Wednesday, February 1, 2017

Let's find some beautiful place to get lost.

"You don't need magic to disappear, all you need is a destination."

quote di atas ini memang kena sangat dengan situasi semasa trip di Tasik Kenyir.
tidak pasti coverage dari rangkaian lain tetapi Celcom punya memang zero apabila houseboat sudah jauh meniggalkan darat. sesekali tu boleh dapat satu atau dua bar coverage apabila houseboat menghampiri pencawang telefon.


X-Army 8318 Houseboat Tasik Kenyir Terengganu

jika dilihat dari sudut positif,
sekurang-kurangnya seluruh ahli trip ini dapat meluangkan masa berkualiti bersama berbanding asyik nak mengadap gadget di kebanyakan masa.

untuk trip Houseboat di Tasik Kenyir ini, kami menggunakan perkhidmatan daripada
X-Army 8318 Houseboat Tasik Kenyir Terengganu.
( facebook page link ada disertakan di atas )

ikhlas dari hati, majoriti ahli trip kami bersetuju untuk berikan 9/10 bintang untuk perkhidmatan yang diberikan sepanjang trip ini berlangsung. ada sedikit2 kekurangan itu perkara biasa sebab tiada siapa yang sempurna, kan?




staf yang bertugas juga sangat sporting dan tidak berkira dengan kami.
tempat dan fasiliti yang bagus.
houseboat ini dilengkapi dengan kemudahan bilik tidur, dapur, tandas, bilik mandi, dan ruangan santai. perkhidmatan ini kami boleh cadangkan kepada sesiapa yang mahu mencuba houseboat di Tasik Kenyir.



"Personal beauty is a greater recommendation than any letter of reference."

to be continued...

No comments:

Post a Comment