"Respect is for those who deserve it, not for those who demand it."
semasa zaman tadika dan sekolah rendah dahulu, ada Siti Sifir yang popular menerusi rancangan A.L.O.N.G.
kemudian semasa zaman sekolah menengah pula, negara digemparkan dengan kehebatan Adi Putra dalam bidang matematik.
baru2 ini pula, aku terjumpa dengan pakar kalkulator. hahaha.. klik video berikut :
pagi hari Isnin, iaitu hari ketiga kami di Terengganu, kami singgah di Kedai Makan Bibi Ana untuk sarapan.
kalau tengok secara luaran. kedai makan ini biasa2 sahaja.
tetapi sangat ramai orang yang datang.
mungkin sebab kedai makan ini antara yang terawal buka di kawasan itu, ataupun mungkin sebab kedai makan ini memang menyediakan makanan yang sedap2.
antara menu yang kami order adalah seperti berikut ;
bila aku nampak kedai ini ramai sangat orang, dan pekerja di kedai makan ini seakan tidak menang tangan melayan pelanggan, aku snap gambar setiap makanan kita orang, sebab aku fikir, nanti bila masa nak bayar makanan ini, dia tanya balik kita makan apa.
what?? mana nak ingat, semua dah masuk dalam perut..hahaha
kita orang dah terkena dua kali untuk trip di Terengganu ni. masa nak bayar, orang di kaunter bayaran tanya, "makan apa ya?"
kalau setakat makan seorang, boleh tahan lagi. tetapi kami 13 orang tau.
jadi, bila nak bayar, tinggal tunjuk sahaja gambar makanan yang kita orang dah makan. senang kan?
hehehehe...
kalau korang tanya apa keunikan kedai ini, jawapannya ada pada video di atas.
makanan di kedai ini bagi aku just nice! tak adalah tahap luar biasa sedap.
to be continued...
No comments:
Post a Comment