selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada seluruh umat Islam,
khususnya di Malaysia.
rabu 16.05.2018
adalah hari pertama seluruh muslimin dan muslimat menunaikan solat Terawikh
berikut di sertakan sedikit perkongsian tazkirah daripada ustaz :
bersyukurlah kita kerana dikurniakan nikmat IMAN dan ISLAM
"Nikmat pagi ini yang harus kita syukuri adalah nikmat iman, dan islam serta nikmat hidup, kerana Allah telah memberikan kita kesempatan untuk ibadah lebih baik lagi."
bulan Ramadhan adalah bulan di mana segala pahala amal kebaikan akan dilipat gandakan
kita tidak tahu,
adakah akan ada Ramadhan lagi untuk kita pada masa hadapan ?
atau
mungkinkah ini Ramadhan terakhir kita ?
sama-sama kita perbanyakkan doa,
agar kita semua dikurniakan KHUSNUL KHOTIMAH iaitu pengakhiran hidup yang baik,
insyallah
nota kaki : kurangkan mem"BAWANG" di bulan Ramadhan. lebihkan BAWANG ORI dalam juadah berbuka nanti.
selamat bersahur dan selamat berpuasa.
jangan lupa niat puasa ye.
No comments:
Post a Comment