Friday, May 11, 2018

Cerita PRU14

tahun 2018 adalah tahun pertama sebagai pengundi untuk Piliharan Raya Umum ke 14 Malaysia.

ingat lagi, hari itu daftar sebagai pengundi di Pejabat Pos Setia Alam pada 8 September 2016
kebetulan ada masa terluang, daftar terus. sebab risau kalau tangguh2 nanti terlepas peluang.
peluang yang datang lima tahun sekali. jadi, rugi kalau disia-siakan begitu sahaja.

selepas sudah sah berdaftar sebagai pemilih, kerap kali aku mengingatkan rakan-rakan sebaya untuk pergi daftar juga. sebab, ada di kalangannya yang memandang mudah perkara ini. 

"kau bisingkan pemerintah sekarang,
tetapi kau tak pergi daftar pemilih, kau tak pergi tunaikan tanggungjawab kau sebagai pengundi,
buat apa ? sia-sia sahaja kau bising, tetapi tiada tindakan !"

hasil bebelan itu, ada beberapa orang yang turut pergi daftar sebagai pengundi. 

9 Mei 2018 adalah hari penentuan untuk Malaysia : PRU ke 14

rakan-rakan yang berasal dari Johor, Terengganu, Kelantan juga tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi walaupun hari pengundian ditetapkan pada hari RABU

jalan raya ( highway ) sesak seperti musim hari raya Aidilfitri. sebab juga tengok google maps, dari Shah Alam menuju ke arah utara, MERAH di kebanyakkan laluan. berita di radio turut melaporkan sesak dari arah Hospital Sg Buloh menuju ke Bukit Beruntung pada 8 Mei 2018. 

bila fikirkan semula, hanya kerana satu undi, setiap rakyat Malaysia sanggup harungi semua ini. inilah antara pengorbanan kita untuk NEGARA tercinta. jika bukan untuk diri kita sendiri, tetapi untuk GENERASI kita akan datang. masa depan mereka terletak di tangan kita. 

cerita sebelum pilihan raya, ada seorang rakan tanya, 
"kau rasa, KITA boleh menang ke ?"
"insyaallah boleh, kalau kita bertanding dengan jujur"

ada pula kisah rakan yang lain,
"ala, malaslah nak balik mengundi. sebab dah tahu dah siapa yang menang. KITA tak ada peluang punya. selagi taktik kotor itu wujud, kita tak boleh menang"
"KITA belum cuba, belum tahu. JANGAN mengalah selagi KITA tidak berusaha. usaha selagi mampu"

oke, back to cerita kali pertama pergi mengundi,
lebih kurang jam 10 pagi, dah sampai ke pusat pengundian.

seperti biasa, barisan yang sangat panjang dan berliku-liku.
terus cari saluran 9 sebab dah siap-siap semak dalam laman web, jadi tak perlu beratur untuk tahu saluran mana.

dengan panas terik mentari, payung lupa nak bawa, air minuman pun lupa nak standby - memang kering. seriously !
teringat zaman sekolah bila terlibat dengan perbarisan rumah sukan.

SABAR - itu sahaja yang termampu.

penat, haus, sakit kaki, berpeluh - dugaan dan cobaannn ( bak kata p ramlee )
tetapi masih tetap setia beratur menunggu giliran untuk mengundi. 

selesai mengundi lebih kurang jam 11 lebih, 30 minit terlebih daripada assumption awal. ( sebab ingatkan boleh selesai dalam 10.30 pagi )

selepas selesai terus balik rumah, packing barang nak balik kampung sebab cadang nak 'meraikan' kemenangan di kampung.

bermula jam 8.30 malam dah on tv, siaran astro awani
menunggu dengan penuh debaran dan pengharapan.

pengharapan sebab mengharapkan hari khamis cuti,
sekurang-kurangnya untuk selangor.

sehingga jam 12 malam, keputusan penuh PRU14 masih belum lengkap lagi, dan masih belum diketahui siapa yang akan menjadi kerajaan untuk Malaysia.

pada masa yang sama, go live streaming di laptop.
terlalu tidak sabar untuk mengetahui keputusan sehingga tidak mampu untuk melelapkan mata.
sedangkan hari khamis itu masih belum konfirm cuti, bermakna akan kerja.

bersambung.. 

No comments:

Post a Comment