Wednesday, November 15, 2017

Selangor Fruits Valley - kisah kami

apa yang nak di kongsikan dan di ceritakan kali ini adalah kisah yang terjadi kepada kami sekeluarga
bukan dengan niat mahu menjatuhkan atau memburukkan pihak lain
sekadar perkongsian untuk semua

al kisahnya, kami sekeluarga telah pergi ke 
Selangor Fruits Valley
selepas terbaca posting viral tentang tempat ini di faceboook
dan kebanyakan komen netizen di posting tersebut semuanya teruja nak ke sana juga

alhamdulillah diberi peluang ke 
Selangor Fruits Valley pada 12 November 2017, Ahad
kami pergi dua buah keluarga, seramai 7 orang
yang terdiri daripada 5 dewasa dan 2 pelajar

harga tiket masuk adalah RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk pelajar ( dengan syarat, bawa kad pelajar sebagai bukti )

nak masuk ke dalam kawasan lawatan, ada disediakan train
perlu menunggu giliran sebab train tak banyak

kami sekeluarga sampai di kaunter tiket lebih kurang jam 11 pagi macam itu,
dengan matahari yang semakin terik, memang penat sikit menunggu

seperti yang di viralkan,
di dalam Selangor Fruits Valley itu memang ada banyak jenis tanaman buah-buahan dan herba-herba,
ada juga taman arnab, taman rusa
memang sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak dan keluarga datang ke sini
boleh belajar banyak mengenai tanaman buah-buahan

tetapi sayangnya tanaman buah-buahan itu belum meriah dengan hasilnya
kebanyakkan, pokok-pokok yang baru di tanam
Selangor Fruits Valley ini pun baru sahaja di buka semula untuk kunjungan orang awam
jadi banyak fasiliti dan kemudahan yang baru dan ada juga yang masih belum berfungsi sepenuhnya

dan lebih menyedihkan lagi, 
kami sekeluarga terpaksa berempuh dan saling menolak antara satu sama lain ketika mahu menaiki truck dari stesyen transit untuk masuk ke ladang

ini disebabkan oleh masalah teknikal yang dihadapi pihak pengurusan

kami sudah membuat aduan kepada pihak pengurusan 
dan pihak pengurusan juga sudah memohon maaf atas kekurangan yang berlaku
ini kerana mereka sangat tidak menjangka 'crowd' yang datang pada sabtu dan ahad minggu itu

senang cerita, mereka tidak menang tangan melayan pengunjung, lebih-lebih lagi train tambahan yang dipohon untuk menambah baik fasiliti di situ juga belum tiba lagi

secara keseluruhan, tempat ini sangat best dan sesuai untuk tenangkan diri dan bersantai bersama keluarga
HANYA JIKA pihak pengurusan memperbaiki kelemahan mereka secepatnya dalam masa terdekat ini

sekian sahaja perkongsian untuk kali ini
terima kasih

( sekali lagi di iingatkan, posting ini sekadar perkongsian kami semasa lawatan pada 12 November 2017 ) 

No comments:

Post a Comment