Thursday, February 2, 2017

Being brave means doing what you are afraid to do.

"Be brave, take risks. Nothing can substitute experience."

JJMA Tasik Kenyir.

aktiviti houseboat di Tasik Kenyir adalah antara permulaan yang baik untuk tahun 2017 dan tentunya menjadi kenangan yang terindah dalam hidup. bila dah balik rumah, rasa macam tak percaya yang trip itu sebenarnya sudah berjalan dengan jayanya. 

jujur cakap, ada sahaja perkara2 negatif yang muncul di fikiran sebelum trip ini berlangsung. macam2. tapi, tak pernah terluah kepada siapa2 pun. hanya diamkan dalam hati, dan jadikan ianya sesuatu yang positif. usaha sehabis baik, dan seterusnya berserah kepada Allah. 

dalam banyak2 aktiviti semasa di houseboat, yang paling best dan paling puas hati adalah...
MEMANCING !

memang sejak dari zaman sekolah lagi, boleh dikatakan hobi aku memancing.
tetapi bukanlah sampai tahap 'kaki pancing' yang pergi ke dalam hutan, cari lubuk2 ikan.
untuk saja suka2 isi masa lapang di kampung halaman. 
tetapi sejak kami sekeluarga pindah rumah, dan arwah atuk, nenek dan embah sudah tiada,
aktiviti ini semakin jarang dilakukan.
parit2 di kampung pun sudah semakin cetek airnya berbanding zaman dulu. 
bila difikir2 kan semula, aku bertuah dapat merasa zaman itu berbanding budak2 zaman sekarang yang lebih kenal gadget. oh no!

ok, berbalik semula kepada topik di atas.
memancing di Tasik Kenyir.

jujur cakap, aku memang tak tahu sangat ilmu memancing.
setakat basic skill tu ada la.
tapi, kalau tanya mata kail ini untuk ikan apa, ikan jenis ini sesuai umpan macam mana, memang aku surrender. 
hahaha...
so, untuk aktiviti memancing di Tasik Kenyir ini, antara persediaan yang aku buat adalah seperti berikut ;

joran - pastikan joran dalam keadaan baik seperti tali joran dan mata kail. mana2 yang dh berhabuk itu dibersihkan. mana2 bahagian pancing yang dah berkarat itu perlu diganti ataupun diminyakkan. 

mata kail - pelampung - batu ladung

umpan - sebelum nak pergi memancing, bolehlah google dulu mana2 yang patut. hehehe.. untuk memancing kali ini, aku gunakan umpan cengkerik. ada pilihan lain seperti cacing tanah / dedak / gewang / anak ikan / udang putih. tetapi aku lebih prefer untuk gunakan cengkerik berbanding cacing tanah. jangan tanya kenapa..hohoho. 

alatan tambahan - bawalah alatan seperti pisau / gunting / playar / sarung tangan / apa2 yang dirasakan perlu. 

kepada warga bukit beruntung / bukit sentosa, pelbagai kelengkapan memancing boleh didapati di kedai berikut. umpan seperti cengkerik pun ada dijual di sini.
RM 1 = 15 ekor cengkerik
so, aku beli RM 2 untuk bekalan ke tasik kenyir. untuk bagi cengkerik itu dapat bertahan selama dua hari, aku pindahkan dari plastik ke balang yang penutupnya di lubangkan. 

aku ingatkan kalau orang yang kerja di kedai memancing ini, dia orang ada ilmu memancing. rupanya tak. mereka hanya menjual alatan memancing.
tetapi yang panas hatinya, bila aku nak beli mata kail dan umpan hari itu,
boleh pula dia tanya, "siapa yang nak memancing?"
eh, hello? jangan pandang orang sebelah mata, ok? mentang2 aku perempuan, dan kebetulan aku datang kedai itu membeli alatan memancing sorang2. apa orang perempuan tak boleh memancing ke?
aku jawab la, "saya yang nak memancing" 
dia tanya lagi, "selalu siapa yang pasangkan tali?" 
dalam hati dah berasap dah. "kita orang (aku dan ayah) yang buat sendiri,"


selepas makan tengahari, dan aktiviti dalam tentatif adalah free & easy,
mana2 yang rasa nak berenang itu, siap2 tukar pakaian renang dan tentunya kena pakai life jacket.
yang tidak minat renang pula, ada yang menonton televisyen, ada yang lelapkan mata, rehat.
aku? hurm, apa lagi, siapkan senjata aku la..
buka joran. tiga joran aku pasang.
tidak sampai satu jam, mengena umpan aku.
staf houseboat ada cakap, musim hujan dan air tasik tengah tinggi ini, susah sikit nak dapat ikan. 
alhamdulillah, rezeki aku hari itu. 

inilah hasil.... 
jeng jeng jeng....


bila aku dapat ikan, riuh rasanya sebab terlalu excited...hahaha..
bila ayah yang dapat ikan, bertenang sahaja ayah bagi tau dah dapat. 


kalau suruh aku pasang umpan (sama ada cacing tanah/cengkerik), tolong angkat joran, aku tak ada masalah, walaupun cengkerik itu boleh gigit jari aku.. *sakit*
tapi bila ikan dah naik, aku serahkan kepada ayah.
ayahlah yang tolong siangkan ikan itu.... hahaha.. bukan tak reti, tapi orang yang lebih pakar, kita bagi la kepada yang lebih pakar...
so, kepada bakal en suami, pastikan anda tahu siang ikan ea... eh? #tetiba #siscuba

secara keseluruhannya, ayah dapat dua ekor ikan, aku dapat enam ekor ikan. 
i'm happy walaupun niat di hati mengharapkan ikan2 besar yang menyambar. 
tak salah kan kalau berangan, tetapi diiringi dengan usaha..hehehe

"Just be kind and brave. That's all you ever need to be."

to be continued...

No comments:

Post a Comment