Thursday, February 2, 2017

If you can dream it, you can do it.

"The distance between dreams and reality is called action."

JJMA Tasik Kenyir

di sepanjang perjalanan di Tasik Kenyir,
terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati seperti berikut ;

Taman Herba


Review Taman Herba ;
best dan sangat sesuai untuk pencinta alam sekitar. pemandangan yang sangat mendamaikan. di situ juga pengunjung boleh mengenali jenis-jenis herba yang ada. setiap pokok herba diletakkan 'tagging' nama dan sedikit huraian.
pengunjung juga boleh merasa air herba yang disediakan oleh pihak pengurusan Taman Herba di pondok harmoni.
tetapi, mengikut kata mereka yang mencuba air herba tersebut, air tersebut tidak rasa pahit seperti yang selalu disignifikasikan dengan rasa air herba. rasa tawar/plain seperti minum air mineral. 

Air Terjun & Jambatan Gantung


Review Air Terjun & Jambatan Gantung ;
disebabkan waktu trip kami datang ke tasik kenyir ini musim hujan/tengkujuh, adalah sangat tidak digalakkan untuk bermandi mandi di sekitar air terjun. sekadar datang dekat, ambil gambar dan celup2 kaki, masih boleh. air yang mengalir sangat2 desar.


Taman Rama-Rama / Butterfly Island


Review Taman Rama-Rama ;
sejujurnya, taman rama-rama ini krik krik.
kalau melihat kepada bangunan Butterfly Island ini, dahulunya taman rama-rama ini menggunakan tiket masuk dan mungkin juga bayaran dikenakan untuk masuk ke taman ini. 
namun, mungkin kerana tiada sambutan yang menggalakkan, sekarang untuk masuk taman ini adalah percuma. ya, percuma!

tetapi, jangan risau. korang masih boleh lihat rama-rama di taman ini. idea asal taman rama-rama ini masih dikekalkan. jika ada rezeki, korang boleh nampak rama-rama tersebut menghisap madu pada bunga-bunga yang terdapat di taman tersebut. 

oh ya! untuk lihat lebih banyak gambar2 di Tasik Kenyir, boleh klik link berikut atau search Facebook Page Photography by Syaihan Enterprise, dan klik album photo JJMA Cuti Tahun Cina 2017.


LIKE - SHARE - COMMENT ya!

to be continued...

No comments:

Post a Comment