Sunday, September 21, 2014

Hawa Convention Special Return 2014

 


Alhamdulillah berkesempatan untuk turut serta dalam
Hawa Convention Special Return 2014
yang berlangsung pada 13 dan 14 September yang lalu. 
Sejujurnya, niat awal nak turut serta program ini adalah untuk mengisi masa hujung minggu, supaya tidak terlalu kerap balik ke rumah. 
Azam semester baru --> dapat jimatkan sedikit duit minyak kereta. ada ke azam macam ini? hehehe...
tetapi, sempat perbetulkan niat semula,
niat kerana mahu menuntut ilmu...
tidak semua dapat peluang sebegini,
dan lebih baik kalau kita dapat sebarkan pula ilmu-ilmu itu kepada orang lain...Insyaallah...
*betulkan semula niat*

komen seikhlas hati, 
Hawa Convention kali ini sangat best! SUPERB!!!
para panel jemputan juga tidak kurang hebatnya...
tahniah kepada para penganjur yang menjayakan program sebegini...

dikesempatan ini, aku nak kongsikan serba sedikit ilmu yang berjaya diceduk di program tersebut,
moga bermanfaat untuk semua, ya!

Slot 1 : Refleksi Surah An-Nur
Oleh Dr Mohd Sukki Othman


- dalam kehidupan seharian ini, kita hendaklah sentiasa berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah
- sesiapa yang berdamping dengan Al-Quran akan mendapat kemuliaan di sisi Allah
- walaupun kita sudah bergraduasi, namun proses pembelajaran dan menuntut ilmu itu tidak berhenti tetapi mesti diteruskan
- mengapa memilih surah An-Nur? kerana surah ini surah yang penting untuk wanita
- didalamnya banyak diceritakan kisah-kisah yang berkaitan dengan wanita
- surah An-Nur merupakan surah ke 24 daripada 114 surah yang terdapat dalam Al-Quran
- surah An-Nur merupakan Surah Madaniyyah kerana turunnya selepas Hijrah

"Melakukan kesalahan itu perkara biasa bagi manusia,
tetapi orang yang tidak mahu bertaubat itu luar biasa"

Slot 2 : Keluarga Inspirasi Muhammad dan Khadijah
Oleh Ustazah Zawiah Hassan dan Ustaz Dusuki Abd Rani


- keluarga Nabi Muhammad saw merupakan keluarga yang menjadi contoh / ikutan yang terbaik
- keluarga yang bahagia bukan bermakna tidak mempunyai masalah tetapi mampu menyelesaikan masalah itu dengan sebaiknya
- apabila masalah muncul, barulah kita akan merasai nikmat kebahagiaan itu
- sebagai contoh, kalau kita sihat sepanjang masa, kita tidak tahu nikmatnya rasa sihat itu
- untuk membina keluarga bahagia, bermula dengan pilih calon pasangan hidup
- jangan kahwin kerana terdesak kerana pemilihan itu yang akan menentukan berjaya ataupun tidak sesebuah rumahtangga itu
- pemilihan yang terbaik adalah yang dituntut dalam syara'
( cantik, harta, keturunan, agama )
- cari pasangan yang agama dan akhlaknya yang baik
- romantik itu sunnah Rasulullah
- matlamat berkeluarga adalah membina generasi ke syurga 
- jangan sesekali dipersoalkan kenapa kahwin lambat, kerana nikmat itu akan diberikan tepat pada masanya. 
- cari keberkatan dalam hidup berkeluarga kerana itulah beza diantara keluarga Islam dan bukan Islam
- nak cari pasangan yang baik, diri sendiri mesti jadi baik dahulu
- adakah duit menjadi faktor kebahagiaan rumahtangga? jawapannya ya! duit juga merupakan ANTARA perkara penting dalam membina keluarga bahagia
- mengikut statistik, ramai pasangan yang berpisah kerana mempunyai masalah berkaitan dengan duit (kewangan)
- suami mesti berkerja untuk mencari rezeki
- isteri juga BOLEH bekerja untuk meringankan tugas suami dalam mencari rezeki
- duit adalah salah satu keperluan pada masa kini
- ISTISYARAH (minta pendapat) dahulu, barulaha ISTIKHARAH
- ISTIKHARAH tidak semestinya dalam bentuk mimpi tetapi mungkin juga dengan kecenderungan / dipermudahkan urusan dan jalan
- mas kahwin pula, jangan disusahkan / dipayahkan
"jangan mulia sangat, jangan hina sangat" -just nice~
- pastikan rumahtangga tidak diganggu oleh syaitan, sama ada gangguan perasaan ataupun sihir
- binalah kekuatan rumatangga dengan berdoa, agar bahagia di dunia dan di akhirat
- baca doa dan hayati sepenuh hati
- jaga SOLAT untuk mendapatkan zuriat yang baik

Jawapan kepada Istikharah bukan sahaja melalui mimpi.. Bahkan kecenderungan kita terhadap apa yang diistikharahkan.- Ustaz Ahmad Dusuki.

"Kahwinlah kamu dengan wanita yang mudah urusannya. Kerana disitulah adanya keberkatan"-Mafhum hadith.

"semakin susahnya urusan, makin kuranglah keberkatannya"-Ustazah zawiah.

Slot 3 : Wanita dan Glamour
Oleh PU Rahmat, Salima Habibi dan Catriona Ross


- Populariti itu perlu ada dalam platform dakwah tetapi ianya perlu dijaga saat populariti berada di puncak
- Setiap apa yang kita minta, pasti akan dapat kalau kita minta (doa) dengan bersungguh-sungguh

"Orang yang ditimpa musibah pasti akan bersabar tetapi,
orang yang dapat nikmat belum tentu dia bersyukur"

- Wanita itu akan mendatangkan fitnah JIKA tidak menjaga maruahnya dengan sebaik-baiknya

"Buat apa yang Allah suruh dan buat apa yang Allah suka"

- Untuk mengajak sahabat dalam berbuat kebaikan, mestilah dengan adab dan akhlak yang baik yang bermula dengan diri sendiri
- Sentiasa sabar dalam melakukan / melaksanakan ketaatan
- Sedar akan hakikat kehidupan di dunia ini
- Menjadi glamour bukan perkara yang mudah malahan menerima banyak kutukan kerana setiap tindakan akan menjadi perhatian orang ramai
- GLAMOUR ini seumpama PISAU. jika diberikan kepada orang yang baik, maka pisau tersebut akan digunakan sebaik mungkin seperti memotong sayuran dan buah-buahan. tetapi, jika diberikan kepada orang jahat, maka pisau tersebut akan digunakan ke arah kejahatan seperti membunuh. 
- POPULARITI dan DUNIA ini seumpama KAPAL dan AIR. jika kita menaiki kapal, pastikan air tersebut tidak melebih paras akan air tidak menenggelamkan kapal dan akhirnya karam di dasar lautan.

"Apapun kita pada hari ini, buatlah sesuatu itu untuk agama (ISLAM)"

Slot 4 : Wanita Dalam Perspektif Maqasid Syariah
Oleh Dr Ahmad Wifaq Mokhtar


- Tiada beza antara lelaki dan perempuan kerana kedua-duanya adalah hamba

"Banyakkan bertaubat, Allah suka kepada kita"

*maaf, kerana semasa slot ini hanya banyak contengan dalam buku nota, sebab slot selepas makan tengahari dan waktu yang sangat sesuai untuk melelapkan mata* T-T

Konsert Selembut Sutera
Oleh Farid Sanullah, Ustaz Mohamad Hariri dan NowSeeHeart

di sini dikongsikan juga lirik lagu
Don't Forget Allah oleh Farid Sanullah,


Don't Forget Allah
You down and out
You just can’t come
You wanna shout 
you lost all hope
On your knees, begging please 
You turn and pray to find your way

Hey, you make doa Allah’s there 
Whoever you are, because he cares
Then you forget to say thank you Allah ,
You forget to say Insyallah 
You forget to say Subhanallah
Raise your hands 
Alhamdulillah

Let’s flashback, let’s back drive
Towards a time like yours and mine 
The story of the three 
Who'll long to be 
To who be free of their misery

To the one floor he opens the door
Gave him empty of his bounty

Then you forget to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands Alhamdulillah 

Can’t you see His promise to you 
Can’t you see His promise is true
Hold on to the rope of Allah
Don’t lose hope in Allah
If you remember Allah in prosperity
He’ll not forsake you in adversity
Be mindful of Allah 
He’ll guide you to all that His good

Then you forget, to say thank you Allah 
You forget to say InsyaAllah 
You forget to say SubhanaAllah
Raise your hands, Alhamdulillah 

Get down and out
You just can’t go 
you wanna shout 
you lost all hope
On your knees 
begging please
You turn and pray 
to find your way

Puisi Bicara Tentang Wanita
Oleh Ustaz Hariri


Bicara tentang wanita
Zaman Jahiliah sudah asyik memuja
Puja mereka puja menghina
Manis dimulut
Dikubur jua ditanam hidup-hidup.

Bicara tentang wanita
Islamlah agama yang membela
Membela dengan cinta
Cinta yang membentuk rasa
Menzahirkan makna
Membela yang hina, menjadi bidadari syurga.

Apabila kita membela wanita
Bukan kerana dipaksa
Tetapi arahan Yang Maha Kuasa
Apabila kita membela wanita
Bukan kerana hak asasi
Tetapi suruhan Nabi.

Lihatlah pada sabda Baginda
Mengangkat Khadijah isteri tercinta
Insan bertuah mendahului syahadah
Namamu Khadijah
Didalam sirah dan juga surah.

Rasulullah SAW bersabda
Khadijah beriman kepadaku, disaat orang lain ingkar kepadaku
Khadijah membenarkanku, disaat orang lain mendustaiku
Dia memberikan harta, ketika orang yang tidak beri apa-apa.

Bicara tentang wanita
Bicara tentang keberanian
Wanita bernama Ummu Aiman
Perang Uhud menjadi bukti
Nyawa digantung untuk Yang Maha Agung
Dalam suasana kelam kabut, busur panah Hibban Al-Ariyyah menusuk tubuh
Ummu Aiman Syahid
Berita ini sampai kepada Nabi
Diarah sahabat membunuh pembunuh

Lihatlah ketabahan Srikandi Sumayyah
Dengan payah mempertahankan Akidah
Dipadang pasir, terik sang mentari
Dijemur didera dipaksa Murtad
Keluarga Yaasir tetap tekad
Apa jua mereka hadap

Abu Jahal pedang menghunus
Nyawa sudah dipedang musuh
Sumayyah isytihar akidah sungguh sungguh
Ditusuk tombak tiada terperi
Terrkejut sang negeri
Malaikat menyambut di syurga firdausi
Wanuta pertama syahid menemui Ilahi

Demikian pesona cinta dan keajaibannya
Berkorban apa saja untuk agama

Asma' binti umais kembali dari Habsyah pergi menemui Rasulullah.
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya wanita berasa berputus asa".
Rasulullah bertanya, apa sebabnya?
Asma' menjawab, " kerana kebaikan mereka tidak disebut dalam Al-Quran".
Selepas itu turunlah ayat surah Al-Azhab ayat 35.

Firman Allah, "lelaki yang menyrbut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, 
Allah telah sediakan bagi mereka
keampunan dan pahala yang besar".

Duhai wanita
Nikmat mana lagi ingin kamu dustakan!

Jika ditanya bagaimana Islam membela wanita
Itulah antara kisahnya
Sempurna
Kerana Tuhan menciptakan kamu dengan sempurna
Maka sempurnakan upaya mendekati kesempurnaanNya
Jika tidak
Bererti tidak sempurna
Jika tidak, kau dustai kesempurnaanNya.
 

Slot 5 : Wanita Inspirasi Dakwah Rasulullah
Oleh Ustazah Shadiya Abbas dan Ustazah Nabilah Yusuf 


- Antara kebaikan dalam beragama adalah kefahaman dan ganjaran pahala di atas setiap perkara baik  yang kita lakukan
- Wanita pertama yang memeluk Islam adalah Khadijah
- Kalau nak berdakwah, gunakan cara yang betul : bil hikmah wal mauizatul hasanah
- Jangan menyempitkan sesuatu perkara ; Tidak salah untuk memakai pakaian yang colourful, tetapi yang menjadi salahnya adalah apabila menyalakan orang lain. Yang penting, menutup aurat!
- Bukan tugas kita sebagai manusia untuk memberi hidayah kepada orang lain
- Libatkan diri dalam perjuangan Islam ; memudahkan urusan, membantu tugasan, memberi idea (menyelesaikan masalah)
- Libatkan diri dengan pelbagai aktiviti, jangan duduk terperuk sahaja

konsep ILMU
I : orang yang berjuang perlu ada ilmu dan strategi
L : sifat Layyin (kesian) / kelembutan yang berbisa
M : maskulin - gigih, tabah, kuat berdepan dengan ujian
U : ulfah - orang yang suka bersilaturrahim, berkasih sayang dan saling berkenalan

"Berani Untuk Katakan Tidak"

Slot 6 : Air Tangan Penambat Hati ( Demonstasi Masakan )
Oleh Chef Hanielieza
Penulis Buku 1 Hari 1 Resepi



Chef Hanielieza mengajarkan cara-cara untuk memasak ;
-Salad Ayam & Makaroni
-Salah Buah Buahan
-Puding Sekelip Mata

Untuk resepi lebih lanjut,boleh lah dapatkan buku resepi beliau ataupun klik pada link di bawah ini,

Slot Khas : Wanita Inspirasi Negara 
Oleh Dr Nik Salida Nik Salleh

*sekali lagi mohon maaf kerana di slot ini tiada catatan yang dapat di kongsikan kerana terhanyut di dunia laiin buat seketika*
T_T slot selepas makan tengahari


No comments:

Post a Comment