mungkin di masa akan datang.. Insyaallah..

nak cari lokasi ini mudah sahaja,
cari sahaja Jakel Shah Alam, Seksyen 7
ataupun UiTM Shah Alam,
Laman Seni 7 ini terletak tidak jauh dari situ...

kebetulan kami datang semasa cuti umum,
memang tempat ini sesak dengan orang ramai,
nak ambil gambar pun perlu menunggu giliran..
okay, tak perlu nak berceloteh panjang rasanya,
biarlah gambar berbicara..cewaahhh...









untuk menghasilkan gambar berbentuk 3D seperti ini bukanlah satu kerja yang mudah...


tidak cukup di dinding bangunan, jalan tar ini juga dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelukis..




lukisan ini dihasilkan daripada barang2 terpakai seperti sudu2 dan garfu2 plasti, dulang/talam plastik dan bekas makanan plastik~ sangat kreatif!

dengan kehadiran orang ramai di sini,
menunjukkan bahawa lukisan 3D seperti ini dapat diterima oleh orang awam,
lebih2 lagi, kawasan belakang kedai yang selalunya tidak terurus dapat dipelihara dan kebersihannya juga terjaga...

tahniah kepada semua pelukis 3D art ini kerana berjaya mewujudkan satu lagi kawasan tarikan pelancongan di Shah Alam, Selangor...tabik hormat!!

No comments:

Post a Comment