Orang kata penantian itu satu penyiksaan.
Petang ini, ada pasar malam. Pasar malam di Bukit Beruntung ni dibuka setiap hari Rabu malam, bertempat di Stesyen bas Bukit Beruntung. Jadi, hari ini adalah hari dikecualikan untuk masak malam sebab makan malam akan dibeli di pasar malam.
Menu yang menjadi pilihan untuk hari ini adalah nasi kukus ayam dara + burung puyuh goreng (RM10), roti pita 2 (RM8), putu mayam (RM2), rangka ayam (RM4.50), laksam (RM3), dan semestinya Coconut Shake (RM5). Setelah sekian lama mencari coconut shake, akhirnya dapat juga.
Balik rumah, aku makan laksam, rangka ayam, roti pita dan coconut shake. Menu selebihnya aku simpan untuk di makan bersama dengan orang yang aku sayang apabila dia pulang malam nanti. Aku ingat dia, sebab itu aku sanggup tunggu dia walaupun sebenarnya makanan tersebut sedap dimakan ketika masih panas.
Selepas maghrib, aku dapat gambar melalui aplikasi whatsapp daripada dia. Gambar tersebut menunjukkan dia sedang menikmati makan malam, mee goreng di sebuah restoran. Aku fikir, mungkin ketika itu dia sedang terlalu lapar, dan perutnya yang kosong meminta diisi dengan segera. Balik rumah nanti, mungkin dia masih boleh menjamah makanan yang aku beli, fikirku positif.
Tidak beberapa lama kemudian, aku dapat pesanan di aplikasi whatsapp lagi. Kali ini, dia memaklumkan dia tak dapat balik malam itu, dan terpaksa bermalam di sana kerana esok pagi dia masih ada urusan yang perlu diselesaikan di sana. Kesian dia, dia terlalu penat bekerja.
Tanpa melengahkan masa, aku bawa bungkusan nasi kukus tadi, ke ruang tamu. Hai lah nasi... 😏😏 Televisyen di pasangkan, dan aku menikmati nasi kukus tersebut dengan caraku tersendiri. Suapan demi suapan... akhirnya habis juga sebungkus nasi kukus itu.
Bila aku fikirkan semula, tinggi sangat impian dan harapanku. Berangan lebih.. 🤗 Tak sedar diri..
Ternyata, akulah si bodoh itu, dan akulah yang berharap itu.
No comments:
Post a Comment