Monday, January 23, 2017

Harus Kuat

Image result for cekalkan hati quote


semasa masih dalam tempoh pengajian di IPT hari itu, ada seorang kawan ini, dia ajak pergi travel.
mengikut perancangan awal, nakpergi travel ke negara Eropah. 
pergh! angan-angan tinggi..
siapa yang tak teruja nak pergi negara orang, kan? 
tetapi, kewangan menjadi halangan ketika itu. 

kawan kongsikan tips menabung yang belum pernah diketahui di mana-mana. 
( mungkin tips ini dah viral, cuma aku sahaja yang tak tahu )
dia kata, kalau nak tabung itu cepat 'berisi', kena disiplin.
disiplin itu penting. 

dia cakap, kalau jumpa duit yang rare, kena terus simpan.
aku pon hairan. rare?
ha'ah, rare.
dia bagi contoh, kami sekrang berada di universiti.
so, kalau jumpa duit yang warna jarang jumpa, terus simpan. 
duit yang warna jarang jumpa ini merujuk kepada RM 5 (hijau), RM 20 (kuning). 
RM 1 (biru) ini warna yang biasanya memang akan dijumpai dalam purse seseorang yang bergelar student. hehehe.. faham2 la..

bila dah tahu tips itu, terus buat. 
setiap kali jumpa sahaja RM 5, terus asingkan dari purse. 
kumpulkan dalam satu tempat. 

sehinggalah masanya tiba nak book tiket flight, yang kononnya nak pergi travel tadi,
duit masih tak mencukupi. 
so, bila bincang2 balik, tak jadi pergi Eropah. tukar negara lain yang kosnya lebih rendah. 
bincang2, kata sepakat nak pergi Korea. 
malangnya, tak dapat green light dari parents pula. 
so, mereka sahaja yang pergi travel ke Korea itu, ala backpackers. 

tetapi, dapat merasa juga hasil simpanan tabung tadi itu,
apabila kami berjaya pergi ke Pulau Perhentian. 

sekarang, bila dah mula bekerja,
memasang impian di hati mahu upgrade simpanan memandangkan lebih banyak tanggungan yang perlu diselesaikan. 
kereta (sefivice, minyak, tol ), utiliti ( telefon, air, elektrik )
tambahan pula, sekarang ini semuanya naik harga.
*aku yang naik minyak!*

perancangan pada awal tahun 2017,
setiap kali dapat RM 5 DAN RM 20, terus asingkan dari purse. 
RM 5 itu masih boleh disiplin,
tetapi setiap kali nak asingkan RM 20 itu dari purse, pedih sahaja rasanya. 

macam mana tak pedih,
keluarkan dari purse, RM 50 nak bayar nasi kukus RM 5.
baki dapat RM 20 + RM 20 + RM 5. 
kalau semuanya masuk tabung, apa yang tinggal ? hua...
benda ini bukan terjadi sekali, tetapi berkali-kali.

kadang-kadang, langgar juga peraturan simpan RM 20 itu.
terguna untuk kelangsungan hidup hari berikutnya. 
hahaha...

serius, hati kena kuat nak buat benda ini.
memang susah, tetapi akhirnya Insyaallah berjaya!

aku harus kuat!

insan kuat,
syairah

No comments:

Post a Comment