Wednesday, October 5, 2016

Warisi Bakat Seni Ibu

Semakin lama, aku semakin sedar. Bakat seni yang ada pada diriku ini, aku warisi daripada ibuku. Walaupun cabang kami berbeza, tetapi masih dalam bidang yang sama iaitu seni.
.
.
.
Ibu mempunyai kemahiran seni memasak, seni menyulam, seni melukis, seni solekan muka dan beberapa lagi.
.
.
.
Aku pula meminati seni menulis, seni melukis/mewarna, seni fotografi, seni photoshop/after effect (editing) dan seni memasak. Mungkin tahap aku belum tahap pakar, tetapi bidang seni ini seakan sudah sebati dalam diri.
.
.
.
Ye la, sejak aku sekolah tadika lagi, aku sudah didedahkan dengan bidang seni ini. Aku diajar dan dididik dengan cara menyertai pertandingan melukis / mewarna / menulis untuk sebuah majalah kanak kanak suatu ketika dahulu iaitu majalah ALONG.
.
.
.
Sehingga sekarang (2016), keratan majalah yang terpampang kemenangan  hasil karya aku dan adik masih tersimpan kemas dalam fail. Ibu pernah cakap, setiap kali ada pertandingan, mesti ibu suruh kami turut serta. Aku fikir, usaha ibu itu berjaya kerana sehingga sekarang aku masih menyertai mana mana pertandingan yang dianjurkan, cuma nasib kurang menyebelahi aku apabila aku jarang memenangi mana mana pertandingan.
.
.
.
Jujur cakap, jauh disudut hati, aku suka bidang ini dan tidak mustahil satu hari nanti aku boleh berjaya dengan bidang ini jika aku dapat sokongan orang disekeliling aku.
.
.
.
Seni, itulah diri aku. -Syairah Akmal-


No comments:

Post a Comment