Sunday, January 22, 2017

'Watermark' : Mudah dan Pantas

post ini di tulis sebaik sahaja selesai mencuba tips yang Mr Youtube ajarkan.
finally, setelah sekian lama buat kajian dan pembacaan,
jumpa juga cara yang paling mudah dan pantas untuk buat watermark pada gambar yang banyak. 

sebagai part time fotografer,
terlalu banyak gambar yang perlu diletakkan watermark sebagai kredit kepada diri sendiri.
jika menggunakan adobe photoshop untuk letakkan watermark tersebut satu per satu, memang tak sempat untuk kerja dateline. 

pernah juga terbaca post orang lain,
di mana mereka menggunakan adobe illustrator untuk buat watermark pada gambar yang banyak.
masalahnya, laptop sekarang ini tak ada adobe illustrator. 
nak install yang trial, tak best.

jadi, terjumpa video di youtube.
beliau hanya menggunakan adobe photoshop dan adobe bridge untuk buat watermark tersebut.
cara yang ditunjukkan juga sangat mudah difaham dan diikut.
akhirnya, masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan.

jutaan terima kasih ditujukan kepada empunya video di youtube ini. 
so, disertakan juga link cara-cara untuk buat watermark tersebut. 

Good night,
syairah

No comments:

Post a Comment