Sunday, June 24, 2012

dUhAi SaHaBaT~


Dalam dunia ini, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.


Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa, tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.


Renungilah….terima kasih padamu sahabatku...


P/S: buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah diriku...


Memutuskan Tali Silaturrahim

Sebagai seorang Islam, sewajarnyalah kita memohon kemaafan kepada seseorang jika kita telah melakukan kesalahan terhadapnya. Jika kita telah minta maaf terpulanglah kepada orang tersebut, apakah ia ingin memaafkannya atau sebaliknya, kerana selaku manusia kita tidak dapat terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Tapi jangan pula kita memutuskan tali silaturrahim lantaran sikapnya yang acuh tak acuh.

Memutuskan silaturrahim menyebabkan seseorang memperoleh hukuman dengan segera ketika berada di dunia lagi. Sebagaimana  diterangkan dalam sebuah hadis daripada Abu Bakar ra. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

Sesungguhnya tidak rugi jika kita sentiasa mempererat tali silaturrahim, kerana ia menyebabkan dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Siapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia memelihara hubungan silaturrahim”.
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

artikel seterusnya adalah salah satu artikel harun yahya.

Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

“Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh.”
(Surah al-A’raf [7]:199)

Dalam ayat lain Allah berfirman:
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahwa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah an-Nur [24]:22)

Mereka yang tidak mengikuti ajaran mulia Al Qur’an akan merasa sulit memaafkan orang lain. Sebab, mereka mudah marah terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahwa memaafkan adalah lebih baik:

“… dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(Surah at-Taghaabun [64]:14)

Juga dinyatakan dalam Al Qur’an bahwa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(Surah asy-Syura [42]:43)

Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur’an,

“…menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.”
(Surah ali-‘Imraan [3]:134)



Friday, June 15, 2012

PerLu Ke? [Mesti baca..]

“Sekarang dah sampai pasar. Nak cari apa ye?”
“Masih di office. Stresss….”

****************************************************************
Persoalannya, perlu ke nak update status fb kita dengan setiap tingkah laku kita? Di mana perlu nya? Ana teringat satu kisah daripada sahabat ana. Mungkin kisah ini boleh menjadi iktibar kepada kita semua. 

Kisahnya begini. Namanya ‘Michel’ (bukan nama sebenar). Michel ini salah seorang pengguna laman sosial yang tegar. Setiap apa yang dilakukan, dimana dia berada, semua di tulis dalam laman sosial miliknya. Maklumat peribadi seperti tempat tinggal, tempat kerja dan nombor telefon juga turut disertakan dalam bahagian profile di laman sosial miliknya. 

Michel tinggal bersama dua orang rakannya di sebuah rumah sewa. Pada suatu hujung minggu, mereka bercadang untuk pergi melancong. Seperti biasa, Michel akan menulis apa-apa yang terlintas di fikirannya di laman sosial. Pada pendapatnya, dia hanya ingin berkongsi pendapat dengan rakan-rakan di laman sosialnya itu. Tidak lebih dari itu. 

Pada Sabtu pagi, mereka bertolak ke sebuah tempat pelancongan yang agak jauh juga perjalanannya. Kemudian, hari Ahad malam, Michel dan rakan-rakannya pulang semula ke rumah selepas habis bercuti. 

Apa yang memeranjatkan mereka, pintu rumah tidak berkunci dan hanya ditutup rapat sahaja. Lebih menyedihkan, segala barang berharga mereka seperti televisyen, komputer riba, radio dan jam tangan mereka hilang. Yang peliknya, rumah mereka tidak digeledah jika hendak mengatakan rumah mereka dimasuki pencuri. Semuanya tersusun kemas. Cuma barang-barang berharga itu yang tiada di tempatnya. 

Michel bertanya kepada jiran sebelah rumah mereka mengenai hal tersebut. Jiran mereka memberitahu bahawa memang dia ada nampak orang memunggah barang ke dalam lori pada hari Sabtu malam yang lepas. Apabila ditanya salah seorang daripada mereka yang sedang memunggah barang itu, katanya Michel dan rakan-rakan hendak pindah rumah. Jadi, jiran tersebut tidaklah mencurigai apa-apa memandangkan Michel tidak meninggalkan sebarang pesan kepada jiran tersebut bahawa mereka pergi bercuti. 

Michel membuat laporan polis berkenaan kejadian itu. Selepas sebulan, penjenayah berjaya di tangkap. Rupa-rupanya, penjenayah tersebut merupakan rakan Michel juga iaitu Duchan (bukan nama sebenar). Selepas disoal siasat, Duchan membongkarkan rahsia yang sebenar. Duchan adalah rakan Michel di laman sosial facebook. Bila Duchan mengetahui Michel pergi bercuti melalui laman sosialnya, dan rumah yang didiami Michel kosong, Duchan mengatur perancangan ingin merompak rumah Michel. Lebih memudahkan rancangan Duchan apabila Duchan beberapa kali pernah melawat Michel di rumah terbabit. Segala selok belok rumah memang sudah diketahui. 

Sejak daripada peristiwa itu, Michel sedar segala kesalahannya. Michel turut membuang segala akaun laman sosialnya. Michel sudah serik dengan segala perbuatannya.

**********************************
Jadi, iktibar yang boleh diambil daripada kisah diatas ialah hendaklah menggunakan laman sosial dengan sebaik mungkin. TIDAK perlulah untuk mengupdate segala perbuatan kita. Jika laman sosial ini digunakan dengan sebaik mungkin, kita akan mendapat faedah daripadanya Insyaallah. 

Selain itu, janganlah berat mulut untuk menitipkan pesan kepada jiran atau AJK rondaan kawasan perumahan agar menengok-nengokkan rumah kita semasa ketiadaan kita. Pelbagai perkara boleh berlaku semasa ketiadaan kita di rumah.

Thursday, June 14, 2012

SeMpUrNa??

mula2 baca kartun ni, tergelak juga..agak lucu...(^_^)
:: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.





Begitulah juga...

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...




Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya,
mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan - Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..??
Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi dan
kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..??
Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL :')

 #copy paste dari sahabat..

SaBaR..

Pujuklah dirimu apabila kamu menghadapi musibah dengan mengatakan;
" ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Allah telah mengatur segalanya yang terbaik untuk aku..maka aku perlu bersabar dengan apa yang berlaku "

Pujuklah dirimu apabila kamu di fitnah dengan mengatakan;
... " aku tidak bimbang apabila makhluk menjauhi aku asalkan Engkau Ya Allah Sentiasa bersama denganku "

Pujuklah dirimu apabila apa yang dihajati tidak tercapai dengan mengatakan;
" Aku hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya dan pilihan Allah lebih baik daripada pilihanku,"
 

Wednesday, June 13, 2012

BiCaRa HaTi

Janganlah kamu melihat SIAPA yang post , akan tetapi ,
LIHATLAH APA yang dipost & dikongsikan
 " sampaikanlah, walau sepotong ayat " - (Hadith)


Janganlah kamu melihat & menilai dirinya yang DAHULU , akan tetapi ,
  LIHATLAH & NILAILAH dirinya yang SEKARANG
" kerana berkemungkinan, dia sudah bertaubat & lebih mulia di sisi Allah "


Janganlah kamu memilih kawan2 yang SEKEPALA , akan tetapi ,
...berkawanlah dengan semua orang , walaupun TIDAK SEKEPALA


" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu , kerana sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui "


( AL-BAQARAH : 216 )

  "~ Bila segala perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan... SENYUMlah dan INGATlah.. MANUSIA merancang dengan CITA-CITA, tapi ALLAH merancang dengan CINTA ~"

JODOH adalah rahsia Allah, kita MERANCANG dan Allah pun turut sama merancang..

kita TIDAK PERNAH tahu apa yang bakal berada di hadapanku kelak, dan apa PENGAKHIRAN yang Allah inginkan buat kita, buat hidup kita..

sebenarnya perancangan Allah mengatasi perancangan kita sendiri..buat apa terlalu memikirkan sangat.....kita LALUILAH kehidupan seperti biasa..permulaan itu bermula dari kita, dan pengakhiran itu akan Allah TENTUKAN kelak..BERDOALAH semoga PENGAKHIRAN itu adalah sama seperti yang dirancangkan dan yang TERBAIK dalam hidup...


~ Belum dikatakan dia JODOH kita selagi ‘AKAD’ tidak TERTUNAI ..kadang PERTEMUAN itu ada namun JODOH itu tetap menjadi RAHSIANYA lagi...;)


 ♥♥ Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis,,menangis latak semua air mata bererti lemah..

♥ ♥ Menangis dan sedih bukanlah bermakna kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan.

♥ ♥ Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.

♥ ♥ Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...

♥ ♥ Percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.....

♥ TETAPI Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. ♥ 

>> post kali ini adalah hasil kerja 'copy&paste' untuk renungan bersama...

Wednesday, June 6, 2012

kEk CokLaT cAiR dI MuLuT

bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan mentega cair
2 cawan gula perang

bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

bahan C
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

krim coklat
1 cawan susu pekat
2 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan mentega

# kalau nak buat kek yang besar, gunalah cawan yang besar untuk sukatan bahan2 di atas...



Monday, June 4, 2012

mEmAnCiNg iKaN

sabtu
berfikir aktiviti yang ingin dilakukan pada hari ahad
ting!
ayah bagi idea
< jom pergi memancing!>
that's a good idea

ahad [pagi]
packing segala keperluan yang perlu dibawa
mudah-mudahan, murah rezeki kami hari ini

ahad [tengahari]
let's go
perjalanan dimulakan
dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain
mencari tempat 'berkumpul' para ikan..hehe..

 budak baju merah ni hampir2 dah putus asa...
tapi, bila dia dah dapat seekor ikan, semangat dia berkobar-kobar..
fuhh~


alhamdulillah, ada rezeki kami untuk hari ini..
jadilah nak buat lauk makan malam..
ikan puyu, ikan talapia....yummy!!

apa yang penting, kita dapat ambil pengajaran dari apa yang kita buat,
hargailah dan syukurilah nikmat yang dikurniakan kepada kita,
kadang2, kita akan berada di atas,
dan kadang2 kita akan berada di bawah,
semua itu tidak mustahil....

kat sini ada disertakan beberapa tips memancing yang ana jumpa kat internet,
jom tengok~
sembang pancing blogspot
joran
ikan besar

apa yang penting, enjoy what you are doing!! yeah~

Sunday, June 3, 2012

ApAm PoLkA dOt

bila cuti menunjukkan wajah
macam2 aktiviti nak di buat
ok apa, mencari dan mencuba perkara2 baru
best pe!

bahan-bahan yang diperlukan :--

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

cara-cara membuatnya :--

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

terima kasih kepada Resepi Apam polka Dot yang sudi berkongsi cara-cara nak buat apam polka dot ni...

niat di hati, nak buat corak macam ni >>>



tapi, baru first time nak cuba resepi ni, inilah hasilnya >>>




yummy!! selamat mencuba...

Destinasi Cuti Sekolah

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

rukunegara yang kedua ada kaitan dengan kisah yang ana ingin kongsikan pada kali ini,

ana nak konsi sikit kisah cuti sekolah kali ini
bermodalkan sebuah kereta, minyak, dan sedikit duit makan,
ana sekeluarga dapat meluangkan masa bersama pada cuti sekolah kali ini dengan lebih bermanfaat
tidak perlu berhabis ratusan ringgit untuk bercuti bersama keluarga

percutian kali ini cuma disekitar kuala lumpur
destinasi utama ialah istana negara lama yang terletak di ibu negara


istana ini dibuka kepada orang awam bersempena dengan pertabalan
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

~ jangan pula ada di kalangan rakyat Malaysia yang tidak kenal dengan ketua negara kita ni ~
mungkin aktiviti ini kedengaran agak membosankan bagi sesetengah orang
tetapi bagi ana, ia sesuatu pengalaman yang sangat menyeronokkan,
tambahan pula kos yang menjimatkan
dan yang paling penting ana dapat meluangkan masa bersama keluarga ana
mungkin lain kali kalau ada rezeki lebih, kami akan melancong ke tempat yang jauh sedikit
tengok pada kemampuan masing-masing..betul tak??

janganlah semata-mata inginkan percutian yang gah,
terpaksa berhutang keliling pinggang...~ hurm..

..: renung-renungkan :..

jomlah layan gambar yang sempat dirakamkan di sekitar istana negara >>

 pintu utama istana negara lama..


 replika haiwan peliharaan Yang di Pertuan Agung..gambar ini bukan lakonan tau, memang budak baju merah tu tengah khuyuk melihat replika ini..(^_^)


 inilah yang dimaksudkan lawatan sambil belajar, sempat lagi berdiskusi..~

 baju seragam askar yang mempunyai tag nama 'HALIM'


 persekitaran istana negara lama..

 sesiapa yang belum pergi, masih sempat lagi
pameran akan berlangsung dari 16 april sehingga 15 jun 2012
waktu operasi adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang

# kalau tak diadakan pameran seperti ini, mungkin ana tak merasa nak masuk istana negara ni, (^_^) #

cuma, yang kurang memuaskan hati ana adalah signboard di jalan raya untuk menuju ke istana negara ini,
boleh dibilang dengan jari berapa ketul papan tanda yang menunjukkan arah ke istana negara ni,
dengan berkat kesabaran, akhirnya kami sampai juga ke sini...alhamdulillah..

so, reminder sikit, sesape yang nak ke kuala lumpur, buatlah revision sikit tentang jalan raya yang ada kat sana...
macam mana?? pandai-pandailah~

Wednesday, May 16, 2012

2 hari bergelar guru..

isnin dan selasa telah berlalu
pengalaman yang baru ana perolehi
sebagai seorang guru!
cewah...

satu kelas 13 orang,
5 lelaki, 8 perempuan,
semua bijak2 belaka...
mana tak nya,
edarkan kertas latihan untuk para pelajar,
mula dari pelajar lelaki A,
sampai ke pelajar yang terakhir,
dan baru nak bagi sedikit penerangan, 
pelajar A dah jerit,

"ustazah, dah siap! senang sangat ni..."

terkesima ana~ aduhai......


dengan karenah pelajar yang pelbagai
membuatkan ana tersenyum dan berfikir
dulu, masa kecik2 ana macam ni jugak ke?

salah seorang pelajar ana selama 2 hari ana bertugas sebagai guru
adalah pelajar albino
selama ini, ana belum pernah berhadapan dengan orang seperti ini
dan bila sudah melaluinya
baru ana dapat memahami serba sedikit mengenainya
walaupun sedemikian, semangat pelajar tersebut sangat kental 
dia juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap pelajaran
semoga segalanya dipermudahkan...insyaallah...


memang tidak dinafikan
tugas seorang guru ini sangat mencabar
perlukan kesabaran yang sangat tinggi
jadi, hargailah guru kita



sebelum balik, semua pelajar nasyid asmaul husna,
memang dia orang ni semua pelajar yang cerdik belaka,
insyaallah, kelak jadi orang berguna...

SELAMAT HARI GURU!!!

SeLaMaT hARi GuRu

buat semua yang bergelar
guru, cikgu, pengajar, pendidik
dan yang seumpama dengannya..


khusus kepada guru-guru yang pernah mengajar saya
di
Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TAKIS)
SK Seri Makmur (SKSM)
SRA Ehyaul Fallah
Pusat Tuisyen IT Base
Pusat Tuisyen Puspanita
SMKA Simpang Lima
Akademi Memandu Asia
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

dengan ucapan : 




"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"



Wednesday, May 9, 2012

Let's dinner

malam semalam, dinner dengan family kat luar
tetiba rase macam nak makan makanan western la pulak
so, kita orang order black pepper chicken chop
sooo yummy
delicious~


semalam nya pula, ana wak cornflakes
saje2 nak buat
tak semestinya time raya jew



nak buat? mudah saja...

bahan-bahan :
125g mentega
1/2 cawan madu
2 sudu makan gula halus
8 cawan conflakes
200g kacang bakar
badam hiris atau kacang tanah
ceri merah atau hijau (untuk hiasan)

cara-caranya :
masukkan madu dan mentega yang telah dicairkan ke dalam bekas berisi cornflakes
masukkan gula halus
kemudian, masukkan badam hiris dan gaul sebati
masukkan ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan ceri merah di atasnya.
bakar pada suhu 170 darjah F selama 10 minit
dan siap!!

selamat mencuba~

Monday, May 7, 2012

Pesta Buku Lagi

Pesta buku kembali lagi
Bermula dari 27 April sehingga 6 Mei
Bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC)
Seperti tahun-tahun sebelumnya, memang meriah dan ramai orang mengunjungi pesta buku ni


Tetapi, agak sedih apabila ayah ana bersembang dengan seseorang ni pasal pesta buku tersebut, orang tersebut macam terpinga-pinga

“Huh? Pesta Buku? PWTC tu kat mana?”

Aik? Biar betul? Takkan dalam zaman serba canggih ni, masih ada orang yang tak tahu pasal isu semasa?
Apa komen hah?

jadi, bila dah sampai pesta buku ni,
jadi rambang mata.huhu...
kalau ikutkan hati, semua nak diborong..hehe...
jadi, inilah hasilnya pergi pesta buku kali ni,



ini bukan ana sorang yang punya tau...
ni semua orang punya...
saja campur2...nampak macam banyak..hehe..

sempat lagi lalu di
Kedai Pink Ain Maisara
 blink..blink booth dia...
menarik sangat..

 

Sunday, May 6, 2012

Kasih sayang

video

terharunya melihat kucing ni
kedua-dua kucing ni adalah kucing jantan tau
so sweet..
kucing ni haiwan peliharaan ana
family ana memang suka dan sayangkan kucing..(^_^)
haiwan pun tau nak menunjukkan kasih sayang kenapa masih ada segelintir manusia tidak boleh menunjukkan kasih sayang sesama manusia?

Wednesday, May 2, 2012

Resepi 3

Ana semakin teruja nak mencuba pelbagai resepi terbaru
disebabkan ana dah berjaya mencuba resepi sebelum ni..(huhu..)
Lagipun, bahan-bahan dan sedia ada, jadi guna jelah..

Resepi kali ini adalah :
“Puding Lapis Nescafe”


Bahan-bahannya adalah :
150g Serbuk agar-agar
1 liter air
1 cawan gula halus
1 sudu makan Nescafe dibancuh dengan 1 sudu makan air panas
1 cawan susu cair


 Cara-caranya :
Campurkan gula dan serbuk agar-agar
Masakkan sehingga mendidih dan tutup api.
Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.
Masukkan campuran Nescafe di dalam satu bekas dan campurkan susu cair ke dalam bekas yang lain.
Lapiskan campuran Nescafe berselang-seli dengan campuran susu ke dalam acuan.
Sejuk dan sedia dihidangkan. 

Tara...inilah hasilnya...




menarik~ nampak layer2...hehe~


Selamat Mencuba~