Tuesday, November 14, 2017

Hutang

Image result for quotes on hutang
(gambar sumber google images )

realiti masyarakat zaman sekarang ini kan
orang yang memberi hutang itu yang serba salah untuk menuntut hutang
sedangkan yang berhutang itu boleh bergembira tanpa ada rasa bersalah kerana hutang yang ditanggung

orang kata,
"ukur baju di badan sendiri"

jadi, sebelum berhutang itu, fikir-fikirkan kemampuan sendiri untuk membayar semula

walaupun satu sen
walaupun seringgit
walaupun sepuluh ringgit
apatah lagi ribu ribu dan jutaan ringgit

begitu juga dalam bisnes perkhidmatan/service
apabila kita sebagai pengguna,
dah dapat hasil yang diinginkan
teruskan bayar hasil usaha tersebut
jangan dibiarkan ianya berlalu begitu sahaja
orang berpengalaman cakap,
"jangan sampai peluh ( keringat / penat lelah ) mereka kering"

mungkin sebagai pengguna,
kita boleh beralasan 'belum ada duit' untuk bayar perkhidmatan tersebut

tetapi, 
cuba fikirkan pula dari sudut pandangan orang yang menyediakan perkhidmatan dan service tersebut
mungkin dia ada anak2 kecil di rumah yang perlu diberi makan
mungkin dia ada ibu bapa yang perlu dirawat dengan segera
mungkin dia terpaksa mengikat perut beberapa hari kerana menunggu 'hasil' tersebut

letakkan keutamaan di mana yang sepatutnya

jangan kerana tindakan kita,
menyebabkan kisah duka kepada orang lain

jika kita tidak mampu menjadi seseorang yang menghapuskan kedukaan orang lain, janganlah pula kita menjadi seseorang yang menambahkan lagi kedukaan itu


No comments:

Post a Comment